Wednesday, March 1, 2023

Selawat Ajaib. Cuba Amalkan Selama 40 Hari. In Shaa Allah, Banyak Keajaiban Yang Berlaku Dalam Hidup Kita.

Malam ni ada kelas pendek by Master Norita. Kelas untuk buka minda kita. Topik : Masa depan yang bagaimana kita mahu?

Apakah masa depan yang kita mahukan? 
Apa yang perlu lakukan untuk cipta masa depan impian tadi?

Pernah tak kita terfikir begitu selama ni? Mesti pernah kannn. Tapi kita tak jumpa jalan penyelesaian atau jawapan kepada persoalan kita tu. Betol tak? 

So malam ni Ain nak share kat korang, apa yang Master Norita share dalam kelas tadi. Haa kita duplicate balik apa yang diajar. Gitewww.

Master Norita bagitau, selama ni kita buat semua kerja. Kita rasa kita hebat. Kita kejar KPI dunia. Tapi kita lupa nak kejar KPI dengan Allah. Deep sangat! 

Master Norita kata, kita buat KPI dengan Allah dulu, baru dunia datang kejar kita. Allahumma solli'ala muhammad. 

Dunia perlukan kita pukul berapa? Contoh kita bangun pukul 6 untuk buat sarapan, buat bekal untuk suami nak pergi kerja. 

Apa yang perlu kita buat lepas kita celik mata? Ada tak zikir² dulu? Ada tak selawat² dulu? Ada tak doa dulu? 

Jawapannya, kadangkala kita lupa. Kadangkala kita terlalu sibuk. Kadangkala kita dah buat tapi tak bercantum dengan hati. Jadi, kita takkan dapat apa yang kita nak atau impikan tadi tu. 

Apabila dunia perlukan kita, seusai bangun dari tidur, kita baca doa bangun tidur dulu. Lepas tu, istighfar 3x. Kemudian baca Subhanallahi wabihamdih Subhanallahilazim 3x. 

Kemudian baca selawat ni. Baca sebanyak mungkin. Sambil buat kerja pape pon, baca je selawat ni. Selawat ni sangat ajaib. Tak percaya, cuba buat dulu. Tengok hasilnya. Istiqamah selama 40 hari. Pasti korang terkejut dengan keajaiban yang berlaku dalam hidup korang👇
Master Norita ada bagi task kat Master Salwa Zeyn. Jika berjaya buat task tu, jadi testimoni fresh la untuk menunjukkan bahawa kuasa zikir dan selawat tu sangat luar biasa. 

Master Salwa Zeyn cerita, dia baru balik dari Petrosains tadi. Masa kat Petrosains, dia buat task yang Master Norita bagi tu. Ada 1 game yang memerlukan sync otak atau minda untuk gerakkan bola tersebut. 

Master Salwa buat challenge dengan suaminya. Jadi mereka berlumba lumba untuk gerakkan bola tu. Sebelum mulakan game tu, ada 1 tempat yang cek kadar degupan jantung kita. 

Orang tu tanya, Master Salwa buat apa sampai jantung berdegup sihat. Master cakap, saya duduk rumah je, tak bersenam pon. Tapi saya uruskan anak anak dan kerja rumah. 

Nak katanya, orang yang selalu zikir dan selawat, degupan jantungnya sihat. Keadaan otaknya selalu dalam keadaan alpha. Tenanggggg ajer. 

Lepastu, master salwa dan suami pon lawan game tu. Ramai berkerumun dan bagi sorakan masa game tu berlangsung. Dah macam artis pulak kannn. 

Master kata, master buat game tu 3 round. Round pertama, dia cuma zikir biasa. Subhanallahi wabihamdih Subhanallahilazim banyak kali. Round kedua zikir lain pulak. Round ketiga baru selawat ajaib tu. 

Luar biasa selawat tu tau. Katanya lagi laju bola tu gerak. Makin seronok pulak main game tu. Mana taknya, tak terfikir dek akal yang bola tu boleh bergerak selaju tu. Hanya dengan selawat tu. Masya Allah, hebat bukan? 

Ha ada 1 kisah jugak pasal selawat ni tau. Prof Redza ceritakan pengalaman dia dengan amalan selawat tu. Setiap hari dia balik lewat malam. Naik turun tangga. Dan setiap hari memang ada makhluk yang akan ganggu dia. Selalunya dia akan baca ayat kursi aje. 

Tapi pada satu hari, dia sangat penat. Nak baca ayat kursi dah tak sempat. Jadi dia baca selawat aje. Lepastu makhluk tu terus menjauh dan makin mengecil. Ajaib bukan? Biasanya kalo baca ayat kursi, dia akan tertahan disitu dan akan marah aje. Tapi tak menjauh mahupon mengecil. 

Maka, marilah kita mengamalkan selawat ni jugak untuk segala urusan kita. Tak kisah la untuk halau makhluk ghaib ke, untuk berjaya dunia akhirat ke, untuk sembuhkan penyakit ke, amalkan aje. In Shaa Allah, ajaib selawatnya. 

Dapat sesuatu? Ok, jom kita amalkan sama sama. Moga Allah permudahkan segala urusan kita, kurniakan kesihatan yang baik untuk kita, berikan limpahan rahmat dan kasih sayangNya pada kita, berikan rezeki yang halal dan berkat pada kita, ampunkan segala dosa kita yang terang terangan mahupon yang tersembunyi. Aamiin. Aamiin. Aamiin Ya Mujib. 

Jika entry kali ni bermanfaat bagi korang, sudi sudikanlah untuk komen dan share entry Ain ni. Moga semua dapat manfaatnya. 

Your Favorite Shaklee Leader, 
Nor Ain Sakinah (1311031)
0126984528


Follow Ain disini jugak 👇
Facebook : Raudhatul Sakinah 
Tiktok : ummiafaaf

No comments:

Post a Comment

Doaku PadaMu

"Allahumma inni as aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wa hubban yuballighuni hubbak" Ya Allah, sesungguhnya aku memo...