Selain Tabung Haji, ASB, ASNB dan Takaful, anda ada menabung sendiri tak kat rumah? Tabung sedekah atau tabung kecemasan atau tabung ikut warna duit?
Bahaya Sangat Kalau Anda Abaikan 8 Tabung Penting Ini!
Kajian menunjukkan seramai 75% rakyat Malaysia tak mampu nak sediakan walau RM1,000 kalau berlaku apa-apa kecemasan!
Jom baca 8 tabung yang anda perlu ada. Buat betul betul checklist ni ya.
1. Tabung Kecemasan
===================
Selalu Ain pesan, kita wajib ada simpanan kecemasan ni sama dengan 3 ke 6 bulan gaji (bagi yang kerja makan gaji) atau pendapatan bulanan (bagi yang berniaga) kita.
Contoh :
Gaji RM2,000 x 3 bulan simpanan = RM6,000
Gaji RM2,000 x 6 bulan simpanan = RM12,000
Nak tambah pendapatan atau nak cari income secara part time? Klik sini
Jangan lupa buat tabung kecemasan ni tau.
2. Tabung Deposit Rumah
======================
Pastikan ada modal pendahuluan iaitu sebanyak 15% untuk duit deposit rumah. Biasanya 10% untuk deposit rumah, dan 5% bayaran untuk legal fees, valuation fees dan lain-lain.
Contoh :
Beli rumah subsale harga RM200,000
RM200,000 x 15% = RM30,000
Amaran keras! Jangan sesekali gunakan pinjaman peribadi untuk deposit rumah. Alternatif lain anda boleh guna duit KWSP untuk duit deposit rumah.
3. Daftar Haji
============
Sementara masih muda dan banyak duit, cepat-cepat daftar akaun Tabung Haji sebanyak RM1,300 sahaja untuk dapatkan giliran untuk menunaikan Haji.
Alternatif lain anda boleh juga guna akaun KWSP untuk daftar Haji ni. Cara nak daftar pon mudah je, boleh terus daftar guna THiJari atau Maybank2u. Pastikan akaun Maybank telah di link dengan akaun Tabung Haji.
4. Takaful
=========
Letakkan komitmen 5% ke 10% untuk Simpanan Perlindungan. Di mana kita nak simpan?
✔ Takaful Hayat (Life Takaful)
✔ Kad Perubatan (Medical Card)
Kenapa perlu ada tabung perlindungan ni? Ramai orang tak tahu tabung perlindungan ni antara tabung yang sangat penting sebab kita ni setiap hari berhadapan dengan ketidakpastian atau risiko.
Nak buat Plan Protection sekarang?
Klik sini terus : Nak Buat Hibah / Nak Buat Medical Card
5. Tabungan Persaraan
====================
Pernah tak fikir tentang exit strategi atau retirement plan?
Yang penjawat awam tak apalah kan ada pencen, namun bagi yang swasta dan tiada pencen pastikan simpanan dalam KWSP anda ada banyak.
Macam mana nak tahu berapa banyak?
Seandainya gaya hidup selepas bersara diperlukan adalah RM120,000 setahun, maknanya tabung persaraan yang diperlukan paling sedikit 3 juta!
Kepada anak muda, pastikan anda apply PRS sebagai pelengkap kepada KWSP. Rebut juga RM1K insentif dengan caruman RM1K! 50% juga tu pulangannya. Siapa nak bagi?
6. Melabur
==========
Pastikan ada mentor yang boleh guide untuk kembangkan wang melalui pelaburan. Modal duit bukan isu utama untuk mulakan pelaburan, paling penting modal ilmu pelaburan itu sendiri.
Contoh produk pelaburan yang ada :
- Amanah Saham
- Emas
- Hartanah
- Saham
7. Kumpul Saham Akhirat
======================
Ain percaya, semua mesti tahu tangan yang memberi itu kan lebih baik daripada tangan yang menerima.
Sedekah bukanlah semata-mata wang atau harta ye. Perbuatan yang baik juga dikira sebagai sedekah.
Sedekah jariah paling penting sebab sedekah ni memberi pahala berterusan walaupun dah meninggal dunia, contohnya amalan berwakaf, berinfaq atau kongsikan doa doa kat sosmed.
Pelbagai bentuk harta boleh anda wakafkan. Contohnya :
- Wang tunai atau barang kemas
- Tanah, kebun atau ladang
- Rumah atau bangunan
- Kitab (Al-Quran atau buku-buku yang bermanfaat)
- Kereta dan macam-macam lagi!
8. Bebas Kewangan (Financial Freedom)
=================================
Bebas kewangan bukan gaji besar, bukan duit banyak, tapi maksudnya kita ada aliran tunai masuk yang tetap tanpa perlu bekerja.
Contoh mudah ialah ada 5 buah rumah sewa. Katakanlah sebuah rumah sewa boleh dapat RM1,000 sebulan, maksudnya, dengan 5 rumah sewa, kita dapat income RM5,000 tanpa perlu bekerja!!
Sejujurnya memang susah nak buat 8 tabung di atas ni. Kalau tak dapat semua, dapat menepati beberapa point pun jadilah. Asalkan wajib ada. Pilihlah yang terbaik.
Ni Kiraan Mudah Nak Tahu Anda Kaya Ke Miskin. Share entry ni Sekarang!
Ain terkedu bila dapat tahu info ni. Rupa-rupanya kita boleh kira diri kita ni kaya ke atau masih dikira miskin!
