Monday, March 13, 2023

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Hai semua!
Entry kali ni Ain nak kongsikan cara nak kurus sebelum raya. Semestinya dengan Set Kurus Shaklee

Sebelum tu Ain nak tanya anda. Adakah anda seperti golongan kat bawah ni :
1) Tengah tercari cari cara untuk makan tanpa kenaikan berat badan. 
2) Pernah cuba diet tapi tak berjaya. 
3) Makan tanpa berfikir atau makan mee segera sebab terlalu sibuk dengan kerja. 

Anda ada tergolong dalam golongan kat atas tu tak? Jangan risau kalo ada, Ain ada solusinya. Lepas ni, anda akan senyum lebar bila dah tau cara solusinya. 

Maklumlah, tak lama lagi nak puasa. Lepas puasa, mesti la raya kannn. Semua orang nak raya dengan gembira. Tak nak sedih sedih sebab orang mengata. 

Bila bulan ramadhan, biasanya nafsu makan ketika berbuka menjadi jadi. Macam tak makan setahun. So, entry sebelum ni pasal Set Puasa Shaklee.

Maklumlah, ada bazaar sana sini. Tengah puasa, semua makanan nampak sedap. Jadi, kita rasa nak beli 1 bazaar tu. Hehe. Jangan marah, tu kan realiti kehidupan kita kat Malaysia ni. 

Sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, berat badan bertambah pulak. Bukan makin mengecik tapi makin mengembang. Aduhaiii, sadisnya la rasa tu kannn. So, kena la cari solusinya. 

Raya nanti, boleh la pakai baju ikut saiz idaman. Gitewwww! Kulit muka pulak, takde lah kusammmm ajer. Niat nak kurus, jadi kurus + cantik berseri pulak. 

Anda nak tau tak, fakta mengatakan Malaysia ni duduki tempat pertama di Asia Tenggara yang paling ramai obes! Alamak, tak best kan dengar camni? 

Jadi, kita perlu la ada jalan penyelesaian yang selamat, semulajadi dan berkesan. 
1) Tanpa pemanis tiruan
2) Tanpa pewarna tiruan
3) Tanpa pengawet tiruan
4) Tanpa perisa tiruan
5) Bukan-GMO
6) Glisemik rendah
7) Bebas gluten

Kenapa kita kena cari solusi yang camni? Supaya kita tak terjerat dalam perangkap diet yang tak betul. Eh, camne pulak tu? 

Dia camni, kita cuba diet, metabolisma pon menurun. Pastu kita dah kehilangan berat badan, terus kita senang hati dan makan secara normal balik. Jadi, berat badan pon naik balik. 

Alahaiiii, penat jer diet. Tetiba berat badan bertambah balik sebab kita takde guide yang betul, circle yang betul. Bila kita ada circle yang betul, In Shaa Allah kita dapat istiqamah niat kita tu. 

Adakah anda dah bersedia untuk kurus dan cantik berseri sebelum raya? Ayuh semua, kita jalankan misi kita sekarang! 
Ni jalan penyelesaian untuk anda yang nak jalankan misi ni. 

Set Kurus Shaklee ni namanya Set Hello New You.
So, camne nak kurus dengan Set Hello New You ni? Apa kelebihan set ni?

CINCH SHAKE
- Protein soya non-GMO
- Glisemik index rendah, rasa kenyang lebih lama.
- Ada leucine yang bertindak untuk mencairkan lemak
- Mengawal selera makan
- Membekal lebih tenaga
- Pelihara otot supaya tak menggeleber
- Meal replacement terbaik

OMEGA GUARD
- Membantu penurunan berat badan dengan bertindak seperti hormon meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak. 
- Mengurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ badan dan di sekitar pinggang. 
- Kurangkan selera makan, rasa kenyang lebih lama. 
- Kurangkan keradangan dan penakungan air pada tisu badan. 
- Aktifkan pengeluaran air yang tidak perlu dari badan untuk memberikan kesan penurunan berat yang signifikan. 

LECITHIN
- Menyerap vitamin larut lemak A, D, E, K. 
- Menghalang enapan lemak di hati. 
- Memecahkan lemak dan kolestrol. 
- Mengemulsi dan membantu metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh. 
- Mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang. 
- Mengurangkan sembelit, meleraikan toksin dalam usus. 

HERB LAX
- Membantu pembersihan najis yang tersekat. 
- Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh. 
- Membantu mengatasi masalah sembelit. 
- Mengempiskan perut. 

So, dah faham sekarang? Menarik bukan? 
Ada berita baik untuk anda yang beli Set Hello New You dengan Ain! 
Berita baiknya adalah jeng jeng jeng! 

Anda dapat masuk dalam group iFlat batch 8 dalam team Ain. Wow! 


iFlat tu apa pulak? iFlat tu singkatan bagi nama Intermittent Fasting

Haaaa, nak tengok tak testimoni para peserta yang dah berjaya turunkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee ni? 
Meh tengok kat sini 👇


Ada banyak lagi testimoni kurus sebenarnya. Ha, cuba tengok kat bawah ni. Dah ramai buktikan hasilnya. 

Takkan nak tengok jer? Bertindak la sekarang kalo dah ada niat nak kurus + cantik berseri di pagi raya! 

Founder Of INCREDIBLE 
NOR AIN SAKINAH
Shaklee Bussiness Leader 

#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#JomKurusSebelumRaya
#MisiCantikBerseriDiPagiRaya

Cara Menabung Yang Betul

Hai semua. Entry kali ni, Ain nak kongsikan cara menabung dengan betul. Kalo diikutkan, semua orang tau menabung kannn. Tapi betol ke cara kita menabung tu? 

Selain Tabung Haji, ASB, ASNB dan Takaful, anda ada menabung sendiri tak kat rumah? Tabung sedekah atau tabung kecemasan atau tabung ikut warna duit? 

Bahaya Sangat Kalau Anda Abaikan 8 Tabung Penting Ini!

Kajian menunjukkan seramai 75% rakyat Malaysia tak mampu nak sediakan walau RM1,000 kalau berlaku apa-apa kecemasan!

Jom baca 8 tabung yang anda perlu ada. Buat betul betul checklist ni ya.

1. Tabung Kecemasan
===================
Selalu Ain pesan, kita wajib ada simpanan kecemasan ni sama dengan 3 ke 6 bulan gaji (bagi yang kerja makan gaji) atau pendapatan bulanan (bagi yang berniaga) kita.

