Sunday, March 12, 2023
Terima Kasih PM Baru 2023!
Saturday, March 11, 2023
Dah Buat Persiapan Raya Ke Belom? Aha, Jom Buat Duit Raya Dengan Shaklee
Wednesday, March 8, 2023
Apa Itu Fidyah? Apa Hukum Fidyah?
Puasa Dah Ganti Belum?
Salah satu persoalan yang popular di kalangan umat Islam dikala menjelangnya bulan Ramadan adalah, “Dah ganti puasa ke belum?”
Terutamanya kaum hawa.
Mana tidaknya, kaum hawa pasti akan ada hari-hari tertentu di mana mereka akan dikecualikan daripada berpuasa. Walau bagaimanapun, buat kaum lelaki pula, mereka yang sakit ataupun bekerja sebagai buruh kasar adalah tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Tapi yang boleh berpuasa jangan pula muncul dengan alasan tak munasabah. Tak Ganti Puasa, Kena Bayar Fidyah Tau.
Apakah itu Fidyah?
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada umat Islam yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.
Apa hukum membayar fidyah?
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.
Bagaimana cara mengira Fidyah?
Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Antara golongan yang wajib membayar Fidyah :
- Orang tua uzur dan pesakit yang tiada harapan sembuh. Golongan ini tidak wajib untuk qadha puasa.
- Orang yang telah meninggal dunia. Waris perlu menguruskan bayaran fidyah sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.
- Orang yang melewatkan qadha’ puasa sehingga tiba bulan Ramadhan seterusnya.
- Perempuan mengandung atau menyusukan anak dan khuatir akan keselamatan anaknya.
Cara Kira Fidyah Mengikut Negeri & Gandaan.
Harga bayaran Fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak.
Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh kerajaan di sesuatu tempat. Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.
Kalau nak tahu jumlah Fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah mengikut formula di bawah:
- Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar.
Walau bagaimanapun, sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri menetapkan Fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang telah ditinggalkan.
Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2015 (1436 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2016 (1437 H) sehingga 2021 (1442 H).
Makanya, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:
Tahun pertama 1436 H hingga 1437 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadan berikutnya.
- Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar.
Senarai Negeri Fidyah Berganda :
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Melaka.
- Johor.
- Pahang.
- Terengganu.
- Kelantan.
- Kedah.
- Penang.
- Perak.
- Negeri Sembilan.
- Sarawak.
- Sabah.
Senarai Negeri Fidyah Tidak Berganda :
- Selangor.
- Perlis.
Kaedah Bayaran Fidyah Mengikut Negeri Di Seluruh Malaysia.
Kadar tersebut akan berubah mengikut harga yang ditetapkan kerajaan di sesuatu tempat. Contohnya kadar Fidyah di Selangor adalah RM1.80 untuk setiap hari puasa yang wajib digantikan.
Nota : Kadar Fidyah adalah berbeza di setiap negeri.
Cara Bayar Fidyah Online.
Berbaki beberapa hari lagi sehingga bulan Ramadan menjelma tiba, di sini kami telah menghimpunkan kalkulator Fidyah yang akan mengira fidyah secara automatik.
Kedah : RM1.80
Gandaan : Pilihan Atas Kemampuan.
Kalkulator & Bayaran Online
http://www.maik.gov.my/e-fidyah/
Perlis : RM5.00
Gandaan : Tidak dikenakan.
https://www.maips.gov.my/ (Bayaran bank melalui bank transfer)
Pulau Pinang : RM1.75
Gandaan : Ya.
Kalkulator Online
http://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php
Perak : RM1.80
Gandaan : Ya.
Kalkulator Online
Selangor : RM1.80
Gandaan : Tidak Dikenakan.
Kalkulator Online
https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/
Wilayah Persekutuan : RM4.00
Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan.
Kalkulator Online
https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
Negeri Sembilan : RM1.75
Gandaan : Ya (Pilihan Gandaan Berganda)
Kalkulator Online
https://www.mains.gov.my/v1/web/fidyah.php
Melaka : RM1.80
Gandaan : Ya
Kalkulator Online
Johor : RM1.75
Gandaan : Ya.
Laman Web
https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah
Pahang : RM1.75
Gandaan : Ya.
Kalkulator Online
http://new.zakatpahang.my/index.php/khidmat/kira-fidyah
Terengganu : RM1.75
Gandaan : Ya.
Kalkulator Online
http://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php
Kelantan : RM1.75
Gandaan : Ya.
Kalkulator Online
https://www.e-maik.my/v2/pautan-eperkhidmatan/taksiran-fidyah-puasa
Sarawak : RM1.75
Gandaan : Ya.
Kalkulator Online
https://www.tbs.org.my/calc-fidyah/
Sabah : RM1.75
Gandaan : Ya.
Kalkulator Online
https://baitulmal.sabah.gov.my/kalkulatorFidyah1.php
Kalau lupa bayar fidyah, macam mana?
Fuqaha sepakat menyatakan waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan. Bagaimanapun, waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu tertentu.