Ni 4 cara kiraan mudah untuk tahu 'pricetag' kita yang sebenarnya :
1) Tentukan umur dan jumlah gaji tahunan anda. Contoh umur 35 tahun, gaji tahunan RM72,000 (RM6,000/sebulan)
2) [(Umur tahun) X (Pendapatan tahunan)] / 10 = Expected Net Worth.
Contoh,
[35 X RM72,000] / 10 = RM 252,000 (Expected Net Worth)
3) Seterusnya, Asset - Liabilities = Net Worth
Maksud Net Worth ni berapa nilai diri kita dari sudut kewangan.
Contoh Asset : Simpanan Bank, ASB, Tabung Haji, Emas, KWSP, Rumah, Unit Trust, Saham. Katakanlah asset di sini total = RM500,000
Contoh Liabilities : PTPTN, Personal Loan, Housing Loan (Principal), Car Loan, ASB Financing (Principal), Loan yang remaining. Katakanlah liabilities di sini total = RM100,000
Jadi, RM500,000 - RM100,000 = RM400,000 (Net Worth)
4) Dekat sini kita boleh lihat Net Worth 2x ganda dari Expected Net Worth.
Maksudnya, kalau Net Worth lebih besar dari Expected Net Worth, maka anda di level orang kaya.
Kalau Net Worth rendah dari Expected Net Worth, anda di level yang bahaya, kata mudah miskin!
Formula mudah :
i) NW > ENW = Kaya (Prodigious Accumulator of Wealth)
ii) NW < ENW = Miskin (Under Accumulator of Wealth)
Dengan formula ini lah kita boleh tahu tahap kesihatan kewangan kita, sama ada sihat atau sakit. Semoga tahap kewangan kita dari tahun ke tahun semakin baik dan semakin banyak. Aamiin. Aamiin.
10 Cara Mudah Perbaiki Hidup Yang Lebih Baik.
1) Sentiasa minta dengan Allah. Jangan pernah rasa malu dan jemu nak minta pertolongan dengan Dia. Sebab Dia lah Maha Pemberi Rezeki kepada kita semua.
2) Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kalau ada ujian yang menimpa diri kita, contohnya kereta kena saman atau clamp, cuba ingat balik ada tak kita lukakan hati seseorang? Atau kita tak bayar zakat? Sedekah?
Cepat-cepat lakukan kebaikan itu dan ucapkan “Syukur Alhamdulillah terima kasih Allah Engkau datangkan ujian ini buatku”. Senyum dengan bahagia.
3) Elakkan berkira-kira dengan sesuatu yang kita nak mulakan. Contoh modal nak buat bisnes RM150, grab peluang itu.
Kita tak tahu dengan bisnes itu lah kita dapat networking lebih besar dan ramai, dan dengan permulaan RM150 itu juga boleh berganda sehingga ke puluhan dan ratusan ribu!
Tapi buat bisnes Shaklee dengan team Ain, modalnya ciput je. Nak tau berapa? Tekan sini -> Nak Join Bisnes Team Ain (INCREDIBLE Team)
4) Setiap kali keluar makan dengan keluarga atau kawan-kawan, bawa je duit lebih. Usahakan untuk belanja mereka makan.
Buat orang yang makan semeja dengan kita itu bahagia. Tahu tak, antara doa mustajab adalah, apabila seseorang itu terharu dengan kita dan mendoakan kejayaan kita!
5) Setiap bulan, pastikan cari 7 orang yang meniaga di pasar, atau orang yang meniaga depan sekolah.
Letak minimum duit RM50 kat orang yang meniaga itu untuk dia belanja budak-budak sekolah makan secara percuma je! Niatkan ikhlas untuk kita bantu lebih ramai orang.
6) Setiap kali masuk masjid, usahakan untuk solat sunat 2 rakaat. Sebab bila kita ke masjid, anggaplah itu adalah gerakan dari Allah untuk kita bertemu denganNya.
Jadi kita perlu bersyukur, Allah pilih kita ke jalan masjid. Maka, letakkan duit yang paling besar dalam dompet kita dengan niat sedekah dan bersyukur.
7) Sentiasa beli lebih makanan untuk bagi dekat officemate, jiran ofis atau jiran rumah. Kita pon tak tahu orang yang kita bagi itu kebetulan tengah lapar dan memang nak cari makanan kan.
8) Bagi duit lebih pada ibu dan ayah kita setiap bulan. Kalau mampu bagi RM1,000, bagi sahaja.
Ingatlah, doa seorang ibu ini mampu menembus langit! Sehingga doa seorang ibu yang dipanjatkan untuk anaknya amat mudah dikabulkan.
9) Sebelum tidur, maafkan semua orang. Tolonglah paksa diri untuk buang perasaan benci, dengki dan sombong itu. Supaya hati kita jadi lebih tenang.
Yang dulu biarkan je pergi, sekarang kita harus nikmati, dan akan datang semuanya rahsia Ilahi.
10) Berdamailah dengan masa lepas supaya kita tak akan rosakkan masa sekarang yang kita sedang miliki.
Yakin dan percayalah, bila kita amalkan semua di atas ini, kita akan dapat perbaiki hidup yang lebih baik, aura positif yang lebih baik dan kita juga akan sentiasa buat yang terbaik!
Minta tolong sebarkan info yang bermanfaat ni kepada yang lain sebab info ni akan sangat bermanfaat bagi orang lain juga.
Ain harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda semua.
Semoga bermanfaat!
Silakan LIKE, #SHARE dan KOMEN "Alhamdulillah".
Founder Of INCREDIBLE
Nor Ain Sakinah
Shaklee Bussiness Leader
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#FounderOfINCREDIBLE
No comments:
Post a Comment