Contoh :
Gaji RM2,000 x 3 bulan simpanan = RM6,000

Gaji RM2,000 x 6 bulan simpanan = RM12,000

Nak tambah pendapatan atau nak cari income secara part time? Klik sini
Jangan lupa buat tabung kecemasan ni tau. 

2. Tabung Deposit Rumah
======================
Pastikan ada modal pendahuluan iaitu sebanyak 15% untuk duit deposit rumah. Biasanya 10% untuk deposit rumah, dan 5% bayaran untuk legal fees, valuation fees dan lain-lain.

Contoh :
Beli rumah subsale harga RM200,000
RM200,000 x 15% = RM30,000

Amaran keras! Jangan sesekali gunakan pinjaman peribadi untuk deposit rumah. Alternatif lain anda boleh guna duit KWSP untuk duit deposit rumah.

3. Daftar Haji
============
Sementara masih muda dan banyak duit, cepat-cepat daftar akaun Tabung Haji sebanyak RM1,300 sahaja untuk dapatkan giliran untuk menunaikan Haji.

Alternatif lain anda boleh juga guna akaun KWSP untuk daftar Haji ni. Cara nak daftar pon mudah je, boleh terus daftar guna THiJari atau Maybank2u. Pastikan akaun Maybank telah di link dengan akaun Tabung Haji.

4. Takaful
=========
Letakkan komitmen 5% ke 10% untuk Simpanan Perlindungan. Di mana kita nak simpan?

✔ Takaful Hayat (Life Takaful)
✔ Kad Perubatan (Medical Card)

Kenapa perlu ada tabung perlindungan ni? Ramai orang tak tahu tabung perlindungan ni antara tabung yang sangat penting sebab kita ni setiap hari berhadapan dengan ketidakpastian atau risiko.

Nak buat Plan Protection sekarang? 

5. Tabungan Persaraan
====================
Pernah tak fikir tentang exit strategi atau retirement plan?

Yang penjawat awam tak apalah kan ada pencen, namun bagi yang swasta dan tiada pencen pastikan simpanan dalam KWSP anda ada banyak.

Macam mana nak tahu berapa banyak?

Seandainya gaya hidup selepas bersara diperlukan adalah RM120,000 setahun, maknanya tabung persaraan yang diperlukan paling sedikit 3 juta!

Kepada anak muda, pastikan anda apply PRS sebagai pelengkap kepada KWSP. Rebut juga RM1K insentif dengan caruman RM1K! 50% juga tu pulangannya. Siapa nak bagi?

6. Melabur
==========
Pastikan ada mentor yang boleh guide untuk kembangkan wang melalui pelaburan. Modal duit bukan isu utama untuk mulakan pelaburan, paling penting modal ilmu pelaburan itu sendiri.

Contoh produk pelaburan yang ada :
- Amanah Saham
- Emas
- Hartanah
- Saham

7. Kumpul Saham Akhirat
======================
Ain percaya, semua mesti tahu tangan yang memberi itu kan lebih baik daripada tangan yang menerima.

Sedekah bukanlah semata-mata wang atau harta ye. Perbuatan yang baik juga dikira sebagai sedekah.

Sedekah jariah paling penting sebab sedekah ni memberi pahala berterusan walaupun dah meninggal dunia, contohnya amalan berwakaf, berinfaq atau kongsikan doa doa kat sosmed.

Pelbagai bentuk harta boleh anda wakafkan. Contohnya :

- Wang tunai atau barang kemas
- Tanah, kebun atau ladang
- Rumah atau bangunan
- Kitab (Al-Quran atau buku-buku yang bermanfaat)
- Kereta dan macam-macam lagi!

8. Bebas Kewangan (Financial Freedom)
=================================
Bebas kewangan bukan gaji besar, bukan duit banyak, tapi maksudnya kita ada aliran tunai masuk yang tetap tanpa perlu bekerja.

Contoh mudah ialah ada 5 buah rumah sewa. Katakanlah sebuah rumah sewa boleh dapat RM1,000 sebulan, maksudnya, dengan 5 rumah sewa, kita dapat income RM5,000 tanpa perlu bekerja!!

Sejujurnya memang susah nak buat 8 tabung di atas ni. Kalau tak dapat semua, dapat menepati beberapa point pun jadilah. Asalkan wajib ada. Pilihlah yang terbaik.

Ni Kiraan Mudah Nak Tahu Anda Kaya Ke Miskin. Share entry ni Sekarang!

Ain terkedu bila dapat tahu info ni. Rupa-rupanya kita boleh kira diri kita ni kaya ke atau masih dikira miskin!

Ni 4 cara kiraan mudah untuk tahu 'pricetag' kita yang sebenarnya :

1) Tentukan umur dan jumlah gaji tahunan anda. Contoh umur 35 tahun, gaji tahunan RM72,000 (RM6,000/sebulan)

2) [(Umur tahun) X (Pendapatan tahunan)] / 10 = Expected Net Worth.

Contoh,
[35 X RM72,000] / 10 = RM 252,000 (Expected Net Worth)

3) Seterusnya, Asset - Liabilities = Net Worth

Maksud Net Worth ni berapa nilai diri kita dari sudut kewangan.

Contoh Asset : Simpanan Bank, ASB, Tabung Haji, Emas, KWSP, Rumah, Unit Trust, Saham. Katakanlah asset di sini total = RM500,000

Contoh Liabilities : PTPTN, Personal Loan, Housing Loan (Principal), Car Loan, ASB Financing (Principal), Loan yang remaining. Katakanlah liabilities di sini total = RM100,000

Jadi, RM500,000 - RM100,000 = RM400,000 (Net Worth)

4) Dekat sini kita boleh lihat Net Worth 2x ganda dari Expected Net Worth.

Maksudnya, kalau Net Worth lebih besar dari Expected Net Worth, maka anda di level orang kaya.

Kalau Net Worth rendah dari Expected Net Worth, anda di level yang bahaya, kata mudah miskin!

Formula mudah :
i) NW > ENW = Kaya (Prodigious Accumulator of Wealth)
ii) NW < ENW = Miskin (Under Accumulator of Wealth)

Dengan formula ini lah kita boleh tahu tahap kesihatan kewangan kita, sama ada sihat atau sakit. Semoga tahap kewangan kita dari tahun ke tahun semakin baik dan semakin banyak. Aamiin. Aamiin. 

