Wednesday, March 8, 2023

Apa Itu Fidyah? Apa Hukum Fidyah?

Hai semua. Entry kali ni nak cerita pasal fidyah. Maklumlah, nak masuk bulan puasa ni ada orang kena bayar fidyah, ada orang ganti puasa ajer. Jadi, kita kongsikan disini supaya semua orang faham dan ambil tahu bab ni. 

Puasa Dah Ganti Belum?

Salah satu persoalan yang popular di kalangan umat Islam dikala menjelangnya bulan Ramadan adalah, “Dah ganti puasa ke belum?”

Terutamanya kaum hawa.

Mana tidaknya, kaum hawa pasti akan ada hari-hari tertentu di mana mereka akan dikecualikan daripada berpuasa. Walau bagaimanapun, buat kaum lelaki pula, mereka yang sakit ataupun bekerja sebagai buruh kasar adalah tidak diwajibkan untuk berpuasa.

Tapi yang boleh berpuasa jangan pula muncul dengan alasan tak munasabah. Tak Ganti Puasa, Kena Bayar Fidyah Tau.


Apakah itu Fidyah?

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada umat Islam yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.

Apa hukum membayar fidyah? 

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.

Bagaimana cara mengira Fidyah?

Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.


Antara golongan yang wajib membayar Fidyah :

  • Orang tua uzur dan pesakit yang tiada harapan sembuh. Golongan ini tidak wajib untuk qadha puasa.
  • Orang yang telah meninggal dunia. Waris perlu menguruskan bayaran fidyah sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.
  • Orang yang melewatkan qadha’ puasa sehingga tiba bulan Ramadhan seterusnya.
  • Perempuan mengandung atau menyusukan anak dan khuatir akan keselamatan anaknya.
Anda juga boleh merujuk infografik daripada JAKIM tentang keadaan/situasi yang mewajibkan seseorang membayar Fidyah seperti di bawah :

Cara Kira Fidyah Mengikut Negeri & Gandaan.

Harga bayaran Fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak.

Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh kerajaan di sesuatu tempat. Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.

Kalau nak tahu jumlah Fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah mengikut formula di bawah:

  • Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar.

Walau bagaimanapun, sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri menetapkan Fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang telah ditinggalkan.

Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2015 (1436 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2016 (1437 H) sehingga 2021 (1442 H).

Makanya, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:

Tahun pertama 1436 H hingga 1437 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadan berikutnya.

  • Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar.

Senarai Negeri Fidyah Berganda :

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Melaka.
  • Johor.
  • Pahang.
  • Terengganu.
  • Kelantan.
  • Kedah.
  • Penang.
  • Perak.
  • Negeri Sembilan.
  • Sarawak.
  • Sabah.

Senarai Negeri Fidyah Tidak Berganda :

  • Selangor.
  • Perlis.

Kaedah Bayaran Fidyah Mengikut Negeri Di Seluruh Malaysia.

Kadar tersebut akan berubah mengikut harga yang ditetapkan kerajaan di sesuatu tempat. Contohnya kadar Fidyah di Selangor adalah RM1.80 untuk setiap hari puasa yang wajib digantikan.

Nota : Kadar Fidyah adalah berbeza di setiap negeri.


Cara Bayar Fidyah Online.

Berbaki beberapa hari lagi sehingga bulan Ramadan menjelma tiba, di sini kami telah menghimpunkan kalkulator Fidyah yang akan mengira fidyah secara automatik.

Kedah : RM1.80

Gandaan : Pilihan Atas Kemampuan.

Kalkulator & Bayaran Online

http://www.maik.gov.my/e-fidyah/

Perlis : RM5.00

Gandaan : Tidak dikenakan. 

https://www.maips.gov.my/ (Bayaran bank melalui bank transfer)

Pulau Pinang : RM1.75

Gandaan : Ya.

Kalkulator Online 

http://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php

Perak : RM1.80

Gandaan : Ya.

Kalkulator Online

https://fidyah.maiamp.gov.my/

Selangor : RM1.80

Gandaan : Tidak Dikenakan.

Kalkulator Online

https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/

Wilayah Persekutuan : RM4.00

Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan.

Kalkulator Online

https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah

Negeri Sembilan : RM1.75

Gandaan : Ya (Pilihan Gandaan Berganda)

Kalkulator Online

https://www.mains.gov.my/v1/web/fidyah.php

Melaka : RM1.80

Gandaan : Ya

Kalkulator Online 

https://fidyah.maim.gov.my/

Johor : RM1.75

Gandaan : Ya.

Laman Web

https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah

Pahang : RM1.75

Gandaan : Ya.

Kalkulator Online

http://new.zakatpahang.my/index.php/khidmat/kira-fidyah

Terengganu : RM1.75

Gandaan : Ya.

Kalkulator Online

http://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php

Kelantan : RM1.75

Gandaan : Ya.

Kalkulator Online

https://www.e-maik.my/v2/pautan-eperkhidmatan/taksiran-fidyah-puasa

Sarawak : RM1.75

Gandaan : Ya.

Kalkulator Online

https://www.tbs.org.my/calc-fidyah/

Sabah : RM1.75

Gandaan : Ya.

Kalkulator Online

https://baitulmal.sabah.gov.my/kalkulatorFidyah1.php

Kalau lupa bayar fidyah, macam mana?

Fuqaha sepakat menyatakan waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan. Bagaimanapun, waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu tertentu.

Namun, ia digalakkan supaya disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh. Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Kalau Lupa Berapa Hari Tinggal Puasa, Macam Mana?

Tidak dinafikan, ada juga segelintir yang terlupa berapa hari mereka sudah meninggalkan puasa pada tahun itu. Jangan risau.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah, sekiranya tidak pasti atau tidak ingat bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati).

Contohnya :

Dia tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tapi dia rasa tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang diyakini (pasti) dan lebih berhati-hati.

Begitulah juga halnya dengan Fidyah bagi bulan-bulan Ramadhan yang telah dilangkau.

Dah buat persediaan untuk puasa ke? Alang alang tu, Ain nak kongsikan tentang Set Puasa. Bulan ni ada promosi Set Puasa Shaklee tau. 

Nak Grab Promo, Tekan Link SET PUASA SHAKLEE Ni Okey. 🥰


#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#MarhabanYaRamadhan2023

#PuasaPenuhBerertiBersamaShaklee

#RaudhatulSakinah

No comments:

Post a Comment

Doaku PadaMu

"Allahumma inni as aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wa hubban yuballighuni hubbak" Ya Allah, sesungguhnya aku memo...