Tuesday, June 13, 2023

Testimoni Shaklee - Pengalaman Sendiri

Hai semua. Terima kasih kerana sudi baca setiap entry dalam blog Ain ni. Sudi menjadi pembaca setia sampai bila bila. 

Ok, entry kali ni bertajuk testimoni sendiri dalam Shaklee ni. Yelah kannn, kita bukan menjual tau. Kita berkongsi pengalaman dan manfaat daripada produk Shaklee kepada anda semua. 

Kisah pertemuan Ain dengan Shaklee bermula daripada Ain sekolah menengah lagi. Sekitar umur 13 tahun camtu. Sekarang umur dah 36 tahun. Huhu. 

Arwah atuk Ain pemakan tegar supplemen Shaklee. Tiap bulan, rajin ulang alik ke KL untuk beli produk produk Shaklee. Ain rajin jugak ikut atuk masa tu. 

Masa tu, takde rasa pape lagi. Cuma tengok tengok je. Ada jugak atuk tanya nak yang mana. Ain cakap taknak sebab Ain tak suka makan ubat pil, apatah lagi kalo nak makan supplemen yang berbentuk pil. 

Lepas atuk dah takde. Tiada lagi pergi ke KL untuk bertemu dengan supplemen jenama Shaklee. Habis kat situ je. Tapi tiba tiba Ain nampak paksu amalkan Shaklee jugak rupanya. 

Mungkin atuk mewariskan pada paksu, firasat Ain. Tapi Ain tak tanya paksu. Biarkan ia berlalu begitu sahaja. 

Tiba tiba masa tahun 2018, Ain ada terjumpa mobile spa online dari facebook. Masa tu Kak Imin nama orang yang bercerita tentang mobile spa. 

Ain pernah ada niat nak ada spa atas nama sendiri. Tapi disebabkan Ain tak kerja, hanya surirumah sahaja. Maka, Ain cakap dengan Kak Imin. Camne nak join mobile spa, duit modal takde. 

Kak Imin cakap, takpe. Boleh jer join dengan modal rendah. Modal rm35 jer untuk daftar ahli. Katanya, mulakan dengan jual supplemen. Ain tanya supplemen keluaran mana. 

Katanya, supplemen keluaran Shaklee. Dalam hati berkata kata, memang murah begini ke modalnya. Tanpa berfikir panjang, Ain join dan bayar modal tersebut. 

Kak Imin bagi starter kit Shaklee kat Ain sejurus daftarkan Ain melalui online. Sebulan lebih camtu Ain berhubung dengan Kak Imin. Kemudian Kak Imin senyap menyepi. 

Lama menyepi, tiba tiba Kak Kam hubungi Ain. Ditanya Ain under Kak Imin kan. Ain mengiyakan. Lantas Kak Kam kata, Kak Imin dah meninggal akibat sakit. 

Allahuakbar, singkat betul pertemuan kita kak. Marilah sedekahkan Al Fatihah untuk Kak Imin. Kak Imin baik orangnya, ramah mesra. Moga akak ditempatkan di tempat orang orang yang beriman. Aamiin. Aamiin.

Sejak Kak Kam guide Ain. Ain tanya macam macam benda berkaitan Shaklee ni. Rupanya ada juga supplemen yang berbentuk cecair. Tak semuanya berbentuk tablet atau pil. 

Supplemen berbentuk cecair tu adalah vivix. Ianya premium sebab bahan dalamnya bukan biasa biasa. Nak dipendekkan cerita, Ain grab resv masa promo. 

Vivix takde promo masa tu. Hanya resv yang promo. Sebab resv sangat baru dalam Shaklee. Resv tu adik vivix. Vivix berbentuk cecair, resv berbentuk softgel. 

Kenapa Ain Beli Resv? 

Alkisahnya, Ain bersalin czer tahun lepas. Czer kali kedua tau, bukan kali pertama. Suami pulak sibuk dengan kerja. Tak boleh cuti lama. 

Ain urus semuanya sendirian. Urus anak yang bersekolah, urus baby, urus diri sendiri, urus rumah. Semuanya perlukan tenaga yang cukup kan? 

Pulak tu, nak bergerak punya la sakit. Kena ampu perut bila nak bangun dan berjalan. Tu belum masuk sakit pinggang sebab menyusukan baby + buat kerja.

Lepas masuk kelas nutrisi pasal produk vivix dan resv, Ain buat keputusan untuk grab dan mencubanya sendiri sebelum kongsikan kebaikan produk tersebut pada orang lain. 

Jadi, Ain grab Set Resv + Hero Kiddo + PD Lemon. 

Alhamdulillah, lepas consume 2 botol dengan konsisten, Ain boleh bergerak dengan sangat selesa. Tak rasa macam tengah pantang, lagi lagi czer.

Subhanallah, amazing sangat! Tiada lagi sakit pinggang, sakit badan, malah lincah bergerak ke sana sini tanpa bantuan dah. Walaupon tak cukup tidur, takde rasa lemau lesu bagai. 

Alhamdulillah, berpantang kali ni rasa lebih baik daripada berpantang sebelum ni. Semuanya dengan izin Allah. Terima kasih Allah. 

Syukur sangat dipertemukan dengan Resv Shaklee sebagai asbab untuk kesihatan yang berkualiti. Betol la orang kata, ibu atau isteri ni sangat memainkan peranan penting dalam rumah. 

Kalo isteri atau ibu tak sihat, rumah pon nampak suram, anak anak pulak tak terurus. Jadi, kita sebagai ibu atau isteri ni, perlu ada inisiatif untuk jaga kesihatan okey. Highly recommend! Korang wajib try. 

Nak tahu apa beza vivix dengan resv? 

Bulan ni (Bulan Jun 2023), ada promo jugak tau untuk resv dan vivix. Bagus sangat la kalo korang nak try consume resv dan vivix. Tak kenal, maka tak cinta kan? So, kena la kenal dulu, baru jatuh cinta dengan resv dan vivix. 

Nak tahu detail pasal resv dan vivix, klik sini (Signature Vivix Shaklee).

Ok, ni promo bulan Jun 2023 tau. 
Manfaat #ResVivix
#Polifenol #Resveratrol untuk masalah ibu berpantang yang bersalin czer dan normal. It's totally SAFE, PROVEN & EFFECTIVE! 💪

Shaklee sediakan 0% EZYPAY Instalment Plan, hanya dengan Maybank Visa atau MasterCard Credit Cards! ✨



Jangan lupa grab promo bulan ni ye! Boleh contact Ain kalau perlu bantuan order. Nak Order Resv Vivix

Nak Testimoni Shaklee yang lain? Klik sini. 

#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeNutritionInfo
#GoodHealthBeginsEveryDay
#ResVvixNightandDay
#RepairAndRejuvenate

No comments:

Post a Comment

Doaku PadaMu

"Allahumma inni as aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wa hubban yuballighuni hubbak" Ya Allah, sesungguhnya aku memo...