10 Cara Mudah Perbaiki Hidup Yang Lebih Baik.

1) Sentiasa minta dengan Allah. Jangan pernah rasa malu dan jemu nak minta pertolongan dengan Dia. Sebab Dia lah Maha Pemberi Rezeki kepada kita semua.

2) Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kalau ada ujian yang menimpa diri kita, contohnya kereta kena saman atau clamp, cuba ingat balik ada tak kita lukakan hati seseorang? Atau kita tak bayar zakat? Sedekah?

Cepat-cepat lakukan kebaikan itu dan ucapkan “Syukur Alhamdulillah terima kasih Allah Engkau datangkan ujian ini buatku”. Senyum dengan bahagia.

3) Elakkan berkira-kira dengan sesuatu yang kita nak mulakan. Contoh modal nak buat bisnes RM150, grab peluang itu.

Kita tak tahu dengan bisnes itu lah kita dapat networking lebih besar dan ramai, dan dengan permulaan RM150 itu juga boleh berganda sehingga ke puluhan dan ratusan ribu!

Tapi buat bisnes Shaklee dengan team Ain, modalnya ciput je. Nak tau berapa? Tekan sini -> Nak Join Bisnes Team Ain (INCREDIBLE Team) 

4) Setiap kali keluar makan dengan keluarga atau kawan-kawan, bawa je duit lebih. Usahakan untuk belanja mereka makan.

Buat orang yang makan semeja dengan kita itu bahagia. Tahu tak, antara doa mustajab adalah, apabila seseorang itu terharu dengan kita dan mendoakan kejayaan kita!

5) Setiap bulan, pastikan cari 7 orang yang meniaga di pasar, atau orang yang meniaga depan sekolah.

Letak minimum duit RM50 kat orang yang meniaga itu untuk dia belanja budak-budak sekolah makan secara percuma je! Niatkan ikhlas untuk kita bantu lebih ramai orang.

6) Setiap kali masuk masjid, usahakan untuk solat sunat 2 rakaat. Sebab bila kita ke masjid, anggaplah itu adalah gerakan dari Allah untuk kita bertemu denganNya.

Jadi kita perlu bersyukur, Allah pilih kita ke jalan masjid. Maka, letakkan duit yang paling besar dalam dompet kita dengan niat sedekah dan bersyukur.

7) Sentiasa beli lebih makanan untuk bagi dekat officemate, jiran ofis atau jiran rumah. Kita pon tak tahu orang yang kita bagi itu kebetulan tengah lapar dan memang nak cari makanan kan.

8) Bagi duit lebih pada ibu dan ayah kita setiap bulan. Kalau mampu bagi RM1,000, bagi sahaja.

Ingatlah, doa seorang ibu ini mampu menembus langit! Sehingga doa seorang ibu yang dipanjatkan untuk anaknya amat mudah dikabulkan.

9) Sebelum tidur, maafkan semua orang. Tolonglah paksa diri untuk buang perasaan benci, dengki dan sombong itu. Supaya hati kita jadi lebih tenang.

Yang dulu biarkan je pergi, sekarang kita harus nikmati, dan akan datang semuanya rahsia Ilahi.

10) Berdamailah dengan masa lepas supaya kita tak akan rosakkan masa sekarang yang kita sedang miliki.

Yakin dan percayalah, bila kita amalkan semua di atas ini, kita akan dapat perbaiki hidup yang lebih baik, aura positif yang lebih baik dan kita juga akan sentiasa buat yang terbaik!

Minta tolong sebarkan info yang bermanfaat ni kepada yang lain sebab info ni akan sangat bermanfaat bagi orang lain juga.

Ain harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda semua. 
Semoga bermanfaat!

Silakan LIKE, #SHARE dan KOMEN "Alhamdulillah". 

Founder Of INCREDIBLE 
Nor Ain Sakinah 
Shaklee Bussiness Leader 

#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#FounderOfINCREDIBLE

Sunday, March 12, 2023

Terima Kasih PM Baru 2023!

Assalamualaikum, Happy Monday gaissss!!!! Hehe. Entry kali ni, Ain nak bagitau berita gembira buat anda semua. 

Eh, lain macam pulak gembiranya tu kannn. Ha camni ceritanya. Sekarang kan tengah viral kat tiktok, rakyat marahkan PM baru kita tu. 

Isu hangat sedang diperkatakan sekarang ni. Apa isu hangat tu? Ahaa, ni la isu hangat tu. Bab pengeluaran KWSP. 

Mana la orang tak marah kannn. Penat penat simpan, tetiba tak boleh keluarkan bila dah terdesak. 

Ain pon rasa nak geram jugak bila tengok tu. Tapi bila fikir fikir balik kan, agaknya PM nak ajar kita supaya menabung sendiri selain menabung kat KWSP tu. 

Setiap keputusan yang dibuat, mesti ada udang di sebalik batu. Ye dak? 

Ain rasa ni strategi PM jer ni. Rakyat asyik merayu soh benarkan pengeluaran kwsp kan. Ha nah! Siapa yang terdesak sangat pergi buat loan kat bank.  

Nampak kejam tapi cuba kita tukar cara pemikiran kita. Duit kat bank tu kan datangnya dari hasil tabungan kita jugak. Dok simpan duit kat bank sampai banyak. 

Loan kat bank dengan menabung sendiri jauh sangat bezanya. So bila kena cenggini, rasa rasa yang terdesak tu tetiba tak jadi lah nak keluarkan duit sebab kalo buat loan, interest tinggi. Ada bunga bagai kannn. 

So, ada segelintir yang fikir cara lain untuk tingkatkan ekonomi. Macam mana caranya? Mereka dah mula berniaga secara part time. 

Bermula dari jadi ahli sebab nak harga murah, bertukar jadi usahawan sebab kawan kawan pon terikut sama. Yeaahhh, inilah cara orang bijak! 
 
Meh ramai PM Ain untuk buat extra income. Lagi selamat duit kita wehh.  Terima kasih banyak lah PM baru ye. Kami sebagai rakyat sedang bersatu meningkatkan ekonomi kami. 

Kami ada anak yang bersekolah, ada mak ayah untuk dijaga dan berbakti kepada mereka, ada komitmen yang banyak untuk kami tanggung. 

Yang mana surirumah tu, join Ain baru RM35 je tau. Mulakan dengan modal ciput jer, In Shaa Allah Ain ajar cara untuk buat income dari rumah. 

