Friday, May 26, 2023

Renewal Mudah Dengan Shaklee

Assalamualaikum semua! Ada yang nak tahu tentang cara mudah nak renew shaklee membership secara percuma? Haa ni Ain nak cerita macam mana mudahnya nak renew Shaklee membership!

Walaupun mudah, tapi info ni sangat penting tau. Boleh ikut step by step yang Ain akan tunjukkan sekejap lagi.

SHAKLEE E - ID

Shaklee E-ID adalah pengenalan diri bagi setiap ahli Shaklee / Shaklee Independent Distributor (SID). Kiranya ia merupakan kad yang mengesahkan yang kita adalah ahli Shaklee yang sah.

Setiap ahli Shaklee ada e-ID ni. Boleh rujuk dalam laman web www.shaklee.com.my dan login ID dan password kita untuk dapat access kepada e-ID ni.


Ni e - ID saya. Valid Thru 12/10/2023.

Kalau perasan, walaupun saya sebagai Master Coordinator (rank tertinggi dalam Shaklee), tetap ada tarikh luput pada keahlian Shaklee saya. Tarikh luput ni perlu diperbaharui setiap tahun, pada hari jadi masing-masing. Sama kan macam kita nak renew lesen memandu? Haaa ingat renew lesen memandu, ingat untuk renew Shaklee membership juga ok! 😉

KENAPA PERLU RENEW SHAKLEE MEMBERSHIP?

Kita perlu renew Shaklee membership untuk pastikan kita dapat banyak kelebihan sebagai ahli Shaklee. Jadi, rugi lah kalau kita tak renew (expired) sebab jika dibiarkan, nama kita  terkeluar dari sistem Shaklee (inactive).

Banyak kelebihan yang kita akan dapat kalau kita terus menjadi ahli Shaklee. Antaranya:

 Dapat beli produk Shaklee pada HARGA AHLI (20-25% DISKAUN). Bila ada promosi khas untuk ahli, harga akan jadi jauh lebih murah sehingga 40%-50% diskaun dari harga biasa.

  Dapat CASH BONUS atau CASH REBATE 5%-21% hasil pembelian/jualan setiap bulan. Makan sendiri pun boleh dapat bonus, dah boleh cover kos vitamin yang kita makan.

Ain pernah kongsikan tentang Cash Rebate Shaklee jadi punca dapat makan vitamin secara percuma!

3  Dapat belajar macam mana nak mulakan dan bina BISNES SHAKLEE secara Online & Offline, dengan bantuan MENTOR. Ramai MASTER COORDINATOR yang telah berjaya mencapai rank tertinggi dalam Shaklee dan telah melahirkan ramai Usahawan Shaklee sejak tahun 2013 hinggalah sekarang.

Ain juga pernah kongsikan tentang Bisnes Online Modal Rendah Terbaik di Malaysia.

  Dapat join GROUP EXCLUSIVE di FACEBOOK WHATSAPP, juga TELEGRAM channels untuk info produk, ilmu konsultasi, testimonial dan tips daripada saya sendiri sebagai CERTIFIED SHAKLEE PRODUCT TRAINER.

  Peluang menjana INCOME 2-3-4-5 angka setiap bulan. Part-time ataupun fulltime.

Peluang mendapat pelbagai BONUS & INSENTIF menarik (Car Bonus, Leadership Bonus, Percutian Percuma di serata dunia, juga ibadah Umrah). 

 Kelas bimbingan NUTRISI & KESIHATAN oleh PAKAR NUTRISI secara online & offline. Ahli Shaklee juga berpeluang untuk buat pemeriksaan kesihatan (InBody, Bone Density, Skin Analysis) yang terdapat di Home Office dan branch seluruh Malaysia.

  Kelas bimbingan BISNES oleh SHAKLEE LEADERS secara online & offline.

9  MARKETING PLAN yang adil, patuh syariah, dan menarik. Semestinya BUKAN Sistem Piramid.

Kalau nak diceritakan, terdapat banyak lagi kelebihan dengan renew Shaklee membership dan terus menjadi ahli Shaklee yang sah.

CARA MUDAH RENEW SHAKLEE MEMBERSHIP

Mudah je cara nak renew Shaklee membership.
  1. Anda boleh renew Shaklee membership melalui

    ONLINE

    di www.shaklee.com.my dan login menggunakan ID & password anda. Jika terlupa password, boleh klik pada 'Forgot Password?'. Nanti Shaklee akan hantar semula kepada anda melalui email atau SMS.

    OFFLINE

    dengan pergi ke mana-mana branch Shaklee yang sah di seluruh Malaysia. Berikan nombor ID anda kepada staff Shaklee di counter. Mereka akan bantu.

  2. Jika Shaklee ID anda masih wujud di dalam database sistem Shaklee, anda hanya perlu buat belian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum atau 3 bulan selepas membership expired (expiry date adalah pada tarikh lahir anda). Tiada mininum pembelian untuk renew Shaklee membership secara percuma!

    Contohnya anda nak beli B-Complex yang berharga RM55, anda hanya perlu bayar RM55 + RM10 (kos pos jika perlu) untuk renew Shaklee membership anda selama setahun lagi. Jangan lupa tick ✔️ pada membership agreement di bahagian bawah shopping cart sebelum membuat pembayaran untuk mendapatkan FREE SHAKLEE MEMBERSHIP RENEWAL.
Siap! Mudahkan? 😊

"Saya dapati Shaklee membership saya dah tak aktif. Macam mana nak buat?"

Sekiranya Shaklee ID anda dah terlalu lama expired dan Shaklee ID anda telah terkeluar daripada database Shaklee, jadi anda hanya perlu daftar semula sebagai ahli Shaklee yang baru bersama team kami.

2 CARA NAK JADI AHLI SHAKLEE

PILIHAN 1 :

Bayar yuran keahlian RM35 (sekali sahaja)

Atau

PILIHAN 2 :

Buat pembelian Set Rahmah A Shaklee berharga rm99 sekarang! PERCUMA KEAHLIAN. Cuma add on postage rm10. Kalo nak PERCUMA KEAHLIAN dan PERCUMA POSTAGE, amek SET RAHMAH B SHAKLEE. Promosi sehingga 31hb mei 2023 sahaja. Grab sekarang okey! 

PILIHAN 3 : 

Buat pembelian mana-mana produk Shaklee minimum 100uv (lebih kurang RM350 ikut harga ahli), dan ada akan dapat KEAHLIAN SHAKLEE secara PERCUMA!

So, tunggu apa lagi?

Jom renew Shaklee membership anda hari ini! 

Bagi mereka yang belum jadi ahli Shaklee, ini link untuk buat self-registration direct dengan HQ:

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1311031

Jadikan Shaklee sebagai gaya hidup anda hari ini, sertai komuniti sihat Shaklee bersama kami.

Selain korang mengumpul cash rebate korang juga boleh menikmati penjimatan sehingga 20%. Untung sangat berbanding korang membeli di farmasi dan juga e-commerce. Berkat pun boleh dapat sama dan ini sangatlah penting kerana apa yang kita makan jadi darah daging.👍

Nak tahu lebih detail pasal renewal Shaklee ni, boleh juga tengok kat sini (Klik sini) 

Nor Ain Sakinah 
SID 1311031
Your trusted Shaklee Independent Distributor | Shaklee Business Leader

CONTACT : 0126984528 (WHATSAPP)

FACEBOOK : Raudhatul Sakinah 

INSTAGRAM : raudhahdebeauty

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeSelangor
#pengedarShakleeKL
#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline

Tuesday, May 23, 2023

Cash Rebate - Dapat Makan Vitamin PERCUMA

Hai, bertemu lagi kita dalam entry yang baru. Topik pon tengah hangat. Topik kali ni pasal Cash Rebate

Korang pernah dengar pasal cash rebate? Kot la kannn, ada yang tak tau. Selalunya kalo beli barang kat pasaraya atau pasar atau mall, ada ke dapat cash rebate ni? 

