Sunday, February 26, 2023

Gastrik! Sakit Gastrik Ni Sangat Popular Kan? Lagi² Bila Menjelang Bulan Puasa.

Benarkah gastrik sakit 'bermusim'? Sering 'muncul' di bulan Ramadan...

Di luar kesedaran ramai, segelintir daripada kita sering mengalami penyakit gastrik.

Gastrik bukanlah sesuatu yang pelik, namun, apa yang menghairankan ialah penyakit itu seakan tahu bila masanya untuk 'menyerang' seseorang atau lebih tepat sering hadir di bulan Ramadan.

Bukan semua, tetapi sejumlah kecil daripada kita pasti akan melalui pengalaman yang pahit di bulan puasa kerana diserang gastrik, sekali gus menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjalani Rukun Islam ketiga itu seperti orang lain.

Berikutan penyakit gastrik sangat popular di bulan Ramadan menyebabkan timbul persepsi bahawa ia 'penyakit bermusim'.

Namun, benarkan ia masalah bermusim sehingga menjejaskan individu terbabit untuk menjalankan ibadah puasa?

Bagi Pakar Pemakanan Pusat Pengajian Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Norazmir Md Nor, beliau tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa gastrik adalah penyakit yang hanya muncul pada bulan tertentu.

Tegas beliau, ini kerana individu yang berdepan masalah tersebut boleh melatih diri termasuk membuat persiapan sebelum tiba bulan Ramadan.

"Saban tahun bila mana bulan puasa, jadi pesakit gastrik ini akan 'muncul' dalam kalangan rakyat kita.

Sepatutnya mereka boleh berlatih, maksudnya kenapa saya kata macam itu kita boleh bermula sebelum bulan Ramadan lagi dengan berlatih puasa sunat untuk tengok kemampuan diri untuk berpuasa.

Jadi, ya saya setuju (gastrik bukan penyakit bermusim). Kita tak boleh katakan gastrik ini bermusim sebab kita boleh latih perut, dan kemampuan kita untuk menghadapi bulan Ramadan. Sebab saya rasa isunya di sini ialah tentang cara dan kaedah pemakanan kita, itu yang perlu dititik beratkan.

Beliau menambah, jika mengikut saranan pakar perubatan, penyakit gastrik boleh diatasi pada bulan Ramadan, sekali gus membolehkan individu terbabit mengerjakan ibadah di bulan suci itu.
Malah, kanak-kanak pun berlatih untuk berpuasa. Mereka (pesakit gastrik) pun boleh berlatih.

Jadi, saya tak rasa bilangan pesakit ataupun golongan ini (sepatutnya) meningkat di bulan Ramadan. Saya rasa lebih mereka mencari peluang dan ruang menggunakan alasan gastrik untuk tidak berpuasa. Sebaliknya, kita kena mengejar kelebihan di bulan Ramadan ini untuk membuat amalan," ujar Norazmir lagi.

PEMAKANAN DAN RAWATAN

Mengulas lanjut, Norazmir berkata gastrik berlaku kerana keradangan pada sistem perut berikutan penghasilan enzim yang berlebihan, mengakibatkan rasa pedih dan sakit pada bahagian tersebut.
Jelas beliau lagi, keadaan itu boleh menimpa mana-mana individu tanpa mengira faktor usia.

Justeru, Norazmir berkata pengambilan makanan yang bersesuaian seperti kalori yang mencukupi ketika bersahur dan berbuka adalah penting untuk mengelakkan gastrik berlaku pada bulan Ramadan.

Untuk membekalkan tenaga berpanjangan, kita galakkan makanan yang tinggi serat untuk memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan kandungan makanan itu kena rendah indeks glisemik. 

Ha nampak tu? Makanan yang rendah indeks glisemik tu salah satunya ESP keluaran shaklee tau. Shaklee dah kaji dah benda ni. Tinggal lagi, kita yang nak amalkan aje. 



"Apabila ia rendah indeks glisemik, jadi lambat tindak balas dalam perut untuk dicernakan (dan mengelakkan) gula dalam darah meningkat. Bila gula dalam darah meningkat, (seseorang itu) jadi lagi cepat lapar," jelas beliau.

Selain itu, beliau menyarankan pengambilan air kosong yang mencukupi ketika waktu bersahur bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi dan tidak minum minuman yang mengandungi kafein tinggi.

Ini antara feedback customer yang ada sakit gastrik. Alhamdulillah, setelah mengamalkan esp shaklee, kesihatan mereka dah bertambah baik. 


Bulan ramadhan makin hampir, apa ikhtiar anda untuk mengawal sakit gastrik bila berpuasa? Dapatkan segera esp shaklee dari Ain. Bulan ni tengah ada promo. Baik grab time promo tau. Jimat berganda! 


Promo Twin Duo : rm150
Promo 6 Beradik : rm450
Free Delivery | Free Membership 

Grab Sekarang! Esok Last Promo! So Better grab Sekarang! Boleh Pos Terus Harini. 🥰

No comments:

Post a Comment

Doaku PadaMu

"Allahumma inni as aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wa hubban yuballighuni hubbak" Ya Allah, sesungguhnya aku memo...