Namun, ia digalakkan supaya disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh. Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Kalau Lupa Berapa Hari Tinggal Puasa, Macam Mana?
Tidak dinafikan, ada juga segelintir yang terlupa berapa hari mereka sudah meninggalkan puasa pada tahun itu. Jangan risau.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah, sekiranya tidak pasti atau tidak ingat bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati).
Contohnya :
Dia tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tapi dia rasa tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang diyakini (pasti) dan lebih berhati-hati.
Begitulah juga halnya dengan Fidyah bagi bulan-bulan Ramadhan yang telah dilangkau.
Dah buat persediaan untuk puasa ke? Alang alang tu, Ain nak kongsikan tentang Set Puasa. Bulan ni ada promosi Set Puasa Shaklee tau.
Nak Grab Promo, Tekan Link SET PUASA SHAKLEE Ni Okey. π₯°#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#MarhabanYaRamadhan2023
#PuasaPenuhBerertiBersamaShaklee
#RaudhatulSakinah
Tip Untuk Cergas Bertenaga Di Bulan Puasa | Set Puasa Shaklee
- Jangan tinggalkan makan sahur.
- Banyakkan minum air terutamanya air kosong untuk elak dehidrasi.
- Elakkan minuman yang berkafein / berkarbonat.
- Jangan tinggalkan kurma. Kurma mengandungi serat untuk tenaga lebih lama dan potassium untuk menstabilkan bendalir dalam badan.
- Kurangkan mengambil makanan berminyak, bergoreng.
- Kurangkan makanan yang terlalu pedas dan berempah.
- Kurangkan mengambil gula kerana ia boleh sebabkan dehidrasi.
- Banyak mengambil buah-buahan dan sayuran kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting untuk tubuh.
- Ambil protein yang berkhasiat, bersih dan mengenyangkan.
SET PUASA SHAKLEE
1- Energizing Soy Protein
- Sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama.
- Ditambah dengan indeks glisemik yang rendah membantu stabilkan paras gula dalam darah skaligus memberi badan anda rasa cergas dan kenyang lama.
- Juga sangat bagus untuk mereka yang ada masalah gastrik. Protein membantu membaiki sel yang rosak akibat hakisan asid gastrik di dalam perut.
- Bonus mencantikkan kulit. Kulit lebih sihat, kurang berminyak, parut pudar dan makin anjal.
- Sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama.
- Meal replacement terbaik.
- Sangat bagus untuk mereka yang ada masalah gastrik. Protein membantu membaiki sel yang rosak akibat hakisan asid gastrik di dalam perut.
- Mengandungi LEUCINE untuk bantu turunkan berat badan, kekalkan otot supaya tak menggeleber.
- 3 perisa Cinch yang sedap dan sangat sesuai untuk anda (Vanilla, Coklat, Cafe Latte).
- Minuman isotonik tetapi tanpa gas. Bagus untuk mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia boleh mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air.
- Ia juga menyeimbangkan proses kehilangan air dalam badan, jadi ia membuat badan kekal rasa segar. Jadi anda tidak akan rasa mudah dahaga.
- Digalakkan juga diambil semasa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.
πPelajar
πIbu mengandung
πIbu yang menyusukan anak
πOrang yang ada Gastrik
πOrang yang bekerja berat (menggunakan banyak tenaga badan)
πWarga tua
Dan sesiapa saja boleh mencuba minuman ini.
- Sumber multivitamin yang terbaik bagi memastikan badan mendapat bekalan nutrien yang cukup.
- Ia mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting untuk tubuh.
- Boleh membantu proses detoksifikasi dan mengelak sembelit masa berpuasa.
- Ia juga sesuai diambil untuk anak-anak yang baru nak belajar berpuasa.
- Rasa / bau vanilla yang sedap ini sangat sesuai untuk anak anda.
Untuk order dan konsultasi anda boleh menghubungi Ain terus ke 0126984528 atau klik link whatsapp di blog ini.
Wednesday, March 1, 2023
Selawat Ajaib. Cuba Amalkan Selama 40 Hari. In Shaa Allah, Banyak Keajaiban Yang Berlaku Dalam Hidup Kita.
Tuesday, February 28, 2023
5 Tips Kurangkan Berat Badan. Buat Terus, Anda Akan Nampak Hasilnya. Wow Sangat Hasilnya Tau!
Sekarang ni ramai sangat yang nak kurus kannnn. Cuba jawab soalan Ain dulu. Anda nak kurus sebab nak cantik atau nak sihat sebenarnya?
Kalau ikutkan, banyak jer produk- produk kurus yang laris di pasaran tapi adakah anda tahu kesan daripada ambil ubat kurus tu??
Mengikut saintifik untuk kurus perlulah mengawal pengambilan makanan atau kalori sebab 80% penyumbang untuk kurus adalah makanan. Lagi 20% adalah senaman atau workout.