So, simpanan hari tua kita tak kacau. Kita tak perlu buat sebarang loan. Yang pasti, kita ada duit lebih untuk keluarga kita. Nampak tak, masalah tadi tu selesai?

Anda nak berapa income? Nak 2 angka? Nak 3 angka? Nak 4 angka? Nak 5 angka? Nak 6 angka? Semuanya boleh! Pilihan di tangan sendiri. Yang penting, tindakan kita tu. 

Jom bertindak sekarang! Kita yang tentukan kehidupan kita. Bukan orang lain. Usaha dulu, kemudian serahkan semuanya pada Allah. Allah sebaik baik perancang. 

Nor Ain Sakinah 💎
Founder of INCREDIBLE 
#ShakleeBusinessLeader

Be Your Own Boss :

#JoinUsNow
#ShakleeBusiness
#INCREDIBLE
#MakeShakleeYourBusinessToday
#ShakleeProductsWork
#SimpleFlexibleSocialMobile
#TheBestOnlineBusiness
#BlogMegaShaklee
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023

Saturday, March 11, 2023

Dah Buat Persiapan Raya Ke Belom? Aha, Jom Buat Duit Raya Dengan Shaklee

Hai semua. Entry kali ni Ain nak cerita pasal duit raya. Memandangkan partner Ain ada cerita pasal Duit Raya Dari Bisnes Shaklee.

Tak lama lagi nak bukak sekolah kan? Kena sediakan yuran sekolah anak. Pastu pulak, buku buku anak kena beli. Kalau sorang takpe lagi. Kalau yang ada anak ramai tu, hurmmm. Lagi la pening kepala nak cukupkan keperluan anak anak kan. 🥺 

Ini pulak nak masuk bulan ramadhan. Fikir nak buat persiapan puasa dan raya lagi. Ain percaya, ramai yang runsing bab ni. Kadang tu, hal duit je dah bergaduh bermasam muka suami isteri. Ain dulu pon macam tu. Yelah, kita nak yang terbaik untuk keluarga kita kannn. Mesti la kena usaha buat sesuatu. 

Alhamdulillah, sekarang Ain rasa lebih tenang, lebih bahagia bila duduk dalam circle yang betul. Nak tau kenapa? Inilah yang buatkan Ain lebih tenang, lebih bahagia, lebih yakin dengan diri sendiri. Rezeki tak pernah salah alamat 👇

Haaza min fadhli Robbi

Ni bonus salah seorang dari my leader yang dah efektif sebagai Senior Supervisor sejak beberapa hari lepas. Semalam, leader Ain ni tunjuk dia punya business dashboard. Alhamdulillah. 
Ain nak kongsikan dengan anda, walau dia hanya buat bisnes Shaklee secara part time, dia boleh dapat income RM4,657.99 ni dalam masa 11 hari je. Agaknya by Mac nanti berapa ye bonus dia?

Sales ni dia bukan buat sorang sorang tau. Kenapa nak buat sorang sorang kalau boleh buat ramai-ramai? Kalau boleh kongsi rezeki sama-sama? Kan?

Dia guide team untuk buat sales, ajar marketing, team duplicate apa dia buat, then team dia buat sales, dan dia of course lah dapat jugak bonus bahagian mengajar tu.

Bahagian ni lah yang dinamakan
LEADERSHIP BONUS.

Sama juga macam kita hantar anak kita pergi tuisyen kan. Tutor yang mengajar tu kita bayar tuisyen fee guna duit kita sebagai parents kan? Kita takde lah pulak ambik duit anak nak bayar kat tutor tu. Betul tak?

Macam tu jugak dalam bisnes Shaklee. Shaklee akan bayar ‘duit tuisyen’ as a Leadership Bonus ni pada dia, sebab dia ajar team dia sampai berjaya buat sales.

So usaha, pengorbanan masa, tenaga dia mengajar tu takde lah sia-sia pun.
Kalau dia tak ajar, team dia pun tatau nak buat sales camne. Lagila zero income. Betul kan?

Based on 11 hari ni, dia buat sales personal RM3587, lagi RM7144 tu team dia buat sales. 

Dia tak bolot sorang semuanya. Kan bukan dia yang buat dekat RM11,000 sales tu. Masing masing dapat hak masing masing.

RM1745.07 dalam masa 11 hari tu totally hak dia sorang. Team dia Shaklee masukkan sendiri asing asing dalam akaun. Masing masing ada dashboard macam ni. 

Team dia pulak dapat hasil dari kerja sendiri. Contoh kalau si A dalam team dia buat sales hingga layak 11%, dapatlah si A bonus 11%. Kalau di B dalam team dia buat sales hingga layak 14%, dapatlah di B bonus 14%.

Takkan buat takat 11% or 14% nak dapat bonus 21% pulak kan? So kalau si A & B ni nak dapat 21% macam dia jugak, diorang kena la usaha & hit sales 21% jugak. So sama la masing2 dapat 21% jugak.

Itulah sistem Shaklee. Adil dan saksama. Shaklee macam dropship je. Kalau nak senang faham. Tapi bersistem dan semua orang boleh dapat hak yang sama. 

Tekun dan tak tekun aje. Work smart atau sekadar sembang kosong. Atau hanya berharap dan berangan-angan.

Senang je buat bisnes Shaklee ni sebenarnya. Buat part time pun dah cenggini. Kalau fulltime??

Semua orang mampu buat, yang penting start buat bisnes Shaklee secara part time dulu. 

Kalau anda nak buat bisnes Shaklee as a part time business, jom Ain guide. Kalau anda sememangnya suri rumah sepenuh masa, lagi lah Ain boleh guide. Kita ada team yang positive circle. 

Jom lah, apa lagi! ☺️

Kenapa Join Shaklee? 
Ok ni kelebihan join Shaklee. 
- Anda dapat beli dengan harga ahli. Harga ahli jauh lebih murah daripada harga biasa. 
- Anda dapat cashback / cash bonus setiap bulan ikut pembelian anda setiap bulan. 
- Sistem pembelian mudah sangat. Boleh pilih nak online atau offline. 
- Ada kelas nutrisi daripada Nutrician bertauliah tiap bulan. Ilmu nutrisi ni takde dapat kat tempat lain. 

