Assalamualaikum semua. Buat apa tu?
Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam entry terbaru iaitu ulasan tentang Review Projek Blog Mega 1.0 baru² ni.
Terima kasih kerana sudi baca semua entry dalam blog Ain ni. Moga perkongsian dalam setiap entry Ain memberi manfaat kepada anda yang membaca.
Diam tak diam, kita dah habis Projek Mega Blog Shaklee 1.0, yang mana ia dilancarkan pada 8/2/2023 dan tamat pada 15/2/2023 oleh Master Norita dan Master Salwa. Mereka adalah Master Leader dalam Team Euphoria.
Walaupun Projek Mega Blog Shaklee 1.0 ni hanya memerlukan masa 2 minggu sahaja untuk menyiapkan task, tetapi ianya sangat meriah tau. Sambutan yang menggalakkan. Master menjangkakan hanya kurang daripada 100 peserta. Tapi sambutan hingga lebih dari 200 penyertaan. Hebat bukan?
Walaupun kami tak jumpa depan² atau duduk berkumpul secara offline, tapi kami bertemu secara alam maya je. Sistem yang dicipta oleh master sangat memberi impak kepada peserta.
Projek Mega Blog Shaklee 1.0 bukan Projek Blog biasa-biasa. Bukan sekadar menulis entri blog syok sendiri. Projek ini memerlukan kerjasama antara keseluruhan team.
Master bagi beberapa syarat untuk memenuhi syarat-syarat penyertaan. Antaranya
1. Setiap peserta perlu mengarang 1 entri blog untuk setiap minggu. Bermakna 2 entri untuk 2 minggu tersebut.
Minggu pertama punya entri Blog bertajuk Intermittent Fasting (Sila Klik)
Minggu kedua punya entri Blog bertajuk Set Kurus Shaklee (Sila Klik)
2. Sparring partner.
Kat sini yang mencabar tu. Peserta perlu linkkan URL entri blog sparring partner di dalam entri blog sendiri. Ada 2 sparring partner yang perlu bekerjasama dengan kita tau. Sekiranya sparring partner belum siap entri blog mereka, kena tunggu mereka siap baru boleh linkkan ke dalam blog entri kita. Sparring partner kita ada atas dan bawah. Andai partner kita tak siap lagi, selagi itu kita tak boleh submit task kita sendiri. Struggle is real gaisss!
Apa Pengajaran Yang Kami Dapat Dari Projek Ni?
1. Buat berjemaah lebih baik dari buat sorang²
Dalam berbisnes ni, sangat pentingnya bisnes secara berjemaah, takde siapa pun yang akan meninggalkan kita walaupun orang di atas mahupun orang di bawah kita. Kita sama-sama berusaha menuju ke puncak kejayaan kepada yang NAK!
Bak kata Irfan Khairi,
♨Orang Taknak tu biasa
♨Orang reject tu pun biasa
♨Orang tolak lagi la biasa
♨Orang join tapi taknak gerak tu biasa
♨Orang join tapi keluar balik tu juga biasa
TAPI
Orang seperti kita yang tak pernah kenal erti putus asa....
Itu lah yang 👉LUAR BIASA👈
JADI
💪Apa nak kesah mereka yang taknak
💪Apa nak heran pada mereka yang tolak
KITA yang NAK..
💪Teruskan perjuangan
💪Teruskan pencarian
💪Kuatkan tekad
💪Bulatkan matlamat
💪Genggam IMPIAN erat2
Dream Big, Start Small, Act Now
( BerIMPIAN Besar, Mula Sedikit, Bertindak Sekarang )
Dalam bisnes apa sekalipun kita perlu SABAR. Insya Allah sekiranya kita bersabar bisnes kita boleh melangkau jauh. Master Norita selalu mengingatkan kami agar sabar menunggu rakan partner kita. Menulis blog pon kena sabar. Tak boleh main taram aje.
