Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Friday, February 10, 2023

Alhamdulillah, Rezeki Jumaat (10/2/2023)

Entry kali ni kita nak citer pasal REZEKI. 

Bahagia itu rezeki. Sihat itu rezeki, banyak masa juga rezeki, tak putus duit itu rezeki. Dapat apa-apa yang baik-baik pun rezeki.

Hakikat rezeki itu bukan pada duit, gaji atau pendapatan. Sebaliknya ia merangkumi apa saja perkara yang baik-baik. Maksud rezeki ialah apa yang kita nikmati.

Kenapa namanya rezeki? Sebab di saat kita merasai rezeki itu, ramai orang di luar sana yang tak berpeluang merasainya.

Ya Allah, beruntungnya kita…

Yang selalu kata TAK CUKUP itu nafsu, Yang mengatakan CUKUP itu iman… Bersyukurlah.


Ok, ni cerita Ain sepanjang siang tadi. Ni pon namanya rezeki tau. 

Pagi tadi pergi teman jiran pergi beli barang dapur kat segi. Faqihah pon ikut sekali. Sampai kat segi, Faqihah pon tengok kanan kiri. Tekun nau tengok ikan, ayam, sayur², bawang² dan banyak lagi. 😊
Mama (Faqihah panggil jiran Ain Mama) beli ikan, ayam, sotong, sayur², biskut. Qihah pon dapat ayam sekor, sotong setengah kilo dengan sayur brokoli dengan kobis. Mama belanja. Tq mama. Alhamdulillah, syukur untuk rezeki harini. Nampak tak? Kita baik dengan orang, kita tolong orang, Allah gandakan rezeki untuk kita lagi. 


Balik dari segi, terus zup zap zup zap. Masak untuk lunch. Dah siap masak, terus hidang. Makan la kami 5 beranak. Tersandar kekenyangan gaisss. 

Taraaaa, ni la menu lunch kita harini. Dapat masak dan makan dengan anak² pon rezeki. 

Dah siap lunch, santai² jap. Layan keletah anak². Azhar dengan Faqihah rapat sangat. Faqihah suka nau main dengan abang Azhar dia ni. 😂😂😂 Tengok la muka diorang ni. Santuni anak² pon rezeki. 😊

Sambil² tu, tengok fon. Kot² ada yang nak beli shaklee dengan ummi Faqihah ke, nak buat hibah dengan ummi Faqihah ke, nak buat medical card dengan ummi Faqihah ke, nak baca blog ummi Faqihah ke. Kannnn Kannnn Kannnn. 

Eh, semua dah follow Ummi Faqihah rapat² tak? Meh follow sini FB Ummi Faqihah, Page Ummi Faqihah, Tiktok ummi Faqihah, wassap Ummi Faqihah. 

Terima kasih semua! Sebab sudi baca blog ummi Faqihah. Teruskan support ummi Faqihah tau tau tau. Moga Allah gandakan rezeki untuk semua orang yang membaca blog ummi Faqihah. 🥰🥰🥰

Monday, February 6, 2023

Salam Perkenalan Dari Saya 😊

Assalamualaikum semua. Salam perkenalan dari saya. Nama penuh saya Nor Ain Sakinah. Nama pendeknya, Ain. 

Ain berasal dari Klang. Ibu kepada 5 orang anak iaitu Muhammad Khairul Amin (11y), Fatimah (10y), Muhammad Khairul Azhar (8y), Muhammad Khairul Aiman (4y), Faqihah (1y). 

Blog ni dibuat bagi tujuan kongsi kongsi tentang lifestyle Ain, dan juga bisnes yang Ain buat. Biasalah kannn. Kita mak² ni kan supermom. Tak boleh duduk diam. Pulak tu, takde kawan nak berkongsi segala rasa tu kann. Media sosial la tempat untuk kita berkongsi apa sahaja. Setuju? 

Nak tau ke Ain buat bisnes apa? Ain buat bisnes Shaklee Dan Takaful. Dedua Full-time. Sebab buat bisnes sambil uruskan anak². 😉

Kenapa Ain pilih 2 bisnes tu? 

Hidup kita ni ada pasang surutnya. Ada masa kita sihat, ada masa kita sakit. Bila sihat, boleh bekerja dan ada simpanan. Bila sakit kritikal, dah tak boleh bekerja. Malah duit simpanan pon habis. 

Jadi, inilah perlindungan yang kita kena siap sedia untuk masa depan kita. Supplemen dan takaful sebagai payung kita. Supaya kita tak susahkan ahli keluarga kita bila kita sakit ke meninggal ke. Ha macam tu. 

Nak tengok gambar anak² Ain?

Nah, ni la anak² Ain. Comel kan? 🥰🥰🥰


Jom follow Ain rapat².
Instagram : raudhahdebeauty
Tiktok : ummiafaaf
Wassap : Ain

#MomOf5Kids
#BeHappyStayHealthy

Doaku PadaMu

"Allahumma inni as aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wa hubban yuballighuni hubbak" Ya Allah, sesungguhnya aku memo...