Tu baru sikit. Belum lagi yang betul betul nak buat income dengan Shaklee. Macam ni 👇
Shaklee menawarkan 3C bonus kepada anda yang nak buat income dengan Shaklee. Apa dia 3C bonus tu? 

Cash Bonus
Setiap pangkat ada pendapatan tersendiri. Terpulang pada kita, nak capai pangkat yang mana. Yang bestnya di Shaklee, kita mudah naik pangkat. Kalau keje anda sekarang, mudah ke nak naik pangkat? Tak kannn. 

Convention Trip
Peminat Korea, wajib grab trip macam ni. Shaklee bagi trip ekslusif sangat tau. serius cakappp! 

Car Bonus

Car bonus ni lagi best. Shaklee bagi bonus kereta. Kita boleh beli kereta idaman kita,  nak simpan duit pon boleh. Ikut kita la nak reward diri kita macam mana pon. Ha gitu kaedahnya. 

Ohhh lupa nak cerita.

Nak buat bisnes tapi suami pulak ada macam macam golongan. Kalau metod boleh kelaskan golongan golongan suami dengan bisnes shaklee ni metod akan buat macam ni 👇

1. suami tak izinkan 

ok ni memang golongan suami yang izin pon dia tak bagi kat isteri dia untuk buat bisnes atas alasan tersendiri lah. so kalau nombor 1 ni isteri memang tak boleh buat apalah ye melainkan berdoa untuk suami izinkan.

2. izinkan tapi macam2 hal

yang ni up sket pada nombor satu tadi tapi banyak syarat. tak boleh tunjuk mukalah, tak boleh tunjuk anaklah, tak boleh tunjuk bonus nanti orang kata berlagaklah. kalau isteri yang suami dia nombor 2 ni biasanya dia akan rimas la dengan suami dia. boleh jadi kalau dia rimas sangat dia give up.

3. suami acah2 

suami acah2 ni metod up kan sikit je dari nombor 2 tadi. suami yang ni dia tak macam macam. kiranya ikut kau lah nak post apa kat sosial media tu dia takde nak amek port sangat janji tak buat benda yang salah. tapi part mana dia kacau? 

haaa dia kacau part kalau isteri tengok tepon je dia jeling, pandang slek. isteri nak pegi jumpa team ke seminar ke memang tak boleh la. selalu kalau suami yang nombor 3 ni, kalau jadi apa apa kat anak, ayat pertama akan keluar dari mulut dia…

‘..haa tulah tengok tepon la tu..’ 

4. suami cheerleader

ramai antara kita kat nombor 4 ni. suami yang supportive dan meraikan kita. dia faham bila kita tengok phone tu kita bukan main2, tapi dia kerja. kalau kita ada kelas online ke apa, dia tolong jagakan anak2 jap untuk kita.

kalau ada seminar or event? dia siap boleh tolong hantarkan isteri dia. semangat nak isteri berjaya dalam bisnes ni go go go tapi takat tu jelah, cheerleader.

aim untuk nombor 5…

5. suami involve dalam bisnes kita

suami berada di posisi paling tinggi sama macam kita. sama2 boleh keluarkan idea untuk besarkan lagi bisnes. sama2 berganding bahu. dia ambil tahu pasal bisnes. downline semua dia kenal, bila jumpa downline lelaki dia tahu tugas dia. 

kalau suami kita dah sampai tahap nombor 5, percayalah bisnes kita akan meletop pom pom pom gitu. 

TAPI….

nak sampai ke nombor 5 ni bukan mudah. 
ada orang dia start dengan nombor 2, ada orang start dengan nombor 3 ikutlah rezeki suami kita macam mana.

metod start dengan nombor 3 ☺️

untuk sampai ke nombor 5, metod ambil masa 3 tahun. metod nak cepat2 sampai nombor 5 sebab tu metod buat laju2.

well orang kata money do solved problem kan? 

so suami anda nombor berapa? Asam garam sebuah kehidupan memang camtu. 
Jadikan benda ni sebagai batu loncatan untuk kita boleh berjaya macam orang lain. Jangan down, team sentiasa bersama anda. 

Apa pun Allah yang atur perjalanan kita.
Apa pun yang jadi adalah dengan izin Dia.
We can cry,
We can regret so much,
We can blame ourselves for all we want,
But don't loose hope,
Allah akan bantu kita.
Allah akan hantar pertolongan Dia tepat pada masa yang kita perlukan.
Allah akan beri apa kita perlu bukan apa kita mahu.

Pssttttt, Bonus Shaklee dari sales Mac akan masuk pada 14 April. Ni nak buat persiapan raya, biasanya semua orang tertunggu tunggu gaji sebab poket kering kan? Tapi team Shaklee yang buat bisnes collect collect order ni poket “teballll”. 

Bestt!!

Sejujurnya mudah bisnes Shaklee ni

🌱Kita dah GUNA dan tahu ia bagus, selamat, berkesan, halal.
🌱Kita SHARE kebaikan pada semua orang sebab kita sayang.
🌱Kita BINA team & organisasi untuk sama-sama lebih sihat. SIHAT BADAN & SIHAT POKET at the same time.

#BonusShaklee ni jugak adalah salah satu penjuru income untuk mereka yang join Kursus Mobile Spa #BOTG, selain daripada income instant cash dengan buat service spa menggunakan produk Shaklee.

Simple. Fun. Love.

Raudhatul Sakinah 💎
Founder of INCREDIBLE 
#ShakleeBusinessLeader

Contact me here :
Wassap : Ain
Instagram : raudhahdebeauty
Facebook : Raudhatul Sakinah 
Tiktok : ummi AFAAF

Daftar sebagai ahli Shaklee :
Nak Buat Duit Raya Dengan Bisnes Shaklee
(Nak Jadi Pengguna Sambil Buat Income)

#JoinUsNow #ShakleeBusiness
#Incredible #FounderOfIncredible
#JomBuatDuitRaya #DuitRayaShaklee
#MakeShakleeYourBusinessToday
#ShakleeProductsWork
#SimpleFlexibleSocialMobile
#TheBestOnlineBusiness
#BlogMegaShaklee
#Shakleetrive2023
#ShakleeTriumph2023

Wednesday, March 8, 2023

Apa Itu Fidyah? Apa Hukum Fidyah?

Hai semua. Entry kali ni nak cerita pasal fidyah. Maklumlah, nak masuk bulan puasa ni ada orang kena bayar fidyah, ada orang ganti puasa ajer. Jadi, kita kongsikan disini supaya semua orang faham dan ambil tahu bab ni. 