Kalo dapat pon, cuma voucher jer kannnn. Voucher pon sikit, bukannya dapat banyak. Tarikh pon singkat. Kadang sampai lupa nak tebus voucher tu. 

Nak tau tak, Shaklee adalah satu satunya yang ada cash rebate. Eh, serius la?? 
Ya, Ain serius ni. 

Camne nak dapat cash rebate dari Shaklee? Okey, meh baca sini 👇

CARA UNTUK DAPATKAN CASH REBATE

Cash rebate bermaksud rebat tunai dimana anda akan dapat kembali pulangan wang setelah membuat sesuatu perbelanjaan.

Dalam sistem Shaklee, korang juga layak untuk dapat cash rebate walaupun anda hanya seorang pengguna Shaklee dan bagi yang membuat bisness Shaklee lagi la dapat cash rebate ini.

Cash rebate Shaklee boleh diperolehi setiap bulan dan Shaklee akan masukkan nilai cash rebate tersebut ke dalam akaun bank yang kita berikan sewaktu mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Salah satu sebab mengapa Ain selalu berkongsi pada mereka diluar sana tentang mendaftar ahli Shaklee walaupun korang makan sahaja adalah cash rebate.

Tersangatlah rugi andai korang jadi seorang pengguna Shaklee dan korang dah rasai kesan yang baik dengan produk Shaklee, namun korang memilih untuk dapatkan vitamin tersebut di farmasi, klinik atau pun di e-commerce. Hal ini kerana apabila cukup min 150uv nilai produk, korang dah layak untuk dapatkan cash rebate. 

Anggaran Nilai Cash Rebate Shaklee

Semakin banyak belian yang korang buat, semakin banyak nilai bonus yang korang boleh dapat. Dengan bonus tersebut yang mana korang akan dapat setiap 14 hari bulan setiap bulan, korang boleh gunakan untuk membeli vitamin korang. 

Cash rebate dari Shaklee

Dan apabila korang membeli, nilai uv akan mula terkumpul dan akan ditukarkan kepada cash rebate. Haaa kan ibarat korang makan vitamin secara percuma. Mudah kannnn. Korang hanya perlu kumpul order sesama adik beradik, rakan kerja dan membuat pesanan melalui online di HQ Shaklee.

Juga bagi mereka yang berdekatan dengan branch Shaklee boleh membuat belian di sana. Lagi seronok tau, sebab ianya ibarat shopping tapi duit masuk. Haaa🤔🤔 Seronok sangat kannn.

So, apa lagi? Korang juga nak dapatkan cash rebate untuk makan vitamin secara percuma?
Boleh terus aje isi detail di link DISINI

Selain korang mengumpul cash rebate korang juga boleh menikmati penjimatan sehingga 20%. Untung sangat berbanding korang membeli di farmasi dan juga e-commerce. Berkat pun boleh dapat sama dan ini sangatlah penting kerana apa yang kita makan jadi darah daging.👍

Nak tahu lebih detail juga boleh klik dibawah
https://wa.me/c/60126984528.

Nor Ain Sakinah 
SID 1311031
Your trusted Shaklee Independent Distributor | Shaklee Business Leader

CONTACT : 0126984528 (WHATSAPP)

FACEBOOK : Raudhatul Sakinah 

INSTAGRAM : raudhahdebeauty

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeSelangor
#pengedarShakleeKL
#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline

Supplement Terbaik Shaklee Kegemaran Saya

Cakkk!! Haa, jumpa lagi kita ye. Kali ni nak cerita pasal apa ye? Ok, kali ni Ain nak cerita pasal Supplement Terbaik Shaklee Kegemaran Ain

Kita kalo suka atau minat pada sesuatu barang atau produk, mesti la ada salah satu yang buat kita suka sangat dengan produk tu. 

Sebenarnya, Shaklee ni dah lama wujud tau. Cuma Ain baru je cuba consume dengan produk Shaklee. Baru tak baru sangat, dalam bulan 3 tahun lepas camtu. 

Ain consume resv masa mula mula tu. Ain amek resv sebab masa tu tengah dalam pantang. Bersalin czer kali kedua. Seksanya nak bergerak masa tu. 

Suami kerja, takde orang jaga Ain. Ain berpantang sendiri sebab anak anak sekolah. Jadi, Ain urus diri sendiri dan urus anak anak dalam masa yang sama. 

Ain tanya leader Ain, produk mana yang sesuai untuk wanita berpantang yang bersalin czer. Leader cakap amek vivix atau resv, kesannya sangat bagus katanya masa tu. 

Kebetulan ada promo resv, terus la grab promo tu. Beli 3 botol, dapat percuma sebotol. Kan best tu! 


Siap dapat sampul raya banyak pulak tu. Tak payah susah susah beli sampul raya lagi. Haha. Jimat duit Ain. Bukan berkira tapi mana yang boleh jimat, jimatlah selagi mampu. Gitu! 


Hari demi hari, Ain rasa bertenaga dan boleh bergerak buat kerja rumah macam biasa. Gerak pon tak macam dalam pantang. Alhamdulillah, syukur sangat dapat uruskan semua benda sendirian tanpa bantuan. 

Suprisingly, perut Ain tak buncit atau menggelebeh tau. Pakai bengkung pon tak ketat, tak longgar. Yang lagi best, siap boleh meniarap lagi ha. Golek golek sana sini dengan senang hati. 

Anak menyusu dalam keadaan Ain duduk atau baring, takde masalah. Pinggang pon takde sakit sakit. Badan pon cergas ajer. 

Memang highly recommend la resv ni untuk memulihkan sel sel badan kita. Korang wajib grab resv daripada vivix. Senang nak bawa kemana mana. Tak risau tumpah. 

Maklumlahhh, ada anak ramai ni, kena teliti lebih sikit. Nak beli apa apa barang, fikir dulu mengikut keadaan atau situasi yang kita tengah hadap ni. Ha begitu! 

Produk kedua kesukaan Ain adalah Nutriferon Granules. Ain dapat FREE jer daripada Master Norita. Masa tu, Ain join projek Mega Blog batch pertama. Peserta yang join projek tu, dapat hadiah ikut kategori. Jadi, Ain dapat hadiah yang ni. 


Ain consume Nutriferon ni sampai habis sekotak. Rasa dia sedap, tak tau camne nak describe. Sehari kena amek 1 sachet jer. Nutriferon bagus untuk boost immune. 

Zaman sekarang macam macam wabak ada. Covid la, influenza la, demam, batuk, selesema dan seangkatan dengannya. Kita kena la ada perlindungan.

Produk ketiga yang Ain consume dan sangatlah suka adalah ESP, Cinch dan Performance Drink. Ain bancuh tiga tiga tu sekaligus. Sumpah sedap! 

Ain grab promo Set Puasa Shaklee masa bulan puasa baru baru ni. Maklumlah, ada anak kecik yang masih menyusu ni memang mak mak akan rasa lapar kerap. 

Jadi, kena ada inisiatif supaya kita boleh berpuasa tanpa ada halangan. Takde la menggigil kelaparan kannn kalo ada back-up camni. 

Nak tau kelebihan Set Puasa Shaklee, klik sini. 