3. Eratkan Sillaturrahim
Dalam bisnes terutamanya bisnes Shaklee selain kita mengejar target dan impian, kita juga membina silaturahurahim.
Anda bayangkan, Ain tak pernah kenal sparring partner Ain walaupun kami dalam satu team. Mana taknya, team kami (Team Euphoria) bukannya kecik tau. Ianya sangat besar hingga tak kenal di antara satu sama lain.
Bila join Projek Mega Blog Shaklee 1.0 ini Ain baru kenal dengan sparring partner Ain yang tak pernah kenal, mahupon berjumpa sebelum ini.
4. Orang Lama Sebagai Inspirasi/Idola
Kali kedua Ain buat blog setelah sekian lama tak menulis. Sebelum ni pernah cuba buat tapi masa bujang la. Tu cerita pasal kehidupan aje. 😂 tapi kali ni Ain cuba juga untuk buat perkongsian tentang bisnes dalam blog. Mula mula sebenarnya macam tak paham jugak la. Tapi kuatkan semangat dan lihat inspirasi daripada Group ni. Kalau ikutkan, langkah pertama Ain tak sempurna, tapi Ain cuba juga. Terima kasih Master Salwa, Master Norita, Master Hajah Salwa, Kak Huda, Kak Affni, Adneen dan semua yang berada dalam Group ni. Doakan Ain boleh buat blog yang hebat macam kalian 😘
5. Istikharah Sebelum Teruskan
Nak buat apa² perkara, mesti hati tu rasa macam tak yakin kannnn. So, kena la istikharah dulu sebelum nak teruskan perjuangan dalam misi ni. Mintak petunjuk dari Allah supaya apa yang kita buat ni, adalah yang terbaik untuk diri kita dan team. Dah solat isthikarah, baru la rasa yakin nak teruskan. Pernah tak rasa camtu?
Dapat apa je bila join Projek Blog Mega tu?
Opkos la dapat Hadiah!
Alhamdulillah, haza min fadzli robbi, Ain berjaya menerima hadiah sekotak NUTRIFERON sumbangan dari master norita yang bernilai RM198 harganya. Kebetulan pulak, Ain belum pernah rasa lagi nutriferon ni. Rezeki Ain la kannn. Moga Allah menggandakan lagi rezeki master norita bagaikan air sungai yang mengalir tanpa hentinya.
Mereka yang lebih bertuah dapat hadiah Vivix dan Collagen. Hadiah ni bukan calang-calang tau. Nilai hadiah ni mencecah RM400. Masya Allah pemurahnya master norita ni kan?
Tambahan lagi kepada bukan pemenang juga dapat hadiah saguhati. Bukan pemenang ni maksudnya mereka register join Projek Mega Blog Shaklee 1.0 ni tetapi tidak beri komitmen sepenuhnya terhadap projek. Ini juga master bagi hadiah sebagai tanda penghargaan kita join projek ni. Maknanya, kepada kesemua peserta yang join seramai lebih 200 orang tak ada pulang dengan tangan kosong. Gitewww!
Seronok sangat join Projek Mega Blog Shaklee 1.0 ini hingga master berbesar hati meneruskan Projek Mega Blog Shaklee 2.0 bagi meneruskan momentum semangat menulis blog kami.
Projek Mega Blog Shaklee 2.0 sedang berjalan sekarang ini, Ain percaya ianya memberi impak yang besar dalam bisnes kami.
Impak ini bukan sahaja kepada kami yang join Projek Blog Mega Shaklee ini sahaja, malah kami harap agar apa yang kami kongsikan di entri blog ini memberi manfaat kepada anda yang membacanya.
Sekiranya entri Ain dapat memberi manfaat kepada anda, rajin² la tekan button SHARE dan COMMENT, biar lebih ramai lagi yang mendapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka. Untung², anda dapat saham akhirat jugak. Setuju?
Founder Of INCREDIBLE Nor Ain Sakinah Shaklee Bussiness Leader
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeKualaSelangor
No comments:
Post a Comment