Puasa Dah Ganti Belum?

Salah satu persoalan yang popular di kalangan umat Islam dikala menjelangnya bulan Ramadan adalah, “Dah ganti puasa ke belum?”

Terutamanya kaum hawa.

Mana tidaknya, kaum hawa pasti akan ada hari-hari tertentu di mana mereka akan dikecualikan daripada berpuasa. Walau bagaimanapun, buat kaum lelaki pula, mereka yang sakit ataupun bekerja sebagai buruh kasar adalah tidak diwajibkan untuk berpuasa.

Tapi yang boleh berpuasa jangan pula muncul dengan alasan tak munasabah. Tak Ganti Puasa, Kena Bayar Fidyah Tau.


Apakah itu Fidyah?

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada umat Islam yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.

Apa hukum membayar fidyah? 

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.

Bagaimana cara mengira Fidyah?

Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.


Antara golongan yang wajib membayar Fidyah :

  • Orang tua uzur dan pesakit yang tiada harapan sembuh. Golongan ini tidak wajib untuk qadha puasa.
  • Orang yang telah meninggal dunia. Waris perlu menguruskan bayaran fidyah sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.
  • Orang yang melewatkan qadha’ puasa sehingga tiba bulan Ramadhan seterusnya.
  • Perempuan mengandung atau menyusukan anak dan khuatir akan keselamatan anaknya.
Anda juga boleh merujuk infografik daripada JAKIM tentang keadaan/situasi yang mewajibkan seseorang membayar Fidyah seperti di bawah :

Cara Kira Fidyah Mengikut Negeri & Gandaan.

Harga bayaran Fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak.

Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh kerajaan di sesuatu tempat. Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.

Kalau nak tahu jumlah Fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah mengikut formula di bawah:

  • Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar.

Walau bagaimanapun, sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri menetapkan Fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang telah ditinggalkan.

Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2015 (1436 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2016 (1437 H) sehingga 2021 (1442 H).

Makanya, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:

Tahun pertama 1436 H hingga 1437 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadan berikutnya.

  • Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar.

Senarai Negeri Fidyah Berganda :

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Melaka.
  • Johor.
  • Pahang.
  • Terengganu.
  • Kelantan.
  • Kedah.
  • Penang.
  • Perak.
  • Negeri Sembilan.
  • Sarawak.
  • Sabah.

Senarai Negeri Fidyah Tidak Berganda :

  • Selangor.
  • Perlis.

Kaedah Bayaran Fidyah Mengikut Negeri Di Seluruh Malaysia.

Kadar tersebut akan berubah mengikut harga yang ditetapkan kerajaan di sesuatu tempat. Contohnya kadar Fidyah di Selangor adalah RM1.80 untuk setiap hari puasa yang wajib digantikan.

Nota : Kadar Fidyah adalah berbeza di setiap negeri.


Cara Bayar Fidyah Online.

Berbaki beberapa hari lagi sehingga bulan Ramadan menjelma tiba, di sini kami telah menghimpunkan kalkulator Fidyah yang akan mengira fidyah secara automatik.

Kedah : RM1.80

Gandaan : Pilihan Atas Kemampuan.

Kalkulator & Bayaran Online

http://www.maik.gov.my/e-fidyah/

Perlis : RM5.00

Gandaan : Tidak dikenakan. 

https://www.maips.gov.my/ (Bayaran bank melalui bank transfer)

Pulau Pinang : RM1.75

Gandaan : Ya.

Kalkulator Online 

http://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php

Perak : RM1.80

Gandaan : Ya.

Kalkulator Online

https://fidyah.maiamp.gov.my/

Selangor : RM1.80

Gandaan : Tidak Dikenakan.

Kalkulator Online

https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/

Wilayah Persekutuan : RM4.00

Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan.

Kalkulator Online

https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah

Negeri Sembilan : RM1.75

Gandaan : Ya (Pilihan Gandaan Berganda)

Kalkulator Online

https://www.mains.gov.my/v1/web/fidyah.php

Melaka : RM1.80

Gandaan : Ya

Kalkulator Online 

https://fidyah.maim.gov.my/

Johor : RM1.75

Gandaan : Ya.

Laman Web

https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah

Pahang : RM1.75

Gandaan : Ya.

Kalkulator Online

http://new.zakatpahang.my/index.php/khidmat/kira-fidyah

Terengganu : RM1.75

Gandaan : Ya.

Kalkulator Online

http://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php

Kelantan : RM1.75

Gandaan : Ya.

Kalkulator Online

https://www.e-maik.my/v2/pautan-eperkhidmatan/taksiran-fidyah-puasa

Sarawak : RM1.75

Gandaan : Ya.

Kalkulator Online

https://www.tbs.org.my/calc-fidyah/

Sabah : RM1.75

Gandaan : Ya.

Kalkulator Online

https://baitulmal.sabah.gov.my/kalkulatorFidyah1.php

Kalau lupa bayar fidyah, macam mana?

Fuqaha sepakat menyatakan waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan. Bagaimanapun, waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu tertentu.

Namun, ia digalakkan supaya disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh. Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Kalau Lupa Berapa Hari Tinggal Puasa, Macam Mana?

Tidak dinafikan, ada juga segelintir yang terlupa berapa hari mereka sudah meninggalkan puasa pada tahun itu. Jangan risau.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah, sekiranya tidak pasti atau tidak ingat bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati).

Contohnya :

Dia tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tapi dia rasa tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang diyakini (pasti) dan lebih berhati-hati.

Begitulah juga halnya dengan Fidyah bagi bulan-bulan Ramadhan yang telah dilangkau.

Dah buat persediaan untuk puasa ke? Alang alang tu, Ain nak kongsikan tentang Set Puasa. Bulan ni ada promosi Set Puasa Shaklee tau. 

Nak Grab Promo, Tekan Link SET PUASA SHAKLEE Ni Okey. 🥰


#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#MarhabanYaRamadhan2023

#PuasaPenuhBerertiBersamaShaklee

#RaudhatulSakinah

Tip Untuk Cergas Bertenaga Di Bulan Puasa | Set Puasa Shaklee

MARHABAN YA RAMADHAN

﷽ MENYAMBUT RAMADHAN DENGAN ILMU

Ramadhan akan tiba kurang dari 13 hari dari sekarang, pertanyaannya sudahkah kita mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadhan dengan persiapan yang paling baik?

Jika seseorang menyambut orang, menyambut momen atau menyambut sesuatu yang mengembirakan, tentu ia akan mempersiapkan diri dan mempersiapkan segalanya dengan sebaik-baiknya. Betol kan? 

Demikian juga seseorang yang akan menyambut “tamu agung” iaitu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkahan dan kebaikan di dalamnya.

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

“Telah datang kepada kalian Ramadhan, bulan yang diberkahi.

Allah mewajibkan atas kalian berpuasa padanya.

Pintu-pintu syurga dibuka padanya. Pintu-pintu Jahim (neraka) ditutup.

Syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya terdapat sebuah malam yang lebih baik dibandingkan 1000 bulan. Malam apa tu? Ye, itu lah dia malam Lailatul Qadar. 

Siapa yang dihalangi dari kebaikannya, maka sungguh ia terhalangi.”

[HR.Ahmad]

Cara terbaik untuk menyambut Ramadhan adalah dengan ilmu iaitu belajar lagi hal terkait dengan Ramadhan.

Mulai dari keutamaan, hukum-hukum dan ibadah yang disyariatkan di bulan Ramadhan.

Islam adalah agama yang mulia dan dibangun di atas ilmu, bukan di atas tradisi atau perasaan.

📃 Jika ingin beramal dan berkata harus dengan ilmu.

Al-Bukhari menulis bab :
“Bab ilmu sebelum berkata dan beramal”

Al Hasan Al Bashri rahimahullah berkata,

“Orang yang beramal tanpa ilmu seperti orang yang berjalan bukan pada jalan yang sebenarnya.

Orang yang beramal tanpa ilmu hanya membuat banyak kerosakan dibanding mendatangkan kebaikan.

Tuntutlah ilmu dengan sungguh-sungguh, namun jangan sampai meninggalkan ibadah.

Gemarlah pula beribadah, namun jangan sampai meninggalkan ilmu.

Kerana ada segolongan orang yang rajin ibadah, namun meninggalkan belajar.”

(Lihat Miftah Daris Sa’adah karya Ibnul Qayyim, 1: 29)

Nak Tips Cergas Bertenaga Di Bulan Puasa Tak? 

Tip Untuk Cergas Bertenaga Di Bulan Puasa
  1. Jangan tinggalkan makan sahur.
  2. Banyakkan minum air terutamanya air kosong untuk elak dehidrasi.
  3. Elakkan minuman yang berkafein / berkarbonat.
  4. Jangan tinggalkan kurma. Kurma mengandungi serat untuk tenaga lebih lama dan potassium untuk menstabilkan bendalir dalam badan.
  5. Kurangkan mengambil makanan berminyak, bergoreng. 
  6. Kurangkan makanan yang terlalu pedas dan berempah.
  7. Kurangkan mengambil gula kerana ia boleh sebabkan dehidrasi.
  8. Banyak mengambil buah-buahan dan sayuran kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting untuk tubuh.
  9. Ambil protein yang berkhasiat, bersih dan mengenyangkan.
Selain itu, anda juga boleh mengambil minuman ini untuk kekal cergas bertenaga di bulan puasa. Tak lain tak bukan, Set Puasa Shaklee

SET PUASA SHAKLEE

Set Puasa Shaklee ini ada 3 jenis minuman berkhasiat iaitu ESP (Energizing Soy Protein), Cinch Shakes dan Performance Drinks. Set ini boleh diminum waktu sahur dan juga berbuka.

Apa fungsi / kebaikan ketiga-tiga minuman berkhasiat ini?

1- Energizing Soy Protein 
  • Sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama. 
  • Ditambah dengan indeks glisemik yang rendah membantu stabilkan paras gula dalam darah skaligus memberi badan anda rasa cergas dan kenyang lama.
  • Juga sangat bagus untuk mereka yang ada masalah gastrik. Protein membantu membaiki sel yang rosak akibat hakisan asid gastrik di dalam perut. 
  • Bonus mencantikkan kulit. Kulit lebih sihat, kurang berminyak, parut pudar dan makin anjal.
2- Cinch Shakes 
  • Sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama. 
  • Meal replacement terbaik.
  • Sangat bagus untuk mereka yang ada masalah gastrik. Protein membantu membaiki sel yang rosak akibat hakisan asid gastrik di dalam perut. 
  • Mengandungi LEUCINE untuk bantu turunkan berat badan, kekalkan otot supaya tak menggeleber. 
  • 3 perisa Cinch yang sedap dan sangat sesuai untuk anda (Vanilla, Coklat, Cafe Latte).
3- Performance Drink 
  • Minuman isotonik tetapi tanpa gas. Bagus untuk mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia boleh mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. 
  • Ia juga menyeimbangkan proses kehilangan air dalam badan, jadi ia membuat badan kekal rasa segar. Jadi anda tidak akan rasa mudah dahaga. 
  • Digalakkan juga diambil semasa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.
Siapa yang perlukan set berpuasa ini?
💚Pekerja
💚Pelajar
💚Ibu mengandung
💚Ibu yang menyusukan anak
💚Orang yang ada Gastrik
💚Orang yang bekerja berat (menggunakan banyak tenaga badan)
💚Warga tua 

Dan sesiapa saja boleh mencuba minuman ini.

Untuk Kanak-kanak (terutama yang baru mula berpuasa), Tambahkan Minuman Ni. 

Meal Shakes 
  • Sumber multivitamin yang terbaik bagi memastikan badan mendapat bekalan nutrien yang cukup. 
  • Ia mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting untuk tubuh.
  • Boleh membantu proses detoksifikasi dan mengelak sembelit masa berpuasa. 
  • Ia juga sesuai diambil untuk anak-anak yang baru nak belajar berpuasa.
  • Rasa / bau vanilla yang sedap ini sangat sesuai untuk anak anda.
Nak Tau Resepi Sedap Dan Berkhasiat Bersama Produk Shaklee? 

RESEPI RAMADHAN SHAKLEE

Testimoni Set Ramadhan / Set Puasa Shaklee

Moga bermanfaat dan membantu anda berpuasa dengan lebih baik tahun ini. Dan Alhamdulillah juga kita bertemu lagi dengan bulan Ramadhan tahun ini. Moga segala amalan kita diterima Allah swt dan lebih baik dari yang lepas.


Untuk order dan konsultasi anda boleh menghubungi Ain terus ke 0126984528 atau klik link whatsapp di blog ini.

Follow rapat rapat sosmed Ain 🥰
Facebook : Raudhatul Sakinah 
Instagram : raudhahdebeauty 
Tiktok : ummiafaaf
Id Shaklee : 1311013

#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#MarhabanYaRamadhan2023
#PuasaPenuhBerertiBersamaShaklee
#RaudhatulSakinah

Wednesday, March 1, 2023

Selawat Ajaib. Cuba Amalkan Selama 40 Hari. In Shaa Allah, Banyak Keajaiban Yang Berlaku Dalam Hidup Kita.

Malam ni ada kelas pendek by Master Norita. Kelas untuk buka minda kita. Topik : Masa depan yang bagaimana kita mahu?

Apakah masa depan yang kita mahukan? 
Apa yang perlu lakukan untuk cipta masa depan impian tadi?

Pernah tak kita terfikir begitu selama ni? Mesti pernah kannn. Tapi kita tak jumpa jalan penyelesaian atau jawapan kepada persoalan kita tu. Betol tak? 

So malam ni Ain nak share kat korang, apa yang Master Norita share dalam kelas tadi. Haa kita duplicate balik apa yang diajar. Gitewww.

Master Norita bagitau, selama ni kita buat semua kerja. Kita rasa kita hebat. Kita kejar KPI dunia. Tapi kita lupa nak kejar KPI dengan Allah. Deep sangat! 

Master Norita kata, kita buat KPI dengan Allah dulu, baru dunia datang kejar kita. Allahumma solli'ala muhammad. 

Dunia perlukan kita pukul berapa? Contoh kita bangun pukul 6 untuk buat sarapan, buat bekal untuk suami nak pergi kerja. 

Apa yang perlu kita buat lepas kita celik mata? Ada tak zikir² dulu? Ada tak selawat² dulu? Ada tak doa dulu? 

Jawapannya, kadangkala kita lupa. Kadangkala kita terlalu sibuk. Kadangkala kita dah buat tapi tak bercantum dengan hati. Jadi, kita takkan dapat apa yang kita nak atau impikan tadi tu. 

Apabila dunia perlukan kita, seusai bangun dari tidur, kita baca doa bangun tidur dulu. Lepas tu, istighfar 3x. Kemudian baca Subhanallahi wabihamdih Subhanallahilazim 3x. 

Kemudian baca selawat ni. Baca sebanyak mungkin. Sambil buat kerja pape pon, baca je selawat ni. Selawat ni sangat ajaib. Tak percaya, cuba buat dulu. Tengok hasilnya. Istiqamah selama 40 hari. Pasti korang terkejut dengan keajaiban yang berlaku dalam hidup korang👇
Master Norita ada bagi task kat Master Salwa Zeyn. Jika berjaya buat task tu, jadi testimoni fresh la untuk menunjukkan bahawa kuasa zikir dan selawat tu sangat luar biasa. 

Master Salwa Zeyn cerita, dia baru balik dari Petrosains tadi. Masa kat Petrosains, dia buat task yang Master Norita bagi tu. Ada 1 game yang memerlukan sync otak atau minda untuk gerakkan bola tersebut. 

Master Salwa buat challenge dengan suaminya. Jadi mereka berlumba lumba untuk gerakkan bola tu. Sebelum mulakan game tu, ada 1 tempat yang cek kadar degupan jantung kita. 

Orang tu tanya, Master Salwa buat apa sampai jantung berdegup sihat. Master cakap, saya duduk rumah je, tak bersenam pon. Tapi saya uruskan anak anak dan kerja rumah. 

Nak katanya, orang yang selalu zikir dan selawat, degupan jantungnya sihat. Keadaan otaknya selalu dalam keadaan alpha. Tenanggggg ajer. 

Lepastu, master salwa dan suami pon lawan game tu. Ramai berkerumun dan bagi sorakan masa game tu berlangsung. Dah macam artis pulak kannn. 

Master kata, master buat game tu 3 round. Round pertama, dia cuma zikir biasa. Subhanallahi wabihamdih Subhanallahilazim banyak kali. Round kedua zikir lain pulak. Round ketiga baru selawat ajaib tu. 

Luar biasa selawat tu tau. Katanya lagi laju bola tu gerak. Makin seronok pulak main game tu. Mana taknya, tak terfikir dek akal yang bola tu boleh bergerak selaju tu. Hanya dengan selawat tu. Masya Allah, hebat bukan? 

Ha ada 1 kisah jugak pasal selawat ni tau. Prof Redza ceritakan pengalaman dia dengan amalan selawat tu. Setiap hari dia balik lewat malam. Naik turun tangga. Dan setiap hari memang ada makhluk yang akan ganggu dia. Selalunya dia akan baca ayat kursi aje. 

Tapi pada satu hari, dia sangat penat. Nak baca ayat kursi dah tak sempat. Jadi dia baca selawat aje. Lepastu makhluk tu terus menjauh dan makin mengecil. Ajaib bukan? Biasanya kalo baca ayat kursi, dia akan tertahan disitu dan akan marah aje. Tapi tak menjauh mahupon mengecil. 

Maka, marilah kita mengamalkan selawat ni jugak untuk segala urusan kita. Tak kisah la untuk halau makhluk ghaib ke, untuk berjaya dunia akhirat ke, untuk sembuhkan penyakit ke, amalkan aje. In Shaa Allah, ajaib selawatnya. 

Dapat sesuatu? Ok, jom kita amalkan sama sama. Moga Allah permudahkan segala urusan kita, kurniakan kesihatan yang baik untuk kita, berikan limpahan rahmat dan kasih sayangNya pada kita, berikan rezeki yang halal dan berkat pada kita, ampunkan segala dosa kita yang terang terangan mahupon yang tersembunyi. Aamiin. Aamiin. Aamiin Ya Mujib. 

Jika entry kali ni bermanfaat bagi korang, sudi sudikanlah untuk komen dan share entry Ain ni. Moga semua dapat manfaatnya. 

Your Favorite Shaklee Leader, 
Nor Ain Sakinah (1311031)
0126984528


Follow Ain disini jugak 👇
Facebook : Raudhatul Sakinah 
Tiktok : ummiafaaf

Doaku PadaMu

"Allahumma inni as aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wa hubban yuballighuni hubbak" Ya Allah, sesungguhnya aku memo...