Sejak consume Set 3 Sekawan Shaklee ni kan, Ain rasa kenyang lama. Tak makan nasi pon, masih steady. Anak kecik Ain dah setahun, tapi masih menyusu badan sepenuhnya. 

Alhamdulillah, cergas ke sana ke sini urus anak sambil buat kerja rumah. Awal awal pagi dah minum 3 sekawan tu, pastu terus buat kerja. 

Tengahari masak dulu, baru pergi amek anak balik sekolah. Jam 2 petang, hantar anak pergi sekolah agama pulak. Jam 3.30 amek anak sulung balik sekolah. Dia sekolah Integerasi, tak sama sekolah dengan adik adiknya. 

Malam pulak, Ain fokus tengok anak anak ulangkaji atau buat homework. Begitulah rutin harian Ain dari hari isnin sampai hari jumaat. 

==================================

Ingin jana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah? Sekarang tengah ada promosi Set Rahmah tau. Beli untuk consume diri sendiri, secara tak langsung jadi ahli. 

Bermula dari makan sendiri, kemudian keluarga dan sedara mara pon consume Shaklee bersama sama. Kan seronok bila semua sihat. Tak risau lagi kalo tak cukup nutrisi lepas ni. Sebab semua dah consume Shaklee.  

In Shaa Allah, tak menyesal duduk dalam bisnes Shaklee. Ain bangga menjadi ahli keluarga Shaklee. 🥰

PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

Jom sama sama merealisasikan impian kita semua!

Register sini
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1311031

Tak rugi join bisnes Shaklee. Meh tengok apa kata Master Ira (team Ain) ni.

Nor Ain Sakinah 
SID 1311031
Your trusted Shaklee Independent Distributor | Shaklee Business Leader

CONTACT : 0126984528 (WHATSAPP)

FACEBOOK : Raudhatul Sakinah 

INSTAGRAM : raudhahdebeauty

#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023
#SetRahmahShaklee




Wednesday, May 10, 2023

Apa Tips Kurus Yang Berkesan Dan Selamat?

Hai, berjumpa lagi kita di dalam rancangan "Bila Nak Kurus?". Eh, tiba kannn. Haha. Adoiii sangat. 

Korang biasa dengar soalan camtu tak? Biasa yang tanya soalan camtu siapa? Mestilah yang kenal kita. Keluarga, saudara mara, kawan kawan. Betol kan? 

Kalo soalan camtu, boleh terima lagi. Takde la nak sentap sangat. Tapi kalo dapat kata kata camni, "banyaknya ko makan, patot la gemok!" Uisshhh, sentap dalam beb. 

Kalo nak tegur atau nasihat orang, biarlah bertapis sikit ayat tu. Kecik hati orang yang dengar tu tau. Jaga bahasa kita ok. Cuba la bagi tips atau petua, kan lagi sedap nak dengar. 

Ramai yang mahu kurus. Ada yang ikut jalan mudah. Ada yang bersusah payah cuba itu ini. Pelbagai kaedah dicuba. 

Bila ada yang sebut pasal ubat kurus pasti terliur mendengarnya. Habis semua dicuba. Dari satu produk ke satu produk. Jenis diet bertukar ganti. Semua dicuba. 

Harapan menggunung tinggi. Moga moga berjaya. Kejayaan pelbagai. Ada yang berjaya sekejap ajer. Ada yang berjaya terus. Untuk berjaya, perlu ada sistem. Perlu ada cara. Perlu ada ilmu.

Ok, kat sini Ain kongsikan 15 tips kurus tanpa ubat kurus.

Tips Kurus 1 : Elakkan Nasi Putih

Tips Kurus

Elak nasi putih. Ambil beras perang. Alternatif yang lebih baik.

Ada perbezaan antara nasi dahulu dengan nasi sekarang.

Beras putih sekarang melalui proses polishing.

Di mana segala fiber yang baik membekalkan nutrisi yang bergizi seperti dahulu dilekangkan di beras pada hari ini.

Ianya tidak beri lagi nutrisi seperti mana yang datuk nenek kita dapati pada zaman dahulu.

Nasi ni apabila kita makan, kajian menunjukkan karbohidrat yang kita ambil ini apabila masuk ke dalam sistem tubuh badan kita, dia akan bertukar menjadi gula. Ia bekalkan tenaga untuk kita bekerja.

Tetapi memandangkan kita tidak bekerja, seperti bersawah dan berkebun, jadi gula ini akan mula membentuk lapisan-lapisan lemak.

Berlakulah benjolan di sana sini. Mulalah seluar menjadi kecil. Mulalah baju menjadi kecil.

Sebabnya adalah kerana gula yang terbentuk dari karbohidrat tidak digunakna dan membentuk lapisan lemak demi lemak.

Ya, datuk nenek kita makan nasi setiap hari. Tetapi mereka mempunyai aktiviti ekonomi yang berbeza dari kita.

Mereka bekerja di ladang, mereka berkebun, mereka bersawah, mereka menjadi nelayan, dan semua itu memerlukan penggunaan tulang empat kerat.

Tetapi kita berbeza pada hari ini, kita tidak menggunakan ataupun kita tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti seperti itu.

Kita hanya berada di pejabat, kita hanya menggunakan jari untuk menaip ataupun tangan untuk menulis.

Dan kita jarang menggunakan keseluruhan tubuh badan kita untuk bergerak.

Beras perang adalah alternatif yang lebih baik berbanding beras putih.

Ataupun beras yang ditulis "parboiled" atau beras basmati. 

Tetapi andai kata berat badan menjadi isu utama kita, pastikan kita elak dulu dari makan nasi sebab walaupun nasi dari beras putih parboiled dan beras basmati ini umumnya lebih baik opsyennya, tapi ianya akan tingkatkan berat badan kita.

Selain nasi putih ini, elakkan juga tepung putih. Ganti dengan tepung unbleached, multigrain atau wholemeal. Kedua-dua nasi putih dan tepung putih mempunyai kisah yang sama.

Kedua-duanya apabila kita makan, akan terus bertukar menjadi gula dalam badan, dan gula ini memberi kesan buruk kepada otak, memberi kesan buruk kepada tubuh badan manusia.

Jom lihat apa tips kurus seterusnya.

Tips Kurus 2 : Elakkan Gula Putih

Gula putih terdapat dalam hampir kesemua makanan proses. Dalam sos, dalam coklat, kek, minuman berkotak, tin, dan paket dan banyak lagi.

Kita juga tanpa segan silu letak gula putih dalam minuman, pada donut, pada masakan dan lain-lain.

GULA PUTIH juga BESARkan BADAN. Ikut kajian 62% wanita dan 48% lelaki di Malaysia jadi obes. Terkena penangan GULA PUTIH. Jangan masuk dalam statistik itu.

Ikut kajian juga lebih dari 85% lelaki "mengandung". Penangan GULA PUTIH juga.

GULA PUTIH juga tonik kepada sakit kepala, migraine, cyst, anxiety, depression.

Oh ya. GULA PUTIH LEMBABKAN OTAK.

Malan malam nanti, semak makanan dan minuman apa kita ambil.

Boleh boleh?

Ikut kajian 40% penyakit kanser boleh dicegah. Caranya MUDAH. JAUHI gula putih. KANSER memBESAR dengan GULA PUTIH.

Jika ingin manis, dapatkan dari sumber semulajadi seperti buah. Atau madu. Dan alternatif gula yang terbaik adalah gula kelapa.

Tips seterusnya berkaitan sarapan pula.

