Kalau sebelum ni, anda dan pasangan sahaja yang bersahur dan berpuasa. Kini, anak anak dah mula membesar dan nak cuba berpuasa.
Maka, ibu ibu kena la fikir makanan yang sesuai untuk bersahur. Dah masuk ramadhan ke-7 dah ni kannn.
Ibu ibu perlu menitik beratkan kandungan protein dan kalsium yang akan mereka peroleh untuk menahan lapar.
Nasi menjadi hidangan utama. Tapi kadang-kadang, tak larat sungguh nak bangun untuk menyiapkan hidangan berat setiap kali sahur. Anak-anak juga tak berapa gemar makan nasi ketika ini. “Terlalu berat” katanya.
7 Idea Resepi Sahur Yang Mudah Lagi Berkhasiat
1) Fritata telur dengan kentang
Mula-mula, masak kentang dan bawang selama 10 minit. Kemudian, masukkan telur dan kacau perlahan. Masukkan adunan telur dan kentang itu dalam ketuhar selama 20 minit. Taburkan serbuk roti dan keju Parmesan. Ta-da, siap!
2) Roti gandum dengan tomato dan telur ‘mata’
Gabungan resepi biasa untuk sandwich yang ringkas. Tapi jangan terpedaya, resepi sahur ini kaya dengan khasiat! Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah roti gandum, tomato dan telur.
Anda boleh membakar roti gandum tersebut terlebih dahulu. Kemudian, makan dengan telur ‘mata’ yang telah digoreng.
3) Telur hancur dengan sayur dan keju
Si manja anda pasti menggemari telur hancur, bukan? Tapi, hidangan telur hancur saja tak mencukupi.
Cuba masukkan sayur seperti bayam, cendawan, tomato dan keju untuk menambah selera anak anda.
4) Sup brokoli
Si manja pasti berselera makan sup brokoli. Apa yang anda perlukan hanyalah brokoli, sos tiram, larutan tepung, bawang merah, bawang putih, bawang bombay, garam dan gula.
Adunkan setiap bahan-bahan, tumis dan masukkan brokoli. Siap dihidang!
5) Sup ayam jagung manis
Anda hanya memerlukan stok ayam, air rebusan ayam, jagung manis, bawang bombay, daun bawang, gula pasir dan tepung. Campurkan setiap adunan seperti biasa. Yum, yum!
6) Roti gandum dengan mentega kacang dan pisang
Hidangan dan resepi sahur ringkas ini pasti mudah menambat selera anak-anak! Mereka tentu suka dengan rasa mentega kacang yang diadun dengan pisang.
Mentega kacang memiliki kandungan serat dan protein yang tinggi. Pisang pula adalah sumber tenaga yang hebat. Satu hidangan lengkap untuk si manja anda.
7) Lempeng pisang madu
Tips Meningkatkan Selera Anak Ketika Sahur
Anak susah untuk makan ketika bersahur? Usah risau. Memang lazim begitu. Ibu bapa harus bijak menambat selera makan si manja agar mereka memperoleh tenaga yang diperlukan untuk berpuasa.
Berikut antara mudah untuk meningkatkan selera anak anda ketika bersahur
- Elakkan makanan yang terlalu pedas dan berempah.
- Sediakan makanan yang panas ketika bersahur.
- Masak hidangan kegemaran mereka. Tapi, tak salah untuk mencuba sebarang resepi. Tanya apa yang mereka mahu.
- Pelbagaikan idea hidangan. Menu yang sama akan membosankan mereka.
- Sediakan makanan berkuah
Semoga anda berjaya menambat selera anak-anak ketika bersahur nanti!
Selamat mencuba. 😘
Nak Tahu Tentang Promo Set Puasa Shaklee, tekan sini.
Jom follow rapat rapat Ain disini
Fb : Raudhatul Sakinah
ig : raudhahdebeauty
Tiktok : ummiafaaf
Page : Raudhah De Beauty
Wassap : Nor Ain Sakinah
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeSelangor
Sedapnye menu sihat brokoli tu sis. Nampak menyerahkan. Pasti anak-anak suka. Terima kasih perkongsian.
ReplyDeletetelur & cheese, yuummmmm
ReplyDeleteSedapnyaaa! Menarik menu. Nak try la nanti.
ReplyDelete