Assalamualaikum semua. Salam perkenalan dari saya. Nama penuh saya Nor Ain Sakinah. Nama pendeknya, Ain.
Ain berasal dari Klang. Ibu kepada 5 orang anak iaitu Muhammad Khairul Amin (11y), Fatimah (10y), Muhammad Khairul Azhar (8y), Muhammad Khairul Aiman (4y), Faqihah (1y).
Blog ni dibuat bagi tujuan kongsi kongsi tentang lifestyle Ain, dan juga bisnes yang Ain buat. Biasalah kannn. Kita mak² ni kan supermom. Tak boleh duduk diam. Pulak tu, takde kawan nak berkongsi segala rasa tu kann. Media sosial la tempat untuk kita berkongsi apa sahaja. Setuju?
Nak tau ke Ain buat bisnes apa? Ain buat bisnes Shaklee Dan Takaful. Dedua Full-time. Sebab buat bisnes sambil uruskan anak². 😉
Kenapa Ain pilih 2 bisnes tu?
Hidup kita ni ada pasang surutnya. Ada masa kita sihat, ada masa kita sakit. Bila sihat, boleh bekerja dan ada simpanan. Bila sakit kritikal, dah tak boleh bekerja. Malah duit simpanan pon habis.
Jadi, inilah perlindungan yang kita kena siap sedia untuk masa depan kita. Supplemen dan takaful sebagai payung kita. Supaya kita tak susahkan ahli keluarga kita bila kita sakit ke meninggal ke. Ha macam tu.
Nak tengok gambar anak² Ain?
Nah, ni la anak² Ain. Comel kan? 🥰🥰🥰
No comments:
Post a Comment