Resepi diet sihat yang sedap dan tak perlu berlapar tapi boleh kurus? Best nya!
Dah cuba bermacam makanan diet untuk cepat kurus tapi berat badan tak turun? Sukar nak ikut menu diet tanpa nasi? Apa kata anda cuba resepi diet eat clean ini. Mesti akan kurus dengan mudah.
Untuk turun berat badan dan memiliki tubuh badan yang langsing dan fit memang idaman semua. Ada bermacam cara untuk kurus, termasuk mengikuti pelan diet. Di Malaysia, ada beberapa kaedah diet yang terkenal seperti diet atkins, diet keto, diet tanpa nasi dan diet intermittent fasting. Masing-masing ada cara dan resepi diet tersendiri.
Selain itu, ada juga jadual menu diet yang lebih mudah dan boleh diamalkan secara santai. Pernah kah anda dengar tentang diet eat clean? Caranya mudah, hanya ikut sahaja resepi diet eat clean. Tak perlu nak stress dengan berlapar mahupun keluarkan kos yang tinggi semata-mata nak beli bahan mahal untuk sediakan menu diet.
Dengan menu diet eat clean ini, ramai yang telah berjaya kurus. Ada yang berkongsi pengalaman, telah berjaya turunkan berat badan banyak sebanyak 18 kg dengan mudah hanya dengan mengamalkan resepi diet ini.
Di sini kami kongsikan 12 menu eat clean yang sihat serta mudah untuk disediakan. Sebelum itu, mari kita ketahui lebih lanjut mengenai diet eat clean.
Apa itu Eat Clean
Eat clean adalah perkara yang paling penting dalam proses nak turunkan berat badan. Usaha anda bersenam dan bersukan akan sia-sia jika anda tak kawal pemakanan dengan eat clean.
Eat clean bukan bermaksud makan makanan bersih atau tidak. Secara umumnya, diet eat clean ini adalah mengambil makanan pada tahap yang paling semulajadi. Ini bermakna, resepi diet anda mesti mengandungi makanan sebenar. Semua makanan yang ada dalam hidangan mesti makanan sebenar dan fresh.
Selain itu, anda juga perlu mengelakkan dari pengambilan makanan yang telah disuntik dengan bahan kimia. Ia bukan sahaja akan menggagalkan misi anda nak kurus, malah ia juga sangat berbahaya untuk kesihatan.
Kenapa Kena Eat Clean
Sebab utama anda perlu eat clean adalah untuk menurunkan berat badan. Selain dari itu, resepi diet ini juga dapat membantu meningkatkan kesihatan anda.
Dengan makan secara clean, badan anda akan dibekalkan dengan nutrient yang penting dan penuh dengan khasiat. Jika anda mengamalkan diet eat clean secara konsisten, badan anda juga akan mendapat banyak vitamin, mineral, protein yang berkualiti tinggi serta lemak yang sihat.
Kesemua nutrient ini akan memperbaiki kesihatan jantung dan otak. Selain dari membantu untuk menurunkan berat badan, diet eat clean juga akan menguatkan sistem imunisasi badan dan meningkatkan tahap tenaga anda.
Peraturan Diet Eat Clean
Untuk menurunkan berat badan dengan berjaya menggunakan diet eat clean, terdapat beberapa peraturan yang anda kena ikut. Jangan risau, tak susah pun. Semuanya untuk kebaikan anda.
Lakukan
- Makan enam kali setiap hari
- Ambil sarapan pagi setiap hari, sejam selepas bangun dari tidur
- Kawal saiz hidangan makan
- Makan whole food (makanan asli), seperti ikan, bukan makanan proses seperti bebola ikan, sosej ayam dan burger daging
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar
- Minum air sebanyak 2 hingga 3 liter setiap hari
Elakkan
- Makanan yang diproses dan makanan segera
- Makanan bergoreng
- Pemanis tiruan
- Minuman bergula, seperti minuman tin dan jus kotak
Makanan dengan pewarna tambahan dan perisa tiruan
12 Resepi Diet yang Sedap tapi Sihat
Ramai orang ingat makanan untuk diet kuruskan badan ini semuanya tidak sedap.
