Wednesday, March 22, 2023

Ada Beberapa Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

Assalamualaikum, Salam Rabu Semua. Entry kali ni, Ain nak cerita pasal Keburukan Intermittent Fasting yang perlu anda tahu.

Sebelum ni Ain pernah kongsikan tentang Intermittent Fasting atau dikenali sebagai IF kannn.

Intermittent Fasting menjadi salah satu jenis diet untuk menurunkan berat badan di zaman moden ini. Ramai di kalangan kita yang dah rajin cari ilmu IF ni kat google. 

Diet ini lebih kurang macam berpuasa tapi dalam beberapa jam aje. Ia mempunyai pelbagai manfaat termasuklah menurunkan berat badan, mencegah diabetes dan mengurangkan risiko barah.

Ramai yang berjaya turunkan berat badan dan masalah kesihatan mereka bertambah baik sejak mengamalkan intermittent fasting ni.

Akan tetapi diet jenis ini bukan sesuai untuk semua orang terutamanya bagi wanita hamil dan mereka yang mengalami masalah gastrik yang teruk.

Ini  kerana terdapat beberapa kesan sampingan bagi yang mengamalkan diet jenis ini terutamanya pada yang baru nak mencuba diet Intermittent Fasting.

Antara Keburukan Intermittent Fasting ni adalah seperti :

1) Hipoglisemik 

Bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dengan IF, mereka mungkin akan mengalami hipoglisemik iaitu keadaan dimana kadar gula dalam darah sangat rendah.

Bila kadar gula dalam darah menjadi rendah, seseorang itu akan mengalami sakit kepala, kadar nadi meningkat, berasa loya dan berpeluh-peluh pada peringkat permulaan. Ianya berlaku disebabkan rutin hidup berubah secara tiba-tiba.

Ketika kita tak makan, tubuh akan membakar glikogen (glukosa yang disimpan pada hati dan otot) dan akan mula membakar lemak untuk dijadikan sumber tenaga menurut pakar pemakanan Frances Largeman-Roth.

Bagaimanapun, keadaan ini hanya akan berlaku pada peringkat awal sahaja. Apabila dah biasa buat IF, tubuh kita akan mula menyesuaikan diri.

2) Meningkatkan sensitiviti insulin.

Satu kajian telah dijalankan pada 2018 terhadap seorang pesakit diabetis yang mengamalkan IF.

Hasilnya, dengan mengamalkan IF telah meningkatkan sensitiviti insulin mereka sekaligus menstabilkan gula dalam darah dengan lebih baik.

Ini kerana setiap kali makan, tubuh akan melepaskan hormon insulin untuk memindahkan gula daripada saluran darah ke sel dalam tubuh untuk ditukarkan sebagai tenaga.

"IF memang ada kebaikannya akan tetapi bagi pesakit diabetes yang bergantung pada suntikan insulin, harus mendapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan diet ini. kerana ia mungkin akan mempengaruhi kesan ubat"

3) Menurunkan rasa mengidam

Bagi yang mengamalkan IF, mampu menjaga keseimbangan gula dalam darah dengan lebih baik. Ini kerana IF memaksa seseorang itu berhenti makan pada waktu tertentu.

IF juga meningkatkan rasa kenyang melalui penghasilan hormon pengurangan nafsu makan.

Sebuah kajian pada 2019 turut mendapati diet ini dapat membantu menurunkan kadar ghrelin iaitu hormon yang merangsang rasa lapar.

Diet ini bagus untuk individu yang mempunyai masalah obesiti dan masalah kesihatan seperti diabetis.

Bagi individu yang mempunyai masalah pemakanan seperti malnutrisi dan gastrik sebaiknya mendapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan.

4) IF dan senaman

Berpuasa dan bersenam bukan satu masalah tetapi ia harus dilakukan secara sistematik agar seseorang tidak kehilangan tenaga dengan cepat.

Mereka yang menjalani IF disarankan untuk melakukan senaman lebih ringan, terutamanya ketika baru mencuba diet IF agar tubuh dapat menyesuaikan diri.

Waktu terbaik untuk bersenam adalah pada awal atau akhir IF. Ini kerana sesetengah orang berpendapat bila dah berpuasa dah kurang makan, tak perlu buat senaman dah. 

Akan tetapi, untuk mendapatkan keberkesanan IF senaman diharuskan.

Apabila kita tiada jadual pemakanan yang khusus, tiada kaedah atau panduan pelan pengambilan makanan yang tertentu yang boleh dijadikan rujukan.

Kita mungkin makan apa yang kita suka, tak jaga kuantiti makanan yang diambil. Maka berat susah nak turun dan target tak tercapai.

5) Tahap collagen berkurangan 90% kulit kurang anjal.

Apabila kita berpuasa atau IF untuk jangka masa yang panjang dan lama, ia akan menyebabkan penuaan pada kulit kita.

Kulit kita mudah jadi kering dan kurang anjal akibat terhidrasi dan kekurangan callogen.

Ramai yang berjaya turunkan berat badan dengan cara IF tetapi kulit menjadi kendur dan kering.

Apabila kollagen berkurangan dan kurang hidrasi pada kulit, kulit jadi kurang anjal dan nampak tak cantik.

Amat terbaik sekiranya kita mengamalkan sebarang diet terutamanya IF adalah lebih baik cukupkan pengambilan air dan tambah supplemen collagen.

6) Gangguan mood (moody)

Bila berpuasa kebiasaanya mood akan terganggu sebab perut lapar kannnn.

Puasa dalam keterpaksaan sebab niat nak kurus cepat.

Berat susah nak turun kalau mental dan fizikal kita stress.

Mental preparation Tu penting bila nak buat IF.