Bersenam penting sebab memang banyak sangat kebaikan bersenam ni, especially untuk kesihatan fizikal dan mental kita. Dan membantu juga untuk kuruskan badan.
Tunggu apa lagi jom kita masuk kepada tips untuk turunkan berat badan.
Ikuti 5 Tips Dibawah Untuk Kurus Dengan Sihat
Berikut adalah lima tips untuk menurunkan berat badan yang telah dibuktikan oleh kajian bahawa ia mampu menurunkan berat badan sama ada jangka masa pendek atau panjang.
1. Elakkan makan malam
Elakkan makan lewat malam, hal ini kerana perut mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk proses pencernaan. So kalau kita makan jam 9 ke atas, kena tunggu jam 12 baru boleh tidur. Isshh, lambat sangat pulak kena tidur tu kannn.
Namun pakar nutrisi kini tahu bahawa adalah baik ‘mengorbankan‘ diet dengan makan makanan seimbang pada waktu malam daripada tidak makan langsung atau makan manakan ringan yang langsung tidak seimbang.
Seeloknya ambil makanan yang rendah kalori seperti sayur atau buah untuk makan malam. Nak lebih mudah, minum aje Cinch. 8 manfaat Cinch π
2. Elakkan Makan Bersama Gadget
Makan dengan gajet? Maksudnya apa? Maksudnya gini, elakkan makan ketika menonton televisyen mahupon berchatting / scroll² sosmed menggunakan telefon bimbit.
Hal ini adalah kerana makan sambil menonton televisyen sebenarnya akan mengambil 40% lebih banyak kalori daripada biasa.
Jadi seeloknya anda tumpukan sepenuh perhatian ketika makan agar tidak terlebih makan. Sedar² dah makan banyak sangat. Mana tak naik berat badan tu. Alahaiii.
3. Bersenam 3 Kali Seminggu
Bersenam sangatlah penting selain dapat menguruskan badan, ia juga dapat mengekalkan tubuh badan yang sihat serta fit.
Senaman yang dilakukan mestilah termasuk senaman regangan dan juga senaman kekuatan.
Dengan mengamalkan senaman ini secara konsisten seseorang itu akan mendapatkan tubuh badan yang ideal serta dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes.
4. Ambil Sarapan Pagi
Rata-rata yang diet selalunya skip makan pagi. Kajian menunjukkan sarapan pagi biasanya terdiri daripada makanan yang penuh karbohidrat dan protein yang boleh menyimpan tahap gula dan tenaga supaya anda tidak terlalu lapar sewaktu makan tengahari.
Ungkapan Inggeris berbunyi “Breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a beggar”?
Percayalah, makan sarapan pagi adalah antara tips mengurangkan berat badan yang penting. Ia juga dapat mengelakkan daripada seseorang itu terkena kerangan perut atau gastrik akibat makan yang tidak teratur.
Nak mudah, shake aje Cinch ni. Dimana mana pon boleh minum. Cinch memudahkan urusan sarapan pagi kita yang sibuk ni. Memang sangat sesuai untuk orang yang sibuk sangat sampai tak sempat nak sarapan, membawak ke tengahari sibuknya. Kenyang lama pulak tu Cinch ni.
5. Tidur Dengan Cukup
Menurut kajian, tidur 30 minit lebih awal dan bangun 30 minit lewat dari biasa sebenarnya dapat membantu anda membuat pilihan makanan yang betul.
Secara am, ia disyorkan orang dewasa (termasuk orang tua) mendapatkan 7–8 jam tidur setiap malam. Namun demikian, satu kajian menunjukkan bahawa kebanyakan dewasa di Malaysia hanya mendapat 6.4 jam tidur secara purata.
Di samping itu apabila anda mendapat rehat yang cukup, anda kurang terdedah kepada keletihan dan tekanan.
Tunggu apa lagi gunakan tips diatas untuk mendapatkan berat badan yang anda impikan.
#tips_kurang_berat_badan
#kurus_cara_sihat
#shaklee_is_the_best
#TeamDiamond
Sunday, February 26, 2023
Gastrik! Sakit Gastrik Ni Sangat Popular Kan? Lagi² Bila Menjelang Bulan Puasa.
Benarkah gastrik sakit 'bermusim'? Sering 'muncul' di bulan Ramadan...
Doaku PadaMu
"Allahumma inni as aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wa hubban yuballighuni hubbak" Ya Allah, sesungguhnya aku memo...
-
Hai, berjumpa lagi kita di dalam rancangan "Bila Nak Kurus?". Eh, tiba kannn. Haha. Adoiii sangat. Korang biasa dengar soalan cam...
-
Dunia pekerjaan ni ada banyak bidang. Setiap manusia ada kemahiran dan kepakaran masing masing yang Allah anugerahkan. Maka bersyukurlah seb...
-
Cakkk!! Haa, jumpa lagi kita ye. Kali ni nak cerita pasal apa ye? Ok, kali ni Ain nak cerita pasal Supplement Terbaik Shaklee Kegemaran Ain ...