Mesti setiap hadi makan sup, bakar-bakar dan kukus sahaja. Tapi, sebenarnya ada banyak lagi menu lain yang sangat sedap dan sesuai untuk turunkan berat badan.
Jom kita lihat 12 resepi diet untuk eat clean.
1. Tortilla Wrap Ayam
Bahan-bahan :
- Wholegrain tortilla wrap
- Isi ayam (dipotong kecil)
- Tomato ceri (dibelah 2)
- 2 biji bawang merah kecil (dipotong dadu)
- 2 keping daun salad
- 1 sudu kecil mayonis
- Chili flakes
- Lada hitam
Cara-cara :
- Perapkan ayam dengan lada hitam dan sedikit garam. Kemudian, grill dalam kuali.
- Gaul ayam yang telah dipanggang bersama mayonis, tomato ceri, bawang merah kecil, daun salad dan chili flakes
- Letak atas wrap dan balut
- Panaskan wrap atas kuali sebentar
- Sedia untuk dihidang
2. Tuna Sandwich
Bahan-bahan :
- Roti wholemeal
- Ikan tuna
- Yogurt perisa plain
- Daun salad
- Tomato dan timun (dihiris)
Cara-cara :
- Bakar roti agak-agak sedikit garing
- Gaul tuna dengan yogurt perisa plain. Kemudian, sapu atas roti sehingga rata
- Susun daun salad serta hirisan tomato dan timun
- Potong sandwich mengikut saiz yang disukai dan sedia untuk dimakan
3. Salmon Grill
Bahan-bahan :
- Ikan salmon
- Serbuk cili
- Lada sulah
- Serbuk lada hitam
- Bawang putih (cincang halus)
- Minyak zaitun (bahan wajib untuk resepi diet!)
- Lemon
Cara-cara :
- Perap ikan salmon dengan bawang putih yang telah dicincang halus, serbuk cili, lada sulah, lada hitam dan sedikit garam
- Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak zaitun. Kemudian, grill ikan salmon yang telah diperap
- Angkat ikan salmon dari kuali. Perah sedikit lemon
- Sedia untuk dihidang. Sesuai dimakan dengan nasi perang atau salad kentang
4. Ayam Grill – Resepi Diet ala ala Nandos
- Ayam bahagian dada
- Serbuk cili
- Lada sulah
- Minyak zaitun
- Perap dada ayam dengan serbuk cili, lada sulah dan sedikit garam
- Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak zaitun. Kemudian, grill dada ayam yang telah diperap
- Sedia untuk dihidang. Sesuai dimakan dengan nasi perang atau salad brokoli
5. Sayur Peas Kukus Dengan Ayam
- Isi ayam yang telah dibuang kulit (dipotong kecil)
- Kacang peas
- Lobak merah
- Putik jagung
- Cili padi atau cili besar
- Gaulkan isi ayam dengan kacang peas, lobak merah dan putik jagung yang telah dipotong
- Potong cili padi atau cili besar untuk lebih pedas
- Masukkan sedikit gula dan garam
- Kukus 5-7 minit
- Sedia untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi perang
6. Scrambled Egg Button Mushroom
Bahan-bahan :
- 2 biji bawang putih (dicincang)
- 4 biji cendawan butang (dihiris nipis)
- 3 biji telur
- 1 sudu butter
- Chili flake
- Lada hitam
Cara-cara :
- Panaskan kuali dengan butter
- Masukkan bawang putih dan cendawan
- Masukkan chili flake dan lada hitam
- Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sehingga rata. Tambah sedikit garam
- Masukkan telur dalam kuali, kacau rata sehingga masa
- Sedia untuk dihidang. Lazat dimakan dengan roti wholemeal atau tortilla wrap
7. Scrambled Egg Salad
Bahan-bahan :
- 2 biji telur
- 1/2 sudu besar butter
- Daun salad
- Chili flake
- Lada hitam
- Tomato ceri
Cara-cara :