7) Gangguan tidur 

Apabila perut lapar ketika buat IF bukan sahaja mood terganggu, malah tidur pun terganggu.

Tidur yang tidak cukup akan menyebabkan berat badan susah nak turun.

Cara untuk capai Intermittent Fasting yang berkesan

Setiap perkara baik yang kita nak lakukan dalam hidup, pasti akan ada cabarannya. Akan tetapi, semua keburukan yang dinyatakan diatas adalah alasan kecil sahaja dan boleh diatasi.

Jangan mudah putus asa okey. Cuba cari jalan penyelesaiannya dulu.

Memandangkan esok kita dah mula berpuasa iaitu masuknya bulan Ramadhan yang ke-1444 Hijiriah. 

Adalah satu kerugian, jika kita tidak berpuasa di bulan ramadhan dan tidak mengamalkan intermittent Fasting ini kerana ada satu rahsia besar yang kita tak sedar sekiranya apabila kita berpuasa.

Baru - baru ini ada kelas dari Dr. Redza Rahman yang merupakan proffesional medical scientist. Topik perkongsian beliau dalam kelas tersebut bertajuk "The science of nutraceuticals"

Beliau ada kongsikan tentang "Autophagy" tau. Anda pernah dengar Autophagy tak? 

Apa itu "Autophagy"?

Yoshinori Ohsumi seorang ahli sains jepun
telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam fisiologi atau perubatan untuk penemuannya tentang bagaimana sel tubuh mengalami proses kitar semula yang dikenali sebagai "AUTOPHAGY" iaitu istilah Yunani untuk  "makan dengan sendiri".

Autophagy adalah cara sel -sel membersihkan dirinya yang rosak untuk menjana semula sel yang lebih sihat. (proses kitar semula).

Autophagy adalah satu proses penting dimana ia dirangsang apabila tubuh badan berada dalam keadaan LAPAR.

Sebagai contoh apabila tubuh sedang berpuasa untuk tempoh 8-10 jam.

Apabila sedang berpuasa, proses autophagy akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga.

Bukan itu sahaja, sel-sel lapar ini akan memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh dan menggunakannya semula untuk proses kitar semula.

Proses ini sangat penting untuk pencegahan sel kanser, mencegah penyakit berjangkit, penyakit imunologi dan gangguan neurodegeneratif seperti nyanyuk dan parkinsons.

Gangguan autophagy juga dianggap memainkan peranan penting dalam proses penuaan.

Proses penuaan dapat diperlahankan dan sel -sel baru yang sihat dan kuat dapat dihasilkan jika proses autophagy dapat diaktifkan.

Tubuh badan manusia mempunyai fungsi yang cukup unik untuk memperbaiki kerosakannya.

Manfaatkan fungsi ini dengan mengamalkan puasa pada bulan ramadhan dan melakukan intermittent fasting.

Memandangkan kita bakal berpuasa esok,  sebaiknya kita ambil peluang berpuasa sepanjang bulan ramadhan bagi yang berkemampuan .

Dengan berpuasa, anda dapat mencapai tahap autophagy 3x lebih cepat berbanding intermittent fasting kerana intermittent fasting (wet fasting) kita masih minum air pada waktu fasting window, jadi badan kita perlukan air dan akan menariknya dari sel untuk memacu pengeluaran tenaga.

Dengan berpuasa secara dry fasting ( ramadhan fasting) dalam tempoh satu hari kita dah capai autophagy, bayangkan kalau 30 hari kita berpuasa.

Best ke best sangat? 

Tapi ada syaratnya la untuk mencapai autophagy yang sihat ni. Pastikan pemilihan makan ketika bersahur dan berbuka adalah makanan yang sihat dan membantu proses autophagy.

Untuk bersahur boleh cuba amalkan set puasa shaklee. 

Manakala dikala berbuka boleh amalkan menu yang sihat. Klik Resepi Diet Sihat disini. 

Sakit Dan autophagy.

Cuba ingat balik kalau kita tak sihat, kita takde selera makan kannnn. 

Allah tu Maha Mengatur, dalam tempoh kita tak sihat, tubuh kita mengalami proses autophagy juga rupanya.

Allah nak bantu tubuh menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Alhamdulillah.

Siapa yang sedang diuji dengan sakit dan takde selera makan, bersangka baik dengan Allah. 😊


Dr redza ada bagitahu, kalo kita nak capai tahap autophagy dengan lebih berkesan adalah ketika Kita berpuasa.

Gabungan puasa dan supplement terbaik  sangat membantu mengaktifkan autophagy ni tau. 

Supplement yang mengandungi khasiat polifenol seperti resveratrol dan astaxanthin.

Memandangkan shaklee adalah pengeluar supplement terbaik di Malaysia, sudah tentu ada mencipta supplement yang berasaskan polifenol.

Siapa yang belum cuba vivix, wajiblah cuba sekarang. Nampak ketara betul perbezaan sebelum mengamalkan vivix dan selepas mengamalkannya. 

Ok dah panjang lebar info yang Ain bagi tadi kannn. Moga dengan sedikit perkongsian dari Ain dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca blog Ain ni. 

Selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Moga bulan Ramadhan Kali ini, lebih bermakna dari tahun sebelumnya.

Boleh hubungi Ain untuk khidmat nasihat pengambilan Supplemen Terbaik Shaklee dan cara diet IF yang betul. 

Instagram : Raudhah De Beauty
Tiktok : ummiafaaf

#BlogMegaShaklee 
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#IncredibleTeam

No comments:

Post a Comment

Doaku PadaMu

"Allahumma inni as aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wa hubban yuballighuni hubbak" Ya Allah, sesungguhnya aku memo...