Tips Kurus 3 : Sarapan Pagi

Mungkin kita pernah dengar pepatah Inggeris menyebut

“Sarapan seperti raja, makan tengahari seperti putera raja. Makan malam seperti puteri raja.”

Mungkin kita tertanya-tanya kebenarannya?

Kajian saintifik terkini, terNOW dari Journal of Nutrition benarkan pepatah ini.

Kajian dijalankan ke atas 50,660 orang sepanjang tujuh tahun. Orang yang ambil sarapan besar dan banyak lebih kurus.

Mereka lebih sihat. Kurang pula penyakit.

Kita biasanya ambil sarapan sedikit. Mungkin tidak ambil langsung.

Makan tengahari lebih banyak. Malamnya kita makan seperti raja.

Akibatnya perut makin berlapis.

Benjolan terbentuk sana sini. Pakaian ‘mengecil‘.

Hasil kajian, apabila mahu kurus, lakukan perkara berikut :

  1. Sarapan pagi, makan banyak.
  2. Jarakkan antara sarapan dan makan tengahari antara 5-6 jam.
  3. Makan malam pada waktu petang. Malamnya seolah berpuasa 12-13 jam.

Apabila bersarapan maka terbukalah ‘puasa‘ pada malam hari.

Cara di atas adalah RESEPI untuk KURUS dan SIHAT.

Kalau tak MAHU tak perlu AMAL.

Sihat itu jihad.

Boleh boleh?

Dah tahu tips sarapan, tapi nak makan apa?

Tips Kurus 4 :  Tiga Makanan Cepat Kurus

Makanan-makanan berikut secara saintifik dapat kuruskan badan.

1. Epal dan Pear

Keduanya ada fiber yang tinggi. Punya kalori yang rendah. Sarat dengan Pectin.

Pectin apabila dimakan akan membentuk seperti gel di dalam perut. Punya kuasa kecilkan rasa lapar.

2.  Cili

Pedas pada cili dapat kurangkan rasa lapar. Dalamnya ada Capsaicin.

Ia tingkatkan kadar metabolisme badan. Apabila metabolisme tinggi, tahap untuk menjadi JALUR LEBAR menurun.

3. Teh Hijau

Teh Hijau ada flavonoids yang bantu tingkatkan kadar metabolisme. Kita tidak akan memBESAR sebagai johan.

Amal yang tiga ini dahulu.

Kajian dapati makan 3 biji epal atau pear setiap hari kecilkan saiz pinggang dan kempiskan perut. Apabila ditambah dengan teh hijau pasti berganda nikmat turun berat badan.

Boleh cuba. Semuanya boleh dibeli harga mampu milik.

Seterusnya kita beralih ke makanan kurangkan lapar.

Tips Kurus 5 : Tiga Makanan Kurangkan Lapar

1. Kacang cerdik atau pistachio

Jumlah 43 biji. Kajian oleh In U.S. Agricultural Research Service. Tambah cerdik bila makan bukan kismis.

2. Minyak zaitun

Campurkan dalam makanan yang telah siap dimasak. Bukan masak minyak zaitun. Kajian detail di jurnal saintifik American Journal of Clinical Nutrition.

3. Avokado

Inilah pemenang pertama. Kajian dah berkodi kodi. Tinggal nak buat tak nak buat jer.

Makan avocado boleh hilang perut mengandung abam abam. Hakak hakak nak badan lentik pun boleh cuba. Natural.

Jangan percaya. Buat jer.

Tips kurus seterusnya makanan turunkan berat pula.

Tips Kurus 6 : Lagi Makanan Turunkan Berat Badan

Kurus adalah impian. Ramai damba untuk kurus.

Perkataan yang meniti dibibir.

Harapan yang lama bersarang di hati. Pelbagai cubaan.

Asal ada produk kurus, pasti dicuba.

Mari cuba beberapa makanan berikut. Semuanya hasil dari kajian saintifik.

Dicuba secara klinikal.

Tips kurus seterusnya adalah makanan-makanan sihat yang perlu diambil.

1. Cuba Greek Yogurt.

Setiap cawan ada 23% protein membina otot. Ditambah dengan kalsium semulajadi dan probiotik. Cukup alasan untuk hilangkan lemak di perut.

Bacaan lanjut di European Journal of Clinical Nutrition.

2. Makanan whole grains

Ia hilangkan lemak di perut. Kurangkan Hormon Ghrelin – hormon lapar.

Kajian dari Pennsylvania State University dapati,

Diet ini apabila diambil selama 12 minggu berturut-turut turunkan berat badan sekurang-kurangnya 12kg.

3. Asparagus – Ada fiber prebiotic

Kurangkan kembung perut. Kurang berangin jadinya perut kita.

Dikenali dengan anti oksida yang tinggi terutamanya berkaitan dengan radang disebabkan meningkatnya berat badan.

Tak perlu pening tentang makanan. Ambil makanan yang beri daya kurus yang tinggi. Ia semulajadi. Mudah hadam.

Tips kurus seterusnya susah sikit nak sebut.

Tips Kurus 7 : Ambil Makanan Yang Ada Butyrate

Perkataan ini asing. Sebutannya sukar. Tujuannya kurang diketahui.

Butyrate penting untuk kuruskan badan.

Ia teman sejati untuk usus. Hadirkan lebih banyak bakteria baik.

Dalam usus ada 100 juta neurotransmitter. Bahasa mudah fahamnya sel otak.

Faktor ini sebabkan usus dinobat sebagai otak kedua.

Butyrate terlahir dari proses fermentasi makanan tinggi fiber.

Contoh makanan tinggi fiber ialah barli, oat, beras merah dan bran.

Ini yang dilaporkan dalam Journal of Nutrition November 2010.

Mengambil buah buahan juga bantu tinggikan butyrate.

Buahan seperti oren, kiwi, epal. Sayuran berdaun hijau juga masuk dalam kategori sama.

Pisang yang belum masak ranumbutter dan ghee juga hadirkan butyrate.

Kajian obesiti pada tahun 2007 dapati, apabila butyrate menjadi sajian utama, berat badan mula menurun. Sekurangnya 10% dari berat asal.

Kunci utama ialah banyakkan sajian tinggi fiber.

Apabila masuk dalam perut, usus bahagia. Tidak lagi sakit. Apabila usus bahagia, otak gembira.

Keduanya beri high five. Sakit tidak hampiri. Berat badan ekstra terus menyepi.

Bukankah ini yang kita mahu. Sihat. Cantik. Cerdik. Lentik.

Tips kurus seterusnya berkaitan dengan omega-3.

Tips Kurus 8 : Berdamping Dengan Omega-3

Mahu kurus cepat? Caranya mudah. Tingkatkan metabolisme badan.

Caranya? Ambil Omega 3.

Dalam kajian lain di International Journal of Obesity and Related Metabolism Disorder, Omega 3 dapat tingkatkan metabolisme tubuh.

Meningkat hingga 4% dalam masa sebulan. Jumlah yang perlu diambil ialah 6g sehari.

Dalam kajian lain pula di Applied Physiology and Nutritional Metabolism, ambil 3g Omega 3 sahaja sehari selama 6 minggu naikkan hingga 5.3% metabolisme tubuh.

Selain tingkatkan metabolisme, Omega 3 adalah FAT BURNER natural.

Bakar lemak tanpa kita sedari. Kata orang putih “its effortless.”

Omega 3 juga bantu turunkan rasa lapar.

Selera makan juga mengecil.

Maklumat ini didapati dalam kajian yang dimuat di Journal Appetite.

Contoh makanan ada OMEGA 3 ialah Avocado.

Juga yang dikenali sebagai SMART FAT.

Avocado kaya dengan lemak dan fiber.

Kajian dalam Nutrition Journal, ambil avocado waktu tengahari turunkan selera makan sehingga 5 jam.

Apabila kenyang tiada lagi jajan. Tiada kudap kudapan.

Boleh fokus terus pada kerja.

Lebih menarik lagi Avocado boleh kepiskan perut. Secara alami.

Apabila dicampur dengan senaman lagi MERECIK hasilnya.

Semestinya Omega 3 ini teman sejati otak. Sangat BAGUS untuk OTAK.

Tak boleh ambil avocado? Ambil Flaxseed atau ambil terus minyak ikan.

Menurut kajian dari American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of the International Society of Sports Nutrition

Pengambilan minyak ikan turunkan lemak. Kesan diperoleh seawal minggu ke 6.

Amacam? Mahu kempis perut?

Mahu Fat Burner semulajadi?

Berdampinglah dengan Omega 3.

Tips seterusnya, kita cerita tentang pisang pula.

Tips Kurus 9 : Makan Pisang Untuk Rasa Kenyang

Teringat satu ketika. Heboh di Jepun. Pisang habis. Sukar di dapati.

Semuanya gara-gara kurus. Ada pendapat mengatakan pisang menurunkan berat badan.

Orang berpusu-pusu ke pasar. Tujuannya mahu beli pisang. Mahu kurus.

Pisang tidak ada kandungannya yang menurunkan berat badan.

Kelebihannya banyak. Kalori sikit. Makan pisang mengenyangkan.

Kalau perut saiz XXXL mungkin setandan baharu kenyang.

Umumnya dua biji pisang sudah mengenyangkan.

Andai mahu kelihatan seperti usia sebenar. Bukan tua sebelum usia, makanlah pisang.

Pisang ada anti oksida. Membaik pulih organ dalaman.

Organ dalaman muda, yang luar ikut muda.

Mahu hadiri mesyuarat, baca buku atau buat pembentangan, Ambil pisang.

Ada kehebatan pada pisang. Ada B6, manganese dan copper. Semuanya untuk otak.

Ada fiber pada pisang. Diproses secara perlahan oleh sistem.

Lambat terasa lapar. Rahsianya pada Pectin.

Antara pisang ranum dan masak tetapi masih kehijauan, elakkan yang ranum.

Gula sedikit. Kanji kecil.

Mahu kawal tekanan darah, pisang boleh membantu.

Ada potassium. Membantu kesihatan jantung manusia dan buah pinggang.

Kajian dapati makan sebiji pisang waktu sarapan dapat tingkatkan mood sehingga separuh hari.

Pisang juga turunkan emosi negatif yang bersarang dalam diri.

Buah pisang disebut di dalam Al-Quran. Disebut sebagai makanan di syurga.

Sudah panjang lebar cakap tentang makanan, beralih pada minuman pula.

Tips Kurus 10 : Banyakkan Pengambilan Air

Air membersihkan tubuh dari dalam. Bantu buang toksin dari makanan yang kita ambil.

Air juga adalah sumber nutrisi untuk otak.

Air sangat penting untuk dapatkan tidur yang nyenyak.

Andai kita bangun atau terasa kebas tangan, kaki atau bahagian tertentu tubuh, itu tandanya air kurang.

Lenguh-lenguh badan adalah masalah kurangnya air.

Air kurang otak mengering. Tidak cukup air melembabkan otak.

Tidak cukup air otak tidak berfungsi dengan baik.

Air membekalkan oksigen kepada otak. Oksigen adalah nutrien penting untuk otak.

Minuman seperti kopi, teh dan yang lain-lain tidak termasuk dalan kategori air.

Air kosong tidak berwarna dan berperisa lebih tepat digunakan untuk tubuh kita.

Setiap masa kita kehilangan air. Ianya perlu ditambah.

Mayo Clinic, sebuah institusi terkenal di US mempunyai saranan yang berbeza.

Saranan Mayo Clinic dan Prof Dinges sama.

Untuk lelaki, minum air sebanyak 13 gelas atau 3 liter. Perempuan pula ialah ialah 9 gelas atau 2.2 liter.

8 gelas air hanya berjumlah 1.9 liter.

Tidak cukup untuk perempuan. Sangat kurang untuk perempuan.

Minum air mencukupi banyak faedahnya.

Ada antara kita yang selalu ‘terlupa” minum air.

Apps telefon pintar berikut boleh membantu Waterlogged atau Water Drink Reminder.

Minum banyak air meningkatkan sistem metabolism badan.

Tubuh dapat memproses makanan dengan efektif. Membantu menurunkan berat badan.

Jom kita ambil berat tentang air yang kita minum.

Air penting untuk otak. Air penting untuk tidur. Air penting untuk kurus.

Otak manusia adalah 80% air. Kurang ambil air sebanyak 2% sahaja beri kesan buruk pada otak. Antaranya :

  • Lemah konsentrasi
  • Menjunam short term memory
  • Menurun tahap alert atau siap siaga

Pastikan air cukup. Teh, kopi dan minuman berwarna tidak termasuk dalam kategori ini.

Mahu otak geliga bermesralah dengan air kosong.

Bangun pagi sahaja pastikan 500ml diminum dengan bangganya.

Air nutrisi penting untuk OTAK. Apabila terasa dahaga itu tanda OTAK mula hilang nutrisi.

Sebelum simptom dahaga muncul, hadirkan air.

Selepas makan dan minum, kita beralih ke poin tidur pula.

Tips Kurus 11 : Tidur Yang Cukup


Ya, tidur. Nak kurus kena tidur.

Tidur 5 jam atau kurang tambahkan lemak pada perut. Bentukkan air terjun ketika mandi. Kaki tidak basah jadinya.

Lemak pada perut atau visceral fat ini bahaya. Tempat toksin bertapa. Tunggu masa untuk merosak.

Pastikan cukup tidurnya. Tidur untuk sihat dan awet muda. Dan kurus. Bukan sekadar tutup mata.

Tidak cukup tidur menyebabkan obesiti. Puncanya ialah kesan tidak cukup tidur ke atas hormon lapar iaitu ghrelin dan hormon kenyang leptin.

Tugas ghrelin ialah memberi isyarat kita perlu makan.

Tidur tidak cukup menyebabkan otak melepaskan lebih banyak ghrelin.

Bayangkan ghrelin yang meningkat tiga kali ganda. Ia meminta dan merayu untuk makan.

Akhirnya kita mengalah. Bunyi keroncong pun mula dilagukan. Kita tinggalkan kerja.

Kita bergegas bangun mencari makan. Biasanya kita capai apa yang ada dahulu. Kudap-kudap dulu.

Andai sudah keluar ke gerai makan, semua makanan nampak menggiurkan. Nasi menimbun tinggi. Kuah banjir.

Makan dengan lahap. Laju. Air gelas besar.

Maklumlah lapar tahap dewa. Ini ghrelin punya angkara.

Leptin pula memberi klu perut sudah penuh. Mesti berhenti. Malangnya apabila kurang tidur, leptin berkurangan.

Kurang leptin menyebabkan kita terus makan. Walau sudah habis sepinggan. Bangun dan tambah lagi. Maklumlah leptin tidak ada untuk melarang dari berhenti makan.

Apabila kita makan tetapi tidak mampu berhenti itu tandanya ghrelin dan leptin di otak tidak stabil.

Apabila kita tidur lewat dan bangun pada waktu yang sama, kita membantu diri untuk MEMBESAR sebagai johan dan menjadi jalur LEBAR.

Apabila tidur cukup, hormone ghrelin stabil. Kita hanya lapar apabila sampai waktunya. Laparnya tidak melampau.

Apabila cukup tidur, leptin ada. Leptin akan arahkan untuk berhenti sebelum kenyang. Kita tidak akan tambah makan lagi.

Tidur memberi kesan kepada dua hormon penting yang mengawal makan di dalam otak. Kedua-duanya penting. Perlu stabil.

Kurang tidur menggemukkan. Cukup tidur boleh kurus. Yang mana satu pilihan kita?

Untuk dapatkan manfaat dari tidur, tidur mestilah berkualiti. 

Tidur tidak cukup mengundang 7 petaka. Kurang tidur akan :
  1. Tingkatkan tahap kebodohan sebanyak 32%
  2. Kembangkan perut sebanyak 25%
  3. Tingkatkan kebarangkalian remaja menjadi perokok, ambil dadah dan arak
  4. Tuakan organ dalaman sekurang-kurangnya 15 tahun dari usia sebenar
  5. Tinggikan hormone stress iaitu kortisol dan homocystein
  6. Beri ruang yang lebih besar untuk dapat hypertension, rambut beruban dan kulit kedut
  7. Sebabkan rumah kata pergi kubur kata mari

Tidur cukup jadi awet muda.

Ada lagi kelebihan tidur ni. Tidur tengahari pula. Orang kata Qailulah.

Mungkin korang tak percaya dengan point ini.

Kajian dari University of California, San Diego. Mereka dapatkan 19 sebab kenapa tidur tengahari atau siesta penting. Dikongsikan 5 dahulu.

  1. Tingkatkan on-the-job alertness sebanyak 100%. Bayangkan kalau pekerja dan pelajar lebih alert. Bukankah prestasi lebih baik.
  2. Fikiran jadi lebih tajam. Keputusan lebih baik. Pertimbangan lebih saksama.
  3. Turunkan berat badan dengan mengubah sistem metabolisme. Juga betulkan bahan kimia yang pengaruhi selera makan.
  4. Lahirkan sel kulit baharu. Kelihatan lebih muda. Lebih anggun.
  5. Mood jadi lebih baik. Lebih ceria. Senyum menguntum di bibir. Orang pun suka

Bukankah dalam Islam juga galakkan Qailulah? 

Sudah terangkan tentang makan, minum, dan tidur. Beralih ke aktiviti pula.

Tips Kurus 12 : Bersenam

Senaman penting. Diet tanpa senaman tidak membawa ke mana.

Ramai yang bersenam setelah pulang kerja. Lebih buruk apabila bersenam waktu malam.

Waktu mana yang sesuai?

Waktu pagi lebih sesuai kerana hormon yang keluar seperti endorfin dan serotonin boleh bantu bina semangat.

Semangat untuk teruskan usaha diet.

Motivasi tinggi. Kerja lebih berprestasi.

Kajian dari jurnal saintifik Progress in Cardiovascular Disease. Berlari dua jam seminggu panjangkan umur sebanyak 3.2 tahun.

Bersenam untuk sihat. Kurus itu bonus. Diet perlu diteliti. Rehat dan tidur perlu diamati.

Ada pelbagai jenis senaman. Mulakan dengan berjalan. Mulakan dengan aktiviti warm up.

Berlari boleh sebabkan sakit tubuh. Otak akan rekod kesakitan. Esoknya otak keluarkan alasan.

Tidak perlu jogging sebab jogging undang kesakitan.

Kita pun berhenti. Senaman jadi projek terbengkalai lagi.

Senaman seperti makan. Selagi kita makan selagi itu perlu bersenam. Perlu sokmo sokmo.

Mulakan sedikit. Biar berterusan.

Jika tak mahu buat seorang, mulakan dengan pasangan, atau kawan. Akan ada sokongan.

Boleh boleh?

Nak share lagi kebaikan bersenam. Berjalan kaki :

  1. Berat badan menurun. Tubuh jadi ringan. Kesihatan meningkat.
  2. Kreativiti meningkat sebanyak 60% ikut kajian dari Stanford University.
  3. Kurang risiko diabetes sebanyak 50%. Ini hasil kajian dari University of Leicester.
  4. Kurangkan risiko kanser sebanyak 34%.
  5. Kurangkan kesan sakit lutut, pinggul dan ankel sebanyak 26%. Ini kajian University of Wisconsin.
  6. Pendek kata senaman seMUDAH berJALAN KAKI amat BAGUS. Banyak sangat kesan. Paling best sekali ialah bab TURUN BERAT BADAN.

Untuk tips senaman, buat regangan ringan. Regangan penting. Elak dari terus slow jog atau brisk walk tanpa regangan.

Berjalan laju. Saya pastikan 1km bawah 10 minit. Baharu akan rasa kelainan, lebih power.

Selain kelebihan yang diberi diatas, berjalan juga dapat tumbuhkan sel otak baharu di pusat memori. Mahu jadi pemilik memori hebat, tidak nyanyuk di hujung usia rajin rajinlah berjalan.

Boleh rujuk di Proceedings of the National Academy of Sciences. Kajian yang dibuat tahun 2011 dapati orang dewasa yang berjalan 40 minit 3 kali seminggu hasilkan sel otak baharu. Bahasa neurosains ialah neurogenesis.

Tips kurus seterusnya ada kaitan dengan makanan petang rakyat Malaysia.

Tips Kurus 13 : Elakkan Makanan Berminyak

Ini favorite orang Malaysia: Goreng Pisang.

Korang tahu apa kesan mengambil makanan berminyak mengandungi tepung dan bergula seperti goreng pisang?

Apa khasiatnya? Mungkin tiada. Penuh kalori. Satu pisang goreng sudah mencecah 200 kalori. Belum masuk cucur dan minuman.

Congakan kasar mungkin sekitar 800 kalori termasuk air. Andai 100 kalori perlu berlari selama 15 minit, berapa agaknya kalau 800 kalori?

Apa yang berlaku andai tidak senaman selepas itu?

Pembentukan lemak pasti berlaku. Peningkatan gula di dalam darah tidak terkecuali.

Kesan buruk pada CEO otak iaitu Prefrontal Cortex (PFC) jugak berlaku. Makanan-makan itu menurunkan aktivitinya.

Andai inilah makanan yang dimakan ketika mesyuarat, apa akan jadi pada kualiti hasil mesyuarat?

PFC adalah tempat membuat keputusan. Tempat merancang. Tempat mengawal.

Lemah bahagian ini lemahlah yang lain. Merosotlah prestasi. Mulalah rasa tidak puas hati di sana sini.

Tips yang seterusnya adalah tentang lunch di pejabat.

Tips Kurus 14 : Masak Cara Sihat, Bawa Bekal

Masak dengan cara sihat di rumah seperti stim, bakar dan rebus

Apabila kita makan di kedai, kebiasaanya makanan yang dimasak mengandungi gula putih. Dimasak pula dengan minyak yang banyak. Mungkin juga recycle minyak semalam.

p/s: Untuk keburukan gula putih, semak semula Tips Kurus 2. Untuk keburukan makanan berminyak, semak semula Tips Kurus 13.

Apabila masak sendiri, korang boleh stim, bakar dan rebus sahaja.

Jika tidak tahu ingin masak apa, boleh juga cuba bawa makanan berikut untuk lunch di pejabat :

1. Buah-buahan segar seperti jambu batu potong.
2. Kekacang seperti almond
3. Buah-buahan kering seperti buah tin dan apricot.
4. Teh bunga tanpa gula. Maniskan dengan madu atau stevia. Itupun kalau mahu.

Ini adalah contoh-contoh makanan dan minuman yang boleh dibawa bekal, dan ianya boleh menjadi ubat. Jangan jadikan ubat sebagai makanan. 

Bak kata professor saya dulu,

” Pada setiap makanan yang Allah ciptakan sudah ada kecukupan. Cukup rasanya. Tidak perlu penambahan. Pada tangan manusialah makanan-makanan ini dirosakkkan.”

Tips kurus seterusnya, adalah elakkan makanan kegemaran ramai di Malaysia.

Tips Kurus 15 : Jauhi Processed Food & Frankenfood

Berhenti ambil processed food. Sosej, nuggets, burger adalah contoh processed food.

Processed food ataupun makanan berproses ini kebiasannya mengandungi kandungan gula. Ingat lagi Tips Kurus 2 tentang gula?

Baru ni ketika di pasaraya ternampak ada 1 troli betul-betul parking di depan saya.

Terpandang satu kotak. Bahagian ingredient betul-betul ada di depan mata.

Saya ambil handphone terus snap. Lepas tu besarkan dan tengok ingredient pada kotak. Yang tertulis:

"Ingredients: Enriched Bleached Wheat Flour [Flour, Reduced Iron, B Vitamins (Niacin, Thiamine Mononitrate (B1), Riboflavin (B2), Folic Acid)], Corn Syrup, Sugar, High Fructose Corn Syrup, Water, Partially Hydrogenated Vegetable and/or Animal Shortening (Soybean, Cottonseed and/or Canola Oil, Beef Fat), Whole Eggs, Dextrose. Contains 2% or Less of: Modified Corn Starch, Glucose, Leavenings (Sodium Acid Pyrophosphate, Baking Soda, Monocalcium Phosphate), Sweet Dairy Whey, Soy Protein Isolate, Calcium and Sodium Caseinate, Salt, Mono and Diglycerides, Polysorbate 60, Soy Lecithin, Soy Flour, Cornstarch, Cellulose Gum, Sodium Stearoyl Lactylate, Natural “and Artificial Flavors, Sorbic Acid (to Retain Freshness), Yellow 5, Red 40.”

‘Makanan’ di atas bukan food. Ia Frankensfood. Sediaan utama ialah bahan kimia. Sedap di lidah sakit di perut dan otak. Sepatutnya dibakulsampahkan saja.

Bila kita nak beli ‘makanan’ lihat kandungan. Kandungan dengan perkatan sukar disebut wajar dihindari. Sampai nak tergeliat lidah tu jauhkan sahaja. 

Kebanyakan makanan yang dipaketkan di pasaraya adalah makanan proses. Lihat dulu isi kandungannya sebelum membeli.

Kalau kandungan lebih dari 6 wajar berhati-hati. Maksudnya banyaklah bahan kimia.

Pada chicken nugget contohnya ada 25 bahan atau ingredient. Salah satunya ialah ayam. Yang lagi 24 tu apa?

Nak kurus, elakkan juga makanan yang berbahaya untuk tubuh badan.

SEMOGA MENJADI INSPIRASI

Diharap tips ini dapat memberi semangat kepada ramai lagi wanita dan lelaki yang dalam misi untuk kurus

Jangan anggap ianya sesuatu yang tak mustahil. Buktinya ada di depan mata!


Nak lagi cantik badan tu, taknak ada gelebeh, meh cuba amalkan Set Hello New You.


Apa yang ada dalam Set Hello New You ni? Apa kelebihan set ni?

CINCH SHAKE
- Protein soya non-GMO
- Glisemik index rendah, rasa kenyang lebih lama.
- Ada leucine yang bertindak untuk mencairkan lemak
- Mengawal selera makan
- Membekal lebih tenaga
- Pelihara otot supaya tak menggeleber
- Meal replacement terbaik

OMEGA GUARD
- Membantu penurunan berat badan dengan bertindak seperti hormon meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak. 
- Mengurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ badan dan di sekitar pinggang. 
- Kurangkan selera makan, rasa kenyang lebih lama. 
- Kurangkan keradangan dan penakungan air pada tisu badan. 
- Aktifkan pengeluaran air yang tidak perlu dari badan untuk memberikan kesan penurunan berat yang signifikan. 

LECITHIN
- Menyerap vitamin larut lemak A, D, E, K. 
- Menghalang enapan lemak di hati. 
- Memecahkan lemak dan kolestrol. 
- Mengemulsi dan membantu metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh. 
- Mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang. 
- Mengurangkan sembelit, meleraikan toksin dalam usus. 

HERB LAX
- Membantu pembersihan najis yang tersekat. 
- Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh. 
- Membantu mengatasi masalah sembelit. 
- Mengempiskan perut. 

So, dah faham sekarang? Menarik bukan? 
Ada berita baik untuk anda yang beli Set Hello New You dengan Ain! 
Berita baiknya adalah jeng jeng jeng! 

Anda dapat masuk dalam group iFlat batch 8 dalam team Ain. Wow! Best kannn. 

iFlat tu apa pulak? iFlat tu singkatan bagi nama Intermittent Fasting

Dah ramai yang cuba Set Hello New You ni dan berkesan dengan jayanya. Takkan korang nak tengok jer. Usaha tangga kejayaan ok. 

Boleh Share Tips Ni Dengan Kenalan?

Tips kurus menjadi bahan bacaan penting untuk wanita. Abam-abam juga ada yang mencari. Jika sebelum ini ada rakan-rakan yang selalu cari produk kurus, boleh tolong share tips ini pada mereka. Moga bermanfaat. 🥰

Haa. Nak tau lebih banyak pasal nutrisi, tips dan petua lain? Follow Ain rapat rapat.  

Nak tau pasal Set Hello New You Shaklee, boleh wasap Ain terus.
Ain Shaklee - 0126984528

Kalau nak register sebagai ahli Shaklee, boleh terus klik link ni ye.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1311031

Nor Ain Sakinah 
SID 1311031
Your trusted Shaklee Independent Distributor | Shaklee Business Leader

CONTACT : 0126984528 (WHATSAPP)

FACEBOOK : Raudhatul Sakinah 

INSTAGRAM : raudhahdebeauty

#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023
#SetRahmahShaklee

Kenapa Saya Join Shaklee??

Dunia pekerjaan ni ada banyak bidang. Setiap manusia ada kemahiran dan kepakaran masing masing yang Allah anugerahkan. Maka bersyukurlah sebanyaknya. 

Ada yang pakar bab akaun, ada yang pakar bab pengurusan, ada yang pakar bab sales, ada yang pakar bab pengiklanan dan banyak lagi. 

Kita ada banyak pilihan kerjaya untuk kita pilih. Yang pastinya, kena pilih tepat  dengan minat kita. Setuju atau setuju sangat? 

KADAR PENGANGGURAN DI MALAYSIA KEKAL 3.6% PADA DISEMBER 2022

Kadar pengangguran di Malaysia kekal 3.6 peratus pada Disember 2022 dengan bilangan penganggur menurun kepada 599, 600 orang berbanding 600, 900 orang pada bulan sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh Malaysia Suku Tahun Keempat dan Disember, yang dikeluarkan hari ini.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata bilangan tenaga buruh pada Disember meningkatkan 0.1 peratus dengan mencatatkan 16.73 juta orang berbanding 16.71 juta orang pada November, manakala kadar penyertaan tenaga buruh (LFPR) tidak berubah iaitu 69.8 peratus.

Jadi, takkan kita nak jadi golongan penganggur terhormat kan? Kena la bertindak sesuatu untuk memajukan ekonomi dan mengukuhkan kewangan kita. 

Maklumlah, zaman sekarang ni. Semuanya pakai duit. Sedangkan masuk tandas pon kena bayar, apatah lagi benda lain. Takkan kita nak mengemis pulak. Kudrat masih kuat, umur masih muda. 

Nak tau tak kisah Ain dan kerjaya Ain? 

Ha, kisahnya begini. Ain bermula kerja sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS) di Pejabat Pembangunan Negeri Johor pada tahun 2009. Masa tu, suami Ain pekerja tetap di situ. 

Ni kawan baik Ain masa kerja di sana. Qila dan Nana.  🥰

Bekerja kontrak selama 6 bulan, kemudian renew lagi kontrak. Tetapi pada tahun 2010, abah jatuh sakit. Ain buat keputusan untuk balik ke tempat asal iaitu Selangor sebab nak jaga abah. Suami izinkan. 

Bila balik Selangor, Ain berkhidmat sebagai guru di Maahad Tahfiz. Bekerja sambil jaga abah. Suami masih bekerja di Johor. Tapi dalam masa sama, dia mintak tukar ke Selangor. 

Ain guru kelas tingkatan 3 pada waktu ni. 

Alhamdulillah, akhirnya suami dapat bertukar ke sini. Jadi, kami sama sama jaga abah sambil bekerja. Hari demi hari, abah semakin ceria walaupon menanggung sakit. 

Abah ada sakit Gout yang agak kronik. Korang pernah nampak orang sakit Gout tak? Kalo tak pernah nampak, meh Ain tunjuk sikit sakit Gout ni. 

Nampak tak tangan yang benjol benjol tu? Tu la Gout. Abah dapat dari keturunannya. 

Ok, dipendekkan cerita. Tahun 2012, Ain tak bekerja sebab takde siapa boleh jaga anak masa tu. Taska penuh, rumah pengasuh penuh. Maka, Ain buat keputusan jaga anak sendiri. 

Bermula la kerjaya sebagai surirumah sepenuh masa. Uruskan kerja kerja rumah + urus anak sangat penat sebab ia bermain dengan emosi. Tahun demi tahun berjalan, Ain mula mencari kerja. 

Tahun 2017, Ain berkhidmat sebagai Guru Smart Reader Kids di Desa Coalfield. Masa ni, ada 3 orang anak dah. 2 orang tadika di situ, sorang masuk taska kat area situ je. 

Taska bawah tadika je pon. Tapi dapat berkhidmat selama setahun je. Kemudian berhenti sebab taska bawah tadika tu ditutup. Takde siapa boleh jaga anak. 

Ni Principal Desa Coalfield. Pn. Azlina. 🥰
Team Guru Desa Coalfield 🥰🥰🥰

Bila dah duduk rumah semula, Ain cuba cari kerja part time. Nak dipendekkan cerita, Ain jumpa sorang akak ni. Kak Imin namanya. Kak Imin ajak Ain join bisnes dia. 

Masa tu, dia buat mobile spa. Huiii, memang Ain rasa tertarik dengan bisnes mobile spa tu. Tapi takde modal yang besar. Maka, join dari modal kecik iaitu jadi ahli Shaklee RM35 je. 


Tak lama pastu, Kak Imin senyap. Lost contact dengan Kak Imin. Suatu hari, Kak Kam contact Ain. Katanya Kak Imin dah meninggal. Patutlah senyap je. Jadi, Kak Kam yang guide Ain. 

Macam macam benda Ain belajar dalam Shaklee ni. Sedikit demi sedikit Ain cuba beli dan consume produk produk Shaklee. Yang paling best, produk resv. Posting akan datang, Ain akan cerita kenapa Ain cakap produk resv best. 

Kalo tak tau tentang soalan soalan prospek, tanya ajer kawan kawan dalam group support tu. In Shaa Allah, diorang jawab sebab ada yang dah ada pengalaman kann. 

Shaklee ada juga kelas kelas nutrisi dari doktor doktor bertauliah. Bukan calang calang orang tau yang share pasal nutrisi. Pulak tu, rajin bagi giveaway setiap kali kelas yang Shaklee anjurkan. Best kan? 

Team kami sangat supportive tau. Bila down, cepat cepat la cari Kak Kam (Leader Ain) dan sedut segala aura positif dari Kak Kam. Alhamdulillah, bersemangat semula dan teruskan perjuangan tanpa henti. 

Jom sertai team Ain. Ain buat Bisnes Shaklee sebab bisnes Shaklee ada bukti dan hasilnya. Ain boleh kategorikan bisnes Shaklee ni bisnes terbaik di abad ini. 

Pilih 7 Ciri Bisnes Yang Macam Ni👇
1) MODAL RENDAHRISIKO RENDAH tapi PULANGAN TINGGI
2) Economic bullet proof - SENTIASA ADA DEMAND
3) PRODUK YANG BERKUALITITERBUKTI dan SELAMAT 
4) SYARIKAT YANG STABIL
5) BISNES YANG ADA SLIP GAJI dan BANK TERIMA
6) PROVEN RESULT, PROVEN MENTOR DAN ADA SUPPORT SISTEM
7) BISNES YANG BOLEH DIWARISKAN

Kenapa Ain Join  Bisnes Shaklee? 

Bisnes Shaklee ada 7 ciri yang Ain sebutkan tadi. Ditambah pulak dengan 3C yang mampu merealisasikan impian kita. 

1) Ada Cash Bonus

Cash bonus ni kira macam gaji tiap bulan. Ianya bukan untung runcit yang kita jual setiap produk tu tau. Anda tentukan berapa bonus yang anda nak. 

2) Ada Convention Trip

Shaklee menghargai setiap usaha kita dengan cara bawak kita melancong ke dalam dan luar negara. Kita boleh pilih nak pergi yang mana. Boleh pergi dua dua tapi ada syarat kelayakan dia la. Yang paling penting, Shaklee sponsor sepenuhnya. Siap bagi duit poket lagi tau. Best kan? 

3) Ada Car Bonus

Shaklee akan bagi car bonus dalam bentuk duit. Terpulang pada kita nak beli kereta baru atau bayar kereta yang sedia ada. Shaklee takde tetapkan kereta apa yang kita nak beli atau nak buat apa dengan duit car bonus ni. Pilihan di tangan kita. Kan best tu.

Bak kata Sifu Azizan Osman, cari orang yang boleh ajar you buat bisnes, tak kira sesiapa pon asalkan ada proven and result. 

Jadi, ni antara proven and result dalam team Ain. Ada banyak lagi tapi ni paling latest and fresh. Gituuu! 

Dalam bisnes Shaklee ada pangkat. Makin tinggi pangkat, makin banyaklah angka income kita tu. 

Ingin jana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

In Shaa Allah, tak menyesal buat bisnes Shaklee. Ain bangga menjadi ahli keluarga Shaklee. 🥰

PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

Jom sama sama merealisasikan impian kita semua!

Register sini
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1311031

Tak rugi join bisnes Shaklee. Meh tengok apa kata Master Ira (team Ain) ni.

Nor Ain Sakinah 
SID 1311031
Your trusted Shaklee Independent Distributor | Shaklee Business Leader

CONTACT : 0126984528 (WHATSAPP)

FACEBOOK : Raudhatul Sakinah 

INSTAGRAM : raudhahdebeauty

#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023
#SetRahmahShaklee

Doaku PadaMu

"Allahumma inni as aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wa hubban yuballighuni hubbak" Ya Allah, sesungguhnya aku memo...