- Pecahkan telur dalam mangkuk. Kacau dan tambah sedikit garam
- Panaskan kuali. Masukkan butter dan telur. Kacau sehingga masak
- Basuh dan susun salad. Letakkan telur hancur di atas salad
- Perisakan dengan chili flake dan lada hitam
- Letak tomato ceri atas telur
8. Salad Telur Rebus
Bahan-bahan :
- Daun salad (boleh mix lain-lain jenis)
- 2 biji telur rebus
- 1 batang timun jepun (dipotong)
- Tomato ceri (dibelah 2)
- Chili flake
- Lada hitam
Cara-cara :
- Potong daun salad, basuh dengan bersih dan toskan air
- Rebus telur sehingga masak. Kupas kulit telur dan potong 4
- Masukkan daun salad, timun jepun, tomato ceri, chili flake dan lada hitam. Gaul sehingga sebati
- Hiaskan salad dengan telur rebus
- Sedia untuk dihidang. Sesuai dimakan sebagai snack
9. Potato Chicken Salad
Bahan-bahan :
- Kentang (dibelah 2)
- Isi ayam
- Tomato ceri (dibelah 2)
- Lada hitam
- Chili flake
Cara-cara :
- Rebus kentang sehingga empuk. Toskan dan biarkan sejuk
- Rebus isi ayam. Kemudian, carik-carikkan isi ayam
- Campurkan kentang yang telah sejuk, isi ayam yang telah dicarik, tomato ceri, lada hitam, chili flake dan sedikit garam. Gaul sehingga sebati
- Sedia dihidang. Sesuai dimakan begitu sahaja atau sebagai side dish
10. Kerabu Ayam Tomato
- Isi ayam
- Bawang besar (dihiris)
- Tomato (dihiris nipis)
- Cili padi
- Air asam jawa
- Air perahan limau kasturi
Cara-cara :
- Rebus isi ayam. Kemudian, carik-carikkan isi ayam
- Gaul isi ayam yang telah dicarik, bawang besar, tomato dan cili padi. Gaul sehingga sebati
- Masukkan air asam jawa dan air perahan limau kasturi secukup rasa
- Sedia untuk dihidang. Enak dimakan sebagai salad mahupun dengan nasi perang
11. Ayam Kukus Pandan Kunyit
- Isi ayam yang telah dibuang kulit
- Bawang putih
- Halia
- Kunyit
- Jintan putih
- Ketumbar
- Daun pandan
- Gaul isi ayam dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus. Masukkan kunyit, jintan putih, ketumbar dan sedikit garam. Gaul sehingga sebati
- Balut isi ayam dengan daun pandan
- Kuku selama 7-10 minit
- Sedia dihidang
12. Tauhu Sumbat Ayam
Bahan-bahan :
- Isi ayam
- Taugeh
- Lobak merah (dihiris halus)
- Lada sulah
- Daun bawang (dihiris halus)
- Tauhu
Cara-cara :
- Rebus isi ayam. Kemudian, tumbuk hingga lumat
- Gaulkan isi ayam, lobak merah, taugeh, daun bawang dengan lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati
- Potong tauhu secara menyerong. Sumbatkan bahan-bahan yang telah digaul di bahagian tengah tauhu
- Kukus selama 5-8 minit
- Sedia untuk dihidang. Enak dimakan begitu sahaja atau dengan nasi
Kecur air liur tengok semua menu diet yang fresh dan sedap ni kann. Jom amalkan pemakanan yang sihat dan capai berat badan yang diidamkan. Jangan lupa untuk cuba semua menu resepi diet ini!
Nak lagi boommmm, amek Set Kurus Shaklee sekali. Setiap pembelian Set ini akan dimasukkan ke dalam group khas diet. Kami guide anda sampai anda mencapai berat badan yang diidamkan! 🥰
Set Kurus Shaklee By Raudhatul SakinahYour Favorite Shaklee Leader
Id Shaklee : (1311031)
Raudhatul Sakinah
0126984528
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
No comments:
Post a Comment