Hai, Salam Ramadhan Ke-15. Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam rancangan Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah. Eh, tiber kannn. Perasan jadi hos la tu. Haha.
Kepentingan pengambilan Vitamin C
Kenapa pentingnya ambil vitamin C setiap hari? Sebab utamanya adalah vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita.
Badan kita pula perlu mendapat vitamin C setiap hari kerana vitamin C bantu tingkatkan ketahanan tubuh badan untuk melawan penyakit dan membekalkan antioksidan yang dapat membantu kurangkan risiko kerosakan sel-sel badan akibat daripada rembesan radikal bebas di dalam badan.
Radikal bebas ini jika tidak dikawal dan tidak dapat ditampung oleh badan akan membawa kepada masalah yang lebih serius iaitu penyakit kronik seperti kanser.
Apakah faktor penghasilan radikal bebas di dalam badan?
- Pencemaran udara yg melepaskan bahan-bahan kimia seperti asap rokok, kenderaan dan sebagainya.
- Pencemaran air.
- Segala bahan pewarna dan bahan pengawet yang terdapat di dalam makanan, makanan atau tumbuhan yg telah melalui proses ubah suai genetik (GMO).
- Tekanan hidup yang tinggi disebabkan oleh masalah kerja, masalah kewangan, dan sebagainya.
Semua faktor-faktor ini menyumbang kepada rembesan radikal bebas dan bertindak sebagai bahan perosak terhadap sel-sel badan kita.
So jelas pentingnya pengambilan vitamin C dalam makanan seharian kita dan untuk memastikan kita mendapat vitamin C yang cukup, perlu topup dengan supplement vitamin.
Keistimewaan Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee
1. Dihasilkan daripada bahan semulajadi iaitu ekstrak jagung
Sustained Release Vita-C Plus dihasilkan daripada ekstrak jagung jadi ianya juga sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang sensitif.
2. Menggunakan sistem pelepasan berperingkat (Sustained Release)
Sistem ini melepaskan vitamin C sebanyak 500 mg (1 tablet) secara berperingkat selama 5 jam. Setiap 1 jam, sebanyak 100mg vitamin C akan dilepaskan.
Ini dapat memastikan tiada pembaziran berlaku kerana badan kita hanya boleh menerima sebanyak 100-200mg sahaja setiap jam dan selebihnya akan dikeluarkan melalui air kencing.
3. Mengandungi 120mg Bioflavonoid Sitrus
Bioflavonoid Sitrus membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan vitamin C dan bertindak secara sinergi dengan vitamin C, jadi dapat tingkatkan kadar penyerapan vitamin C. Ia juga membantu melegakan inflamasi dan menentang serangan radikal bebas.
4. tablet kandungan vitamin C bersamaan 500mg dan bersamaan RM 0.43
1 tablet vitamin C bersamaan 500 mg dan juga bersamaan 7.5 biji oren, 6 cawan brokoli dan 119 biji lobak merah.
Anggaran harga 7.5 biji oren = RM 13.50
Anggaran harga 6 cawan brokoli = RM18
Anggaran harga 119 biji lobak merah = RM 71.40
So, jimat sangat kan?
5. Mempunyai ujian klinikal yang dijalankan
Ujian klinikal yang dijalankan telah membuktikan pengambilan 2 tablet vitamin C dalam jarak masa 5 jam mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam.
Jom tengok video keberkesanan Sustained Release Vita-C Plus.
ESP Shaklee dan Kandunganya
ESP Shaklee? Apa itu ESP?
Pasti ada yang tertanya-tanya apa yang best sangat ESP ni? Kenapa kerap nampak iklan SID Shaklee promote ESP ni? Okay kat sini ain nak kenalkan dulu sedikit asal usul ESP ni.
Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta formula protein soya isolat yang pertama iaitu makanan tambahan protein berasaskan kacang soya pada tahun 1961. Kita dah masuk tahun 2021, meaning that dah 60 tahun ESP berada di pasaran dan sampai ke harini masih teguh dan menjadi best seller di atas permintaan ramai.So, basically ESP ni adalah suplemen protein yang berasaskan soya dan protein yang digunakan adalah terbukti berkualiti tinggi berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan. Kelebihan utamanya adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan menjadi lebih baik.
Full name untuk ESP adalah Energizing Soy Protein atau Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavor.
Apa yang terkandung dalam ESP Shaklee ?
- Setiap satu tong ESP Shaklee diperbuat daripada 30 kg kacang soya yang tidak diubah genetik (Non Genetically Modified Organism – Non GMO).
- Setiap satu hidangan ESP menyediakan 14 g protein berasaskan kacang soya bukan genetik.
- ESP Shaklee satu-satunya produk yang dijamin produknya mengandungi kesemua 9 jenis amino asid penting yang tidak mampu dihasikan oleh badan manusia.
- ESP Shaklee mengandungi 5 sumber vitamin dan tinggi dengan sumber kalsium.
- ESP Shaklee bebas daripada asid transfat dan sumber makanan tambahan yang bebas daripada kolestrol.
- ESP Shaklee sangat membantu untuk merendahkan paras kolestrol dalam badan kerana kandungan Glisemik Indeks nya yang rendah (Low GI) iaitu 39. ESP terbukti dapat bantu mengawal paras gula dalam darah, bantu beri tenaga dan rasa kenyang yg lebih lama which is sangat bagus untuk memberi kesihatan yang lebih baik pada jangka masa yang panjang.
Keistimewaan dan kebaikan Protein Soya ESP Shaklee
Keistimewaan Produk ESP Shaklee
- ESP mempunyai kajian klinikal yang komprehensif dan diiktiraf di seluruh dunia.
- Kacang soya yang digunakan adalah semulajadi dan tidak diubah genetiknya.
- Mempunyai sijil penghasilan sendiri (Identity Preserve Programme, IPP) dimana ia memastikan soya yg digunakan dlm ESP Shaklee tidak melalui sebarang perubahan genetik.
- Proses penghasilannya juga melibatkn kadar suhu yg rendah dan dicuci dengan air untuk memastikan isoflavones, genistein, dan daidzein dapat dikekalkan supaya segala kebaikan soya dpt diperoleh secara optimum.
- Mempunyai scor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – Iaitu penarafan tertinggi dan bersamaan dengan skor yg diberikan pada protein haiwan
Cara Makan Protein Soya ESP Shaklee
1. Cara consume bergantung kepada tujuan consume ESP :
- Untuk tambah berat badan, boleh diambil selepas makan pagi, tengah hari atau malam
- Untuk menurunkan berat badan, boleh menggantikan sebagai sarapan pagi, tengah hari atau makan malam. Untuk kesan lebih optimum, boleh workout dan kemudian terus ambil ESP.
- Untuk tujuan kesihatan menyeluruh, boleh menggantikan sebagai sarapan pagi, tengah hari atau makan malam.
2. Boleh bancuh menggunakan air sejuk atau air kosong. Dilarang sama sekali menggunakan air panas.
3. Dicadangkan untuk variasikan hidangan ESP menggunakan :
- susu full cream, strawberry, horlicks untuk lebih sedap dan menyelerakan.
- Untuk maintain lebih sihat tanpa sebarang gula boleh buat ESP smoothie dengan mengisar ESP + air atau susu low fat bersama-sama buah buahan dan natural greek yogurt.
Healthy Rahmah SUPER GRAND PROMO!
Bulan ni Shaklee buat keje gilerrr lagii. Ada ke patut. Harga biasa sebotol Vitamin C RM115, harga biasa sebotol ESP RM173..
Tapi Shaklee bagi hanya RM99 untuk 2 ni. Dahla free membership. Shaklee jugak bagi FREE postage pulakk kalau amek 2 set.
Ok jom kita kira kebijaksanaan bila kita ambik set ni :
Harga biasa : RM288
Harga offer: RM99
Pos : RM10
FREE MEMBERSHIP bernilai RM35
Jimat : RM224
Wahh, dah RM224 jimat. Jom kira kalau kita ambil 2 set pulak Healthy Rahmah set ni.
Harga biasa : RM576
Harga offer : RM188
FREE POSTAGE bernilai RM10
FREE MEMBERSHIP bernilai RM35
Jimat : RM433
Banyak niii, RM433 boleh jimat!
Kalau ambik 4 set menu rahmah pulak, boleh dapat.
Harga biasa : RM1152
Harga offer : RM376
FREE POSTAGE worth RM10
FREE MEMBERSHIP worth RM35
Jimat : RM821 📸
Jom grab sekarang. Lagi banyak grab, lagi banyak untung wehhh.
Haihhh, melting betul laaa offer kali ni kannn.
Kebaikan Vitamin C untuk kecantikan
Dengan pengambilan Vitamin C yang mencukupi, ia boleh menyumbang dan memberi kesan positif kepada kecantikan luaran. Antara manfaat Vitamin C untuk kecantikan adalah seperti berikut:-
- Membantu pembentukan kolagen dalam badan dengan cara mengekalkan enzim aktif yang bertindak untuk penghasilan kolagen.
- Membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata.
- Membantu mengatasi masalah jerawat
- Membantu mengatasi masalah kulit akibat kerosakan daripada terdedah kepada UV matahari.
- Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.
- Mempercepatkan penyembuhan luka, ulser atau melecur.
- Bertindak sebagai anti-radang
Best ESP dan Vitc ni. Alhamdulillah sejak amalkan 2 tahun lepas, kulit muka saya makin sihat
ReplyDeleteSaya pun suka consume dua-dua ni.. Lagi-lagi bulan puasa ni, ESP ambil waktu sahur. Vitamin C pun sama